Kali terakhir aku menulis adalah
pada 14 Januari 2015, tatkala dunia sedang gempar dengan serangan bom pertama di
Paris, Perancis. Artikel itu aku tulis dalam bahasa Inggeris supaya dapat
mencapai ramai orang. Harapnya. Kali ini, izinkan aku untuk menulis dalam bahasa
yang aku sendiri selesa untuk menulis dan bukannya bahasa Inggeris sebab bahasa
Inggeris aku dah lemah. Aku nak menulis dalam bahasa Itali pula.
Ciao.
Okay. Cukup dengan bahasa Itali.
Aku menulis kali ini kerana aku merasakan ada sesuatu yang perlu aku sampaikan
kepada semua yang bergelar (bekas) sahabat aku yang telah suatu ketika dahulu
sama-sama menapaki jalan yang penuh dengan duri dan hamparan berdarah. Aku
menulis dengan penuh harapan agar apa yang aku sampaikan melalui penulisan aku
ini dijadikan pengajaran untuk hangpa semua (bajet orang utara betul). Aku juga
berharap agar (bekas) sahabat-sahabat aku ini untuk tidak sibuk-sibuk bertanya
khabar setelah aku memuat naik penulisan aku ini ke blog TE. Entri kali ini
agak personal. SIla baca dengan discretion. Anda telah diberi amaran!
Just read, digest, and move on with
our own lives.
Aku masih ingat ketika di masih bumi
bertuah KMB, seorang abang senior telah menyampaikan satu hadis yang kurang
lebih seperti ini:
“Demi Allah, Dzat yang tiada tuhan selain Dia, sesungguhnya setiap kalian
ada yang beramal dengan amalan penghuni syurga hingga jarak antara dia dengan
syurga hanya sehasta. Lalu suratan takdir mendahuluinya, sehingga ia beramal
dengan amalan ahli neraka, maka ia pun masuk neraka. Ada juga di antara kalian
yang beramal dengan amalan penghuni neraka hingga jarak antara dia dan neraka
hanya sehasta. Lalu suratan takdir mendahuluinya, sehingga ia beramal dengan
amalan ahli syurga maka ia pun masuk syurga.”
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim
Abang senior tersebut beritahu,
dalam konteks usrah itu sendiri, mungkin seseorang itu tak ikut usrah semasa
dia berada di KMB tapi Tuhan buka pintu hati dia untuk ikut usrah masa di luar
negara dan mungkin juga orang yang ikut usrah masa di KMB futur semasa di luar
negara. Masa tu, aku macam pesimistik sikit sebab pemikiran masih ala budak-budak.
Masakan orang yang kurang suka pada tarbiyah, yang liat dengan benda-benda
Islamik boleh join usrah? Dan masakan orang yang sering berukhuwah, daurah
sana-sini boleh lari daripada DnT? Tapi aku salah sama sekali. Salah sesalah
salahnya.
Aku tewas.
Futur ni macam tuberculosis. Kali
pertama Mycobacterium tuberculosis
masuk paru-paru, pesakit tak tunjuk apa-apa simptom mahupun manifestasi
klinikal (hamek kau direct translation), tetapi saat bakteria tersebut aktif
buat kali kedua masa itulah baru tahu tinggi langit dan bumi. Futur ni juga
macam arak. Ada kebaikannya tetapi keburukannya itu lebih banyak berbanding
kebaikan maka hindarilah arak. Eh. Futur ini juga satu entiti yang bila mana
dah melekat dan sebati dalam jiwa, nescaya nak sental hati biar jadi putih
balik amatlah payah (tapi possible).
Okay. Cukup kot dengan luahan aku.
Aku teruskan dengan pengajaran yang aku nak hangpa semua fikir dan dapat.
Pengajaran pertama: Sabar itu
sebahagian daripada iman
Aku tak salahkan abang-abang senior
disini. Walaupun dalam masa setahun bertukar murabbi itu ada laa dalam dua ke tiga
kali sehingga aku sendiri pernah mencadangkan agar nama usrah kitorang Geng
Tukar Murabbi. Satu benda pasal tukar-tukar murabbi ni, sabar itu sangatlah
perlu kerana setiap kali tukar murabbi, setiap kali itulah kita kena adjust
dengan cara depa bagi pengisian, tingkah laku depa, dan continuity depa. Dan
nak adjust ni bukan sekali dua belanja makan dah ngam (masa kat KMB aku pun tak
tahu macam mana boleh melekat), mau makan masa lima ke enam kali liqa’ baru dah
serasi. Tapi masa liqa’ ketujuh, tukar murabbi baru pula. Dan proses ini
berulang sehinggalah aku berasa hilang sabar dan beritahu murabbi aku pada masa
itu yang aku ingin mengambil masa sekejap daripada dunia DnT.
Aku bagi alasan aku nak fokus Tahun
Kedua tapi aku tahu itu cuma alasan aku. Sebenarnya selain daripada kurang
selesa dengan murabbi sebab asyik bertukar je, aku rasa bosan dengan usrah
sebab setiap kali usrah, point yang sama dibentangkan sehingga aku rasa tak
berkembang duduk dalam usrah. Liqa’ minggu ni cerita pasal A, liqa’ minggu
depan cerita pasal A lagi tapi karakter yang berbeza. Dah kalau tiap-tiap liqa’
asyik cerita pasal benda yang sama, mana nak berkembangnya? Tazkirah aku tak
kisah tapi ni pengisian utama! Aku hilang sabar dan akhirnya aku buat keputusan
untuk keluar daripada usrah.
Ya, aku bukan ikhwah dah. Aku
akhwat. #hambar
Pengajaran kedua: Letak diri hangpa
dalam kasut depa
Satu lagi direct translation. Masa
ni aku masih lagi berusrah tapi dah jarang ke masjid. Sangat jarang. Dan masa
ni kitorang sibuk mencari rumah. Aku usha rumah seorang senior ni yang
kebetulan usrahmate aku. Sambil-sambil berbincang hal rumah dia sentuh sikit
pasal hal aku tak turun masjid. Aku akui salah aku tak turun masjid sebab malas
(ya aku malas), tapi apa yang dia kata selepas itu buat aku rasa nak bermuhasabah
on the spot. Bukan sebab apa yang dia kata kena kat batang hidung aku tetapi
cara dia yang membuatkan aku rasa makin tak nak pergi masjid sebab
manusia-manusia seperti ini.
Ya, anda betul! Sentap sentapan.
Aku akui masa dekat KMB dulu
menyentap orang itu memang kerja aku. Timeline TwitterTM (trademark
supaya tak kena saman) aku penuh dengan indirect tweet berkaitan
sentap-sentapan. Masa tu aku rasa sentap ini bagus sebab bila hati terasa,
makin senang kita nak bermuhasabah. Betapa bangangnya aku. Tidak sama sekali
wahai diri!
Sentap itu membuatkan kau rasa diri
kau bagus dan pandang rendah dekat orang lain! Sentap itu bagi aku yang dah
kena sentap tahap maksima (siap diberi buku Tarbiah Sentap lagi tu!) membuatkan
aku rasa jijik dan menyampah dengan orang-orang yang kononnya ingin menyentuh
pintu hati manusia! Sentap itu membuatkan aku rasa lebih baik duduk bilik
diam-diam daripada pergi masjid dan kena sentap oleh manusia. Ya, Tuhan juga
ada beri ayat-ayat sentap dalam Al