Thursday, July 17, 2014

Andai Sahaja Mereka Tahu


Credit
Konflik Berterusan.

"Palestine has NO navy, NO air force & NO army."
"This is NOT a war. This is a GENOCIDE!"

"Israel uses sophisticated attack jets and naval vessels to bomb densely-crowded refugee camps, schools, apartment blocks, mosques and slums to attack a population that has no air force, no air defense,no navy,no heavy weapons,no artillery units,no mechanized armor,no command in control,no army and calls it a war. It is not war, it is murder."


Gulp. Telan air liur.
Bilamana dihidangkan dengan berita-berita mengenai keadaan tanah kiblat pertama untuk ummah ini. Masjidl Aqsa. Konflik antara Palestin - Israel seolah-olah bersambung dan bersambung tanpa penyelesaian sejak bermulanya konflik di suatu tempat yang bernama Deir Yassin. Tempat perkampungan kecil orang-orang Palestin yang terletak di sebelah barat wilayah Baitul Maqdis. Peristiwa Deir Yassin 9 April 1948 merupakan peristiwa berdarah di mana memerlukan tinta darah untuk menulis kembali tragedi hitam tersebut. Salah seorang survivor, Arafat Hijazi, telah menggambarkan keadaan yang berlaku pada waktu tersebut.

"Saya melihat seorang tentera Yahudi memegang saudara saya, Saliha al Halabi yang hamil sembilan bulan. Dia meletakkan senapangnya di leher Saliha lalu memuntahkan peluru sehingga Saliha terbunuh. Tentera tersebut mengambil sebilah pisau lalu membelah perutnya sehingga terburai, kemudian mengeluarkan anak Saliha yang telah mati dengan pisau Nazinya yang mengerikan itu”.

Jacques de Reynier, Ketua misi Pertubuhan Palang Merah ke Palestin pada 1948 berkata,

"Keadaan yang ada sungguh mengerikan. Saya juga melihat orang-orang muda lelaki dan perempuan yang memegang senapang dan bom tangan. Tangan-tangan mereka masih berlumuran dengan darah. Saya melihat seorang wanita Yahudi yang kelihatan sebagai seorang penjenayah yang sangat kejam. Dia memperlihatkan darah-darah yang menitis dari kedua-dua tangannya seraya mengangkatnya dengan bangga seolah-olah dia sedang memegang dua piala kejuaraan”.

Adakah mereka ini manusia ataupun tidak? Sanggup melakukan hal yang sedemikian. Di manakah humanity? Seolah-olah mereka ini (baca:zionis) dirasuk suatu semangat hitam yang dipenuhi dengan sifat kebencian.
Peristiwa tersebut boleh dirujuk di sini : Aqsa Syarif & zainurrashid

Kita Masih Berpeluang

Lebih kurang 6 dekad peristiwa itu berlalu. Lama sudah. Tetapi apabila mengenangkan tragedi tersebut, jelaslah sikap kemanusian sudah jatuh ke paras yang merbahaya. Erti kata lain seperti binatang! Kita belum lahir lagi 6 dekad yang lalu. Sudah semestinya kita kurang merasai apa yang dirasakan oleh orang-orang Palestin pada masa itu. Tetapi tahniah !

Kita semua dikurniakan roh dan masih bernafas hingga ke hari ini untuk melihat, mendengar dan merasai sendiri konflik antara dua negara ini. Apakah sebab ataupun hikmah konflik ini tidak berakhir sepertimana berakhirnya konflik kereta Peugeot?

Oppsss....There must be a reason. Sesuatu perkara tidak mungkin berlaku jika tiada hikmah di sebaliknya. Berkenaan konflik antara Palestin-Israel yang berlanjutan sehingga saat ini, pada pendapat penulis, ini semua merupakan salah satu cara Allah swt mahukan diri kita (muslim) terutamanya untuk KEMBALI KEPADA ISLAM YANG SEBENAR ! Letakkan diri,perasaan dan pemikiran selaras dengan al-Quran dan As-Sunnah. Agar diri kita ini tidak tersasar dalam mencapai redha Tuhan. Come on, come on, Allah swt mahu kita sedar, kita beringat agar kita mesti mengamalkan ad-deen yang sebenar. Betapa sayangnya Allah swt kepada diri kita semua. Orang-orang Palestin yang terkorban, dirogol, diseksa, dibom, dibunuh semua segala bentuk kekejaman yang berlaku di sana itu merupakan signal untuk kita melakukan perubahan dalam erti kata lain berhijrah ke arah kebaikan. Untuk kita fikir sebaik-baiknya. Muhasabah diri.

Sebelum ini seruan azan kita buat dengar tak dengar, al-Quran buat-buat baca tanpa mengambil ibrah (baca:pengajaran) Allah swt still sayang kita sehinggakan darah-darah yang tak berdosa berguguran jatuh ke tanah Masjidil Aqsa diperlukan untuk diri kita SEDAR & KEMBALI kepada ISLAM YANG SEBENAR.

