Saturday, June 4, 2016

Tradisionalis Tercerah (Enlightened Tradisionalist)

Malaysia, walau bagaimanapun adanya kita lewat beberapa waktu ini –dengan pelbagai krisis: kepercayaan, tadbir urus, hudud, liberalisme, LGBT dan dan dan- struktur masyarakat kita barangkali masih tidak banyak berubah. Struktur kecenderungan dan minat masyarakat kearah hal-hal keugamaan masih sama –kalau pun berbeza, barangkali tidak banyak-. Anak-anak muda sebagai misal, masih tebal minatnya untuk ke majlis ugama dan masih sering merujuk kepada para ustaz-penceramah dan ilmuwan dalam isu-isu harian, atau sekurang-kurangnya, kita masih tidak selesa dengan anjing dan khinzir. Masih ingat pesan ustaz!

Dalam struktur masyarakat yang begini, agama sering terdedah untuk di salah guna dan di tafsir mengikut kepentingan. Mentelah lagi, para ustaz-penceramah juga semakin ramai-berlambak sehingga mereka terpaksa bersaing untuk kekal releven, kekal tidak tenggelam dan di terima masyarakat. Justeru nanti, di ciptalah mereka hal-hal yang ajaib, air zam-zam yang di tawaf keliling kaabah, kismis jampi doa siap di solat hajat tujuh kali jumaat, air jampi dari tujuh kolah masjid melintasi tujuh kuala dan tujuh sungai dan entah apa lagi benda pelik yang di jual untuk keuntungan diatasnamakan dengan cop ugama. Ugama menjadi bahan komoditi.

Juga, di pentas politik, ugama di jadikan modal. Dalil-dalil ugama sungguh mewah di baca. Sehingga kita pun kagum, ahli politik yang sebelum ini –sebelum kempen- punyalah banyak terlibat dengan kes rasuah dan salah laku, tetapi lancar membaca dalil di pentas kempen politik. Berkempen di kawasan bandar-bandar besar sangat berbeza berbanding di kampung. Di bandar, bahasanya bahasa ketelusan, strategi polisi, penambahbaikkan sistem pendidikan, penyelesaian soal pengganguran dan isu-isu sedemikian. Sementara di kampung-kampung, bahasanya adalah bahasa kelangsungan ketuanan bangsa, bahasanya mesti di lenggok dengan dalil ugama, justeru, kempen pilihan raya di kawasan kampung yang tiada di baca ayat-ayat Quran dan sunnah nabi tersangatlah ‘ceroi’ dan ‘tidak lawas’.


Tradisionalis

Di seluruh negara pada belahan dunia ini, serasanya, kitalah –Malaysia- yang punya mufti teramai, lebih sepuluh mufti terkumpul dalam sebuah negara yang sederhana keluasannya. Para ugamawan, di sudut latar pemikirannya punya beberapa kategori. Kita punya tradisionalis, reformis-modenis, dan revivalis. Kategori-pemetaan ini di buat tidak untuk merendah-rendah atau memecah-belahkan ugamawan, sebaliknya guna untuk kajian dalam memahami cara fikir di sudut sosiologi.

Namun, harus juga di ingat, pemetaan ini tidak mesti konsisten di anuti oleh seseorang ugamawan atau perkumpulan. Kadang, seorang tradisionalis itu tidak selamanya menjadi tradisionalis dalam semua hal. Sebagai misal,  di negeri seberang –negeri yang kita kasihi-, Indonesia, kita punya Nahdatul Ulama (NU) yang begitu terkenal dengan identiti tradisionalisme-nya dan Muhammadiyyah pula ‘lawannya’ yang terkenal dengan reformis-modenis.

Harus saja kita ketahui, NU itu tidak selamanya menjadi tradisionalis, bahkan kadang lebih modenis berbanding Muhammadiyyah dan Muhammadiyyah itu juga kadang terperosok menjadi tradisionalis, keterbalikan jadi kedua-duanya.

Tradisionalis ini di katakan punya beberapa ciri, antaranya mereka begitu menekankan banyak soal fikih. Mereka ini fikih-centris. Sering, dalam isu apa pun yang dahulu di tekankan itu adalah soal fikih. Perbahasan-perbahasan mereka tergerak hanya dari konklusi-konklusi lama yang telah di buat oleh ugamawan sebelumnya. Sesi-sesi soal jawab dan perbahasan tidak begitu di gemari golongan tradisionalis kerana berkemungkinan akan mengganggu ketuntasan yang telah di buat ulama’ sebelumnya.

Tradisionalisme dalam konteks kita juga berkeyakinan bahawa kesyumulan fikih yang di usul oleh Imam Shafie dalam semua hal sehingga tidak mereka keluar dari kesyumulan itu. Mereka juga berpegang teguh hanya pada laporan-laporan sejarah versi sunni dan menolak, bahkan tidak menggemari jika ada yang mahu merujuk dan membaca rekod dari aliran yang lain.

Golongan tradisionalis juga punya perbedaan pandangan tentang akal (reasoning) berbanding golongan reformis. Golongan tradisionalis menganggap akal itu punya keterbatasan dan tidak boleh mengatasi wahyu.Sementara bagi reformis, akal itu boleh menjadi alat untuk memahami wahyu, tanpa akal, wahyu tiada mampu di tafsir dan di amalkan dengan baik. Seakannya, wahyu tanpa akal yang baik bakalan tidak ke mana. Dr Azhar Ibrahim, pensyarah di National University of Singapore menulis panjang tentang hal ini –pemetaan ugamawan, dari tradisionalis, reformis dan revivalis- dalam bukunya. Kata Dr Azhar,

“Basically, the traditionalist position on reason reflects the influence of Sufi theosophical speculation which draws a sharp distinction between reason and revelation, in which the former is seen as absolutely fallible”
(Azhar Ibrahim. (2014). Contemporary Islamic Discourse in the Malay-Indonesian World. Petaling Jaya, Selangor : Strategic Information and Research Development Centre (SIRD). Halaman 6 ).

Harus juga kita ingat, golongan tradisionalis ini jangan mudah di letak hanya pada orang tua, bahkan tradisionalisme ini sempat mempengaruhi golongan muda, professional dan berpendidikan tinggi. Juga harus kita ingat, menempelkan tradisionalisme dengan gambaran ‘kolot’ dan ‘kekampungan’ juga tidak tepat.



Mufti kami

            Lewat sebulan yang lalu, kita berkesempatan menghadiri kuliah mufti kami-mufti Kerajaan Terengganu-, Sohibul Samahah (SS) Dr Zulkifli Bin Muda. Kuliah antara maghrib ke Isyak itu sungguh lumayan untuk hadirin. Tajuknya menangani khilafiyyah (perbedaan) antara umat Islam. Justeru, mufti kami membentangkan beberapa contoh hal-hal khilaf yang berlaku dalam kalangan umat Islam seluruh dunia –tidak hanya di Malaysia-.
            
          Kali pertama sebelum kuliah bermula, kita andaikan isu-isu yang bakalan di bentang adalah soal khilaf bacaan qunut Subuh, soal keterletakan tangan semasa qiam solat dan isu-isu ‘kecil’ terkait fikih begitu sahaja. Rupanya andaian itu meleset langsung tersasar. Yang di bicarakan itu isu yang berlainan. Mentelah lagi itu kuliah terbuka kepada seluruh jemaah surau –yang punya pelbagai latar-.

Mufti kami membicarakan tentang isu khilaf dalam kalangan orang Islam tentang kewujudan Imam Mahdi. Dalam kalangan ahli ilmu –ugamawan-, mereka berbeda pendapat, ada yang mengatakan Imam Mahdi itu sememangnya wujud dan ada yang berpendapat Imam Mahdi itu tidak wujud sama sekali. Bagi golongan kedua itu -yang berpendapat Imam Mahdi tidak wujud- Imam Mahdi dan Nabi Isa itu orang yang sama.

Mufti kami tidak mengulas panjang tentang ugamawan golongan kedua itu, yang di bahaskan adalah khilaf golongan pertama –yang mengatakan Imam Mahdi wujud-. Khilafnya tentang konsep Imam Mahdi itu sendiri. Mufti kami memetik pendapat dari Sayyid Abu ‘Ala Al-Maududi. Mana-mana di kalangan pemimpin yang adil dan soleh berkemungkinan menjadi Imam Mahdi. Dalam waktu yang sama, pemimpin yang adil dan soleh ini sendiri tidak ketahuan bahawa dirinya itulah Imam Mahdi. Akhirnya, apabila pemimpin ini mati, kita semualah akan perasan –apabila mengkaji pemerintahannya- bahawa pemimpin fulan bin fulan itulah kemungkinan Imam Mahdi. Demikian menurut teori-konsep Imam Mahdi dari Sayyid Abu ‘Ala Al-Maududi, cerita mufti kami.

Bercerita tentang Imam Mahdi dalam lensa khilaf ini tidak sah jika tidak menjengok jendela ‘lawan tradisi’ kita, iaitu Syiah. Mufti kami meneruskan butir bicaranya tentang Syiah pula. Sampai di sini, sekali lagi kita buat andaian dan andaian kita meleset. Biasanya kalau ugamawan kita –ugamawan sunni/ahli sunnah- bercerita tentang Syiah, pasti tidak lari dengan format konservatif yakni Syiah itu sesat, sebabnya halalkan mutaah, puja keluarga Nabi Muhammad –bacakan selawat- dan seumpamanya. Inilah format biasa ugamawan kita dalam mengungkapkan pasal Syiah.

Namun, sekali lagi mufti kami ini memilih jalan berbeda. Kali ini Syiah tidak diungkapkan dalam bingkai dogma akidah, sebaliknya kami di bawa menyelusuri idealogi  politik syiah imam dua belas (Syiah Ithna Ashariyya). Syiah ini begitu menunggu-nunggu kedatangan Imam Mahdi, sehingga mereka tidak akan membuat apa-apa bentuk perkumpulan sebelum kedatangan Imam Mahdi. Justeru, kata mufti kami, kerana itu sesetengah pecahan Syiah, mereka tidak mewajibkan Solat Jumaat sebelum kedatangan Mahdi. Ini kerana, Solat Jumaat adalah bentuk perkumpulan umat Islam, sebarang bentuk perkumpulan Umat Islam memerlukan seorang imam –ketua/pemimpin- untuk mengetuainya. Dan ketua itu tidak lain melainkan Imam Mahdi. Jadi, Solat Jumaat dan sebarang jenis perkumpulan -membina negara umpamanya- hanya wajib setelah Imam Mahdi muncul.

Ini mengundang ketidaksetujuan dari Khomeini kerana ketika itu kepimpinan di kuasai oleh barat –bukan Islam-. Umat Islam di pimpin oleh orang bukan Islam. Jika mahu di tunggu kedatangan Imam Mahdi tanpa kita –Syiah- berbuat apa-apa gerakan, ini merugikan dan mengundang penindasan-kemunduran. Lantas, atas semangat ini, Khomeini menggagaskan teori Wilayatul Faqeh, iaitu sebelum kedatangan Imam Mahdi, kita –Syiah- mesti mentadbir negara-menguasai politik dahulu sebagai wakil dari Imam Mahdi. Seterusnya nanti, apabila sampai waktu ketemu Imam Mahdi, pemerintahan-kepimpinan akan diserahkan kepada Imam Mahdi. Demikian cerita mufti kami. “Bijok jugok Khomeini ni” (Pandai juga Khomeini ini), puji mufti kami dalam loghat Terengganu.

Lumayan bukan? Seorang tradisionalis sunni mengungkap soal ideologi tokoh Syiah dan bercerita soal khilafiyyah yang terlepas dari format fikih-centris di khalayak ramai di surau. Banyak lagi hal-hal yang menarik di cerita oleh mufti kami ini –yang kita fikir keluar dari kerangka-format tradisionalis- yang tiada dapat kita kongsi di sini kerana keterbatasan ruang-waktu.

 SS Dr Zulkifli Bin Muda ketika kuliah. 

Penghayatan

Ugama ini tidak hanya soal halal-haram, bahkan lebih dari itu ugama ini soal hidup. Belajar solat dengan hanya menghafal tiga belas rukun, syarat-syarat sah solat, perkara-perkara membatalkan solat, juga belajar puasa dengan hanya melihat syarat-syarat sah puasa, perkara-perkara membatalkan puasa kadang-kadang membuatkan kita tertinggal sesuatu, sesuatu yang tiada ternilaikan, iaitu penghayatan dan makna ugama. Akhirnya ibadah keugamaan tiada lain melainkan hanya ritual yang di ulang tanpa pemahaman dan penghayatan. Jiwa akhir menjadi kering. Solat kita tidak mampu mendidik kita menepati waktu apabila berjanji –disiplin waktu-, puasa kita tiada membuat kita bersemangat membantu golongan miskin yang kelaparan saban hari. Ugama kita hanya diajar-ditekankan hanya dari jendela fikih, bingkai halal-haram, boleh-tidak boleh.

Keris Mas (1948):
“Sementara ulama-ulama mengajarkan kepada kita faedah dan pahala mengaji al-Quran al-Karim, murid-murid mengaji yang merdu suaranya diberi hadiah dan pujian tetapi orang-orang yang menjalankan perintah Quran itu sebetulnya, memperjuangkan keadilan dan persamaan di muka bumi ini, dikutuki dan dimarahi oleh ulama-ulama sebab tidak fasih lidahnya membaca suratan Quran. Seolah-olah suratan itulah yang lebih penting dan utama dari isinya”
(Azhar Ibrahim. (2014). Cendekiawan Melayu Penyuluh Emansipasi. Petaling Jaya, Selangor : Strategic Information and Research Development Centre (SIRD). Halaman 123 )


- Khairul Shaffei -
4 Juni 2016

Tuesday, March 1, 2016

Kita Tidak Boleh Bersama?

Tidak bolehkah kita bersama? [kredit]


Itu hari aku berbicara, timbul satu persoalan.
"Kau rasa perlukah Islam? Lihatlah bagaimana agama Islam telah menyebabkan perpecahan dalam masyarakat. Lihat negara UK, mereka hidup tanpa Islam, aman je"

In that instant aku terfikir, "Betul ke begitu"
Kalau anda dimomokkan dengan pemikiran Islam bawak benda buruk, anda akan fikirkan ada benar pada kata-kata itu.

Tapi kalau kita lihat pada skop yang meluas, bukankah perpecahan itu berlaku even di tempat yang tiadanya Islam.

Jadi aku sampai ke satu konklusi,
Punca utama perpecahan, hidup berpuak, tiada kesatuan, adalah disebabkan oleh sikap kita yang sering mencari 'perbezaan' antara kita.

Perbezaan kulit, budaya, agama, asal usul, ideologi, rupa, you name it!
Berlakunya perpecahan sebab kita lebih peka pada perbezaan antara kita.

Oh, dia puak A, kita puak B.
Dia Cina, aku Melayu.
Dia Bangla, aku Malaysian.
Dia non-muslim, aku muslim
Dia minum arak sampai mabuk, aku tak.
Dia cacat, aku tak.
Dia pandai, aku bodoh.

Begitu cepat otak kita mengklasifikasikan perbezaan ini, tanpa kita sedar, membuatkan kita rasa tidak suka untuk mendekati disebabkan perbezaan itu.


Apa kata, kita putarkan permainan fikiran ini.
Instead of looking at differences, try to find similarities.
Bukankah itu caranya kita mulakan satu persahabatan?

Kita berkawan sebab sama kelas, sekolah, uni, ambil bidang yang sama.
Kita bersahabat sebab kita punyai minat yang sama, sama-sama suka tengok rancangan yang sama, main game sama.
Kita berukhuwah sebab kita sama-sama ingin mencapai redha Allah, saling perbaiki diri.
Even ada jam yang sama pun kita boleh pecahkan tembok perbezaan itu.

Bukankah apa yang aku katakan ini benar?


Jadi bila orang berbicara Islam itu membawa perpecahan, dia silap.

"Hai manusia, Sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Mengenal."(QS. al-Hujurat [49]: 13)

Perbezaan itu sememangnya wujud, tidak dinafikan.
Tetapi jangan disebabkan itu kita butakan diri kita daripada melihat titik persamaan antara kita.
Setelah runtuhnya tembok perbezaan itu, kita mula mengenali antara satu sama lain.

STOP looking at the DIFFERENCES
START looking at the SIMILARITIES

semoga Allah satukan kita, dan jauhkan kita daripada perpecahan.


Wallahua'lam

Wednesday, February 10, 2016

Tinta Seorang Alumni Ikhwah

Kali terakhir aku menulis adalah pada 14 Januari 2015, tatkala dunia sedang gempar dengan serangan bom pertama di Paris, Perancis. Artikel itu aku tulis dalam bahasa Inggeris supaya dapat mencapai ramai orang. Harapnya. Kali ini, izinkan aku untuk menulis dalam bahasa yang aku sendiri selesa untuk menulis dan bukannya bahasa Inggeris sebab bahasa Inggeris aku dah lemah. Aku nak menulis dalam bahasa Itali pula.

Ciao.

Okay. Cukup dengan bahasa Itali. Aku menulis kali ini kerana aku merasakan ada sesuatu yang perlu aku sampaikan kepada semua yang bergelar (bekas) sahabat aku yang telah suatu ketika dahulu sama-sama menapaki jalan yang penuh dengan duri dan hamparan berdarah. Aku menulis dengan penuh harapan agar apa yang aku sampaikan melalui penulisan aku ini dijadikan pengajaran untuk hangpa semua (bajet orang utara betul). Aku juga berharap agar (bekas) sahabat-sahabat aku ini untuk tidak sibuk-sibuk bertanya khabar setelah aku memuat naik penulisan aku ini ke blog TE. Entri kali ini agak personal. SIla baca dengan discretion. Anda telah diberi amaran!

Just read, digest, and move on with our own lives.

Aku masih ingat ketika di masih bumi bertuah KMB, seorang abang senior telah menyampaikan satu hadis yang kurang lebih seperti ini:

“Demi Allah, Dzat yang tiada tuhan selain Dia, sesungguhnya setiap kalian ada yang beramal dengan amalan penghuni syurga hingga jarak antara dia dengan syurga hanya sehasta. Lalu suratan takdir mendahuluinya, sehingga ia beramal dengan amalan ahli neraka, maka ia pun masuk neraka. Ada juga di antara kalian yang beramal dengan amalan penghuni neraka hingga jarak antara dia dan neraka hanya sehasta. Lalu suratan takdir mendahuluinya, sehingga ia beramal dengan amalan ahli syurga maka ia pun masuk syurga.”
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim

Abang senior tersebut beritahu, dalam konteks usrah itu sendiri, mungkin seseorang itu tak ikut usrah semasa dia berada di KMB tapi Tuhan buka pintu hati dia untuk ikut usrah masa di luar negara dan mungkin juga orang yang ikut usrah masa di KMB futur semasa di luar negara. Masa tu, aku macam pesimistik sikit sebab pemikiran masih ala budak-budak. Masakan orang yang kurang suka pada tarbiyah, yang liat dengan benda-benda Islamik boleh join usrah? Dan masakan orang yang sering berukhuwah, daurah sana-sini boleh lari daripada DnT? Tapi aku salah sama sekali. Salah sesalah salahnya.

Aku tewas.

Futur ni macam tuberculosis. Kali pertama Mycobacterium tuberculosis masuk paru-paru, pesakit tak tunjuk apa-apa simptom mahupun manifestasi klinikal (hamek kau direct translation), tetapi saat bakteria tersebut aktif buat kali kedua masa itulah baru tahu tinggi langit dan bumi. Futur ni juga macam arak. Ada kebaikannya tetapi keburukannya itu lebih banyak berbanding kebaikan maka hindarilah arak. Eh. Futur ini juga satu entiti yang bila mana dah melekat dan sebati dalam jiwa, nescaya nak sental hati biar jadi putih balik amatlah payah (tapi possible).

Okay. Cukup kot dengan luahan aku. Aku teruskan dengan pengajaran yang aku nak hangpa semua fikir dan dapat.

Pengajaran pertama: Sabar itu sebahagian daripada iman

Aku tak salahkan abang-abang senior disini. Walaupun dalam masa setahun bertukar murabbi itu ada laa dalam dua ke tiga kali sehingga aku sendiri pernah mencadangkan agar nama usrah kitorang Geng Tukar Murabbi. Satu benda pasal tukar-tukar murabbi ni, sabar itu sangatlah perlu kerana setiap kali tukar murabbi, setiap kali itulah kita kena adjust dengan cara depa bagi pengisian, tingkah laku depa, dan continuity depa. Dan nak adjust ni bukan sekali dua belanja makan dah ngam (masa kat KMB aku pun tak tahu macam mana boleh melekat), mau makan masa lima ke enam kali liqa’ baru dah serasi. Tapi masa liqa’ ketujuh, tukar murabbi baru pula. Dan proses ini berulang sehinggalah aku berasa hilang sabar dan beritahu murabbi aku pada masa itu yang aku ingin mengambil masa sekejap daripada dunia DnT.