Kembali itu perlu demi Ummah

Memetik kata-kata Syeikh Yusuf Al- Qaradhawiy dalam bukunya "Masjid -Parlimen Umat",

Seorang pemuda bertanya kepada saya ketika usai khutbah Jumaat yang lalu, dia berkata,"Anda sibuk dengan persoalan umat dan peristiwa yang menimpa mereka di Timur, Barat, Selatan dan Utara. Anda selalu menganjurkan kami agar kembali kepada Islam. Namun kami tidak tahu bagaimana cara untuk kembali pada Islam? Apa fungsi setiap individu dalam hal ini? Andai kita melihat keadaan umat Islam yang dibelenggu masalah,kesedihan,rentetan peristiwa dan tragedi duka, mungkin kita akan tenggelam dalam lautan samudra atau gugur di padang pasir yang luas ini. Kita ingin tahu, apa yang mampu kita buat ketika kita tercerai-berai dalam menghadapi tragedi,peristiwa dan musibah, yang datang silih berganti menghentam umat Islam dari segenap penjuru dunia?

Syeikh menjawab,

"Ingin saya katakan : Sesungguhnya dasar kembali kepada Islam yang selalu dilaungkan itu bermula dari peringkat atau peranan individu. Kembali kepada Islam, adalah kembali kepada Islam sebenar dan Islam yang utama....Umat Islam masih beriman kepada Tuhan mereka, Al-Quran dan Nabi Muhammad SAW. Mereka masih berpegang pada tali yang kuat ini. Akan tetapi mereka SALAH dalam interpretasi dan SALAH dalam mengimplementasikan Islam."

Bagi pendapat penulis, sudah jelas diri kita sekarang ini sering tersimpang dalam cara hidup Islam sebenar yang digariskan oleh Nabi Muhammad SAW. Kita mengendahkan pesanan dan didikan Nabi kita sendiri. Nabi yang akan memberi syafaat kepada kita di akhirat kelak dengan izin Allah swt. Kita ingkar. Kita tutup telinga. Kita tutup mata. Rasa terkongkong. Beranggapan agama ini lapuk dek zaman. Kita ala kadar dalam melaksanakan tuntutan sebagai seorang muslim.

Fikir kembali.

Syeikh berkata lagi,

"...umat Islam telah berpaling, mereka perlu diluruskan kembali dan diarahkan pada perintah Allah. Umat Islam telah meninggalkan syariat Tuhan mereka, mereka menerima pakai aturan dan undang-undang bukan Islam."

Inilah acuan manusia. Penuh dengan kelemahan. Dan kebanyakannya untuk menyimpangkan kita dari jalan yang lurus.

"Acuan Allah… Apakah ada yang lebih baik dari acuan Allah, sedang kita ini kepada-Nya, adalah hamba." (Al-Baqarah : 138)

Syeikh berkata,

"Bahawasanya umat Islam telah SALAH dalam pemahaman dan tingkah laku. Pemahaman dan tingkah laku mereka diambil dari Timur dan Barat. Ini menyebabkan tradisi, kebiasaan dan ajaran Islam telah bercampur aduk dengan ajaran agama lain. Oleh sebab itu, umat Islam harus bijak membezakan antara yang baik dan yang buruk, antara yang lurus dan yang bengkok, antara yang asli dan yang palsu, antara yang bersumber dari agama Allah dan yang tidak bersumber dari agama Allah."

Akhir bicara

"Oleh kerana itu, hadapkanlah wajahmu kepada agama yang lurus (Islam) sebelum datang dari Allah suatu hari (kiamat) yang tidak dapat ditolak, pada hari itu mereka terpisah-pisah."
(Surah Ar-Rum :43)

Apa yang berlaku, itu semua ketetapan hakiki oleh Tuhan mu. Tiada kuasa yang boleh menghalang Tuhan mu berbuat sedemikian.
Apa yang penting adalah Tuhan mu tidak akan sesekali menzalimi mu bahkan Dia sentiasa mahukan kebaikan untukmu.

"...Allah sama sekali tidak hendak menzalimi mereka, akan tetapi merekalah yang menzalimi diri mereka sendiri."
(Surah Al-Ankabut:40)

Yakinlah.

"Darah orang-orang Islam semuanya sama,orang yang di bawah diberi perlindungan dan orang yang di atas memberi perlindungan kepada mereka. Mereka laksana tangan bagi yang lainnya."
(Hadis riwayat Abu Daud & An-Nasaie)

Palestin dan Nusantara, walau beribu batu jauhnya.
Selagi mana terdapat syahadah di situ.
Kita adalah keluarga.

-tetAngo-
*Penulis masih kanak-kanak dalam bidang penulisan tetapi bermimpi dan bercita-cita untuk memberi sedikit coretan yang mungkin bermanfaat untuk umat manusia. Segala kekurangan, penulis tanpa segannya ingin memohon maaf. Diharapkan para pembaca dapat mengambil mesej sama ada tersirat mahupun tersurat dalam setiap penulisan yang ditulis. Penulis juga mempunya blognya yang tersendiri iaitu tetango.blogspot.com.Akhir kata, yakinlah Tuhan sentiasa bersamamu di setiap perjalanan hidupmu !


No comments:

Post a Comment