Aku bagi alasan aku nak fokus Tahun Kedua tapi aku tahu itu cuma alasan aku. Sebenarnya selain daripada kurang selesa dengan murabbi sebab asyik bertukar je, aku rasa bosan dengan usrah sebab setiap kali usrah, point yang sama dibentangkan sehingga aku rasa tak berkembang duduk dalam usrah. Liqa’ minggu ni cerita pasal A, liqa’ minggu depan cerita pasal A lagi tapi karakter yang berbeza. Dah kalau tiap-tiap liqa’ asyik cerita pasal benda yang sama, mana nak berkembangnya? Tazkirah aku tak kisah tapi ni pengisian utama! Aku hilang sabar dan akhirnya aku buat keputusan untuk keluar daripada usrah.

Ya, aku bukan ikhwah dah. Aku akhwat. #hambar

Pengajaran kedua: Letak diri hangpa dalam kasut depa

Satu lagi direct translation. Masa ni aku masih lagi berusrah tapi dah jarang ke masjid. Sangat jarang. Dan masa ni kitorang sibuk mencari rumah. Aku usha rumah seorang senior ni yang kebetulan usrahmate aku. Sambil-sambil berbincang hal rumah dia sentuh sikit pasal hal aku tak turun masjid. Aku akui salah aku tak turun masjid sebab malas (ya aku malas), tapi apa yang dia kata selepas itu buat aku rasa nak bermuhasabah on the spot. Bukan sebab apa yang dia kata kena kat batang hidung aku tetapi cara dia yang membuatkan aku rasa makin tak nak pergi masjid sebab manusia-manusia seperti ini.

Ya, anda betul! Sentap sentapan.

Aku akui masa dekat KMB dulu menyentap orang itu memang kerja aku. Timeline TwitterTM (trademark supaya tak kena saman) aku penuh dengan indirect tweet berkaitan sentap-sentapan. Masa tu aku rasa sentap ini bagus sebab bila hati terasa, makin senang kita nak bermuhasabah. Betapa bangangnya aku. Tidak sama sekali wahai diri!

Sentap itu membuatkan kau rasa diri kau bagus dan pandang rendah dekat orang lain! Sentap itu bagi aku yang dah kena sentap tahap maksima (siap diberi buku Tarbiah Sentap lagi tu!) membuatkan aku rasa jijik dan menyampah dengan orang-orang yang kononnya ingin menyentuh pintu hati manusia! Sentap itu membuatkan aku rasa lebih baik duduk bilik diam-diam daripada pergi masjid dan kena sentap oleh manusia. Ya, Tuhan juga ada beri ayat-ayat sentap dalam Al-Quran tetapi ayat-ayat Tuhan juga dipenuhi dengan harapan! Bila aku sampai hostel, aku kenang balik berapa ramai yang aku dah sentap dan aku nak minta maaf secara terbuka disini.

Maaf sebab aku sentapkan hangpa tanpa aku sedari apa yang berlaku dalam hidup hangpa.

I should have put myself in your shoes before I say anything to you. I am sorry.

Pengajaran ketiga: Agama itu memudahkan

Masa masih lagi bergelar pelajar Tahun Pertama, aku jarang ponteng kelas (attendance kami kena 90% ke atas baru boleh duduki Final Exam) dan rasa bersemangat nak belajar. Praktikal pun selalu siap tepat pada waktunya dan jarang tertangguh. Tetapi bila aku mula tinggalkan usrah dan secara automatik aku tinggalkan juga amalan-amalan yang aku sering buat dahulu seperti solat Dhuha, baca Mathurat etc, aku merasakan bahawa dunia ini semakin sukar dan sulit bagi aku. Minggu depan dah mula study leave untuk Blok 2 tapi satu benda yang lecturer ajar selama tempoh 8 minggu ni entah dimana aku letak. Praktikal aku tertangguh sehingga aku tak sempat nak siapkan lukisan Microbiology aku (aku dapat markah 4/10). Exam Blok 1 aku teruk; 2 gagal, 2 lulus cukup-cukup makan.

Percayalah, semua ini kerana aku jauh daripada Tuhan. Aku jauh daripada Dia Yang Maha Memberi Rezeki. Aku jauh daripada Dia Yang Memiliki Hidup ini. Maka aku boleh katakan untuk hidup dalam suasana Islamik itu sebenarnya satu luxury (aku tak tahu bahasa Melayu nak kata apa dan aku malas nak Google) dan jangan sekali-kali cuba untuk mendekati lembah kefuturan. Kalau rasa malas nak baca Mathurat sikit, minta rakan serumah untuk tampar bagi sedar sikit. Kalau rasa malas nak buka Quran, lempar periuk belanga kat dapur tu biar berdarah kepala. Asalkan hangpa tak tinggalkan amalan-amalan hangpa, aku boleh jamin yang segala benda yang hangpa buat di muka bumi Tuhan ini, hangpa akan rasa mudah. Percayalah.

Pengajaran keempat: Berukhuwah biar benar-benar kerana Tuhan

Pengajaran keempat ini ada kaitan dengan rajuk aku sebenarnya. Masa mula-mula sampai bumi Al-Maududi ni, aku rasa tertekan sangat sebab jadual padat; kelas 8 pagi sampai 4 petang, Isnin sehingga Sabtu. Bila buka FacebookTM (trademark lagi sebab takut kena saman), aku lihat gambar-gambar para sahabat melancong serata Eropah. Bila buka TwitterTM, terbaca tweet-tweet para sahabat tentang betapa seronoknya Paris, betapa indahnya Andalusia, betapa lawanya Rome, betapa breathtaking-nya Cliffs of Moher. Kalau setakat seminggu aku boleh terima lagi tetapi benda ni berlarutan sehingga sebulan. Kemudian reda sebentar dan dua tiga bulan lepas tu mula balik. Aku sangatlah tertekan kerana sahabat-sahabat lain boleh melancong sana sini walaupun ambil Perubatan sedangkan aku disini berhempas pulas belajar. Cuti kami setahun yakni selama dua bulan hanyalah 50% daripada cuti hangpa kat Eropah.

Cara aku untuk hilangkan tekanan? Aku delete akaun FB dan Twitter aku secara total. Aku hanya ada Whatsapp dan 9Gag sebagai teman media sosial. Dan selama aku delete akaun media sosial aku, aku boleh kira dengan tangan berapa ramai so-called ikhwah yang contact aku. Hampeh dulu sembang kencang berukhuwah sehingga ke syurga tapi realitinya ukhuwah di dunia maya. Tapi aku tak kisah. Serius aku tak kisah. Aku lebih suka sebegitu rupa kerana akhirnya aku boleh buang contact-contact lama aku daripada phone aku. Dan secara kebetulannya, phone yang aku guna semasa di KMB rosak tiga bulan lepas maka kau memang secara total putus komunikasi dengan (bekas) sahabat-sahabat aku. Ada laa dua tiga orang yang aku masih berhubung, itupun kerana kitorang rakan sekelas yang memang ada group Whatsapp sendiri.

Maka kisah ini aku jadikan sebagai pengajaran, kalau ingin berukhuwah pada masa akan datang, maka bersungguh-sungguhlah kalian. Ayat femes budak-budak yang tak join usrah ataupun lari daripada usrah, “Bila join usrah bukan main tanya khabar itu ini, tapi bila dah tak join usrah ibarat kitorang tak wujud pun!”



Aku rasa cukup sudah untuk aku bercerita tentang diri aku. Biarlah ‘aib’ aku ini dijadikan sebagai pengajaran untuk hangpa semua agar hangpa semua tidak menjadi seperti aku. Aku doakan yang terbaik untuk hangpa yang baca entri kali ni walaupun agak sadis, kasar, dan sangatlah tidak sesuai untuk kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah mahupun orang-orang dewasa yang berperangai seperti kanak-kanak. Aku harap hangpa yang kenal aku tak judge aku walaupun aku dah jadi alumni ikhwah, dan tolong jangan nak sibuk-sibuk contact aku (macam yang aku kata mula-mula tadi). Aku masih lagi mencari batu loncatan untuk aku bina balik iman aku daripada bawah dan aku harap hangpa boleh doakan aku dan doakan mereka-mereka yang sama seperti aku. Jangan lupa untuk doakan diri sendiri agar tidak futur dan jangan lupa doakan saudara-saudara seagama kita yang ditindas di seluruh dunia.

Aku minta maaf.

Dengan ini, aku mengundur diri. Daripada hidup kalian.

-Senpai-

PS: Siapa-siapa yang pendam rasa nak kahwin dengan aku, sila padam cepat-cepat dan cari ikhwah lain. Buahahahaha.


PPS: Maaf bahasa berterabur dan rojak. Inilah akibatnya bila menulis daripada hati. Kahkah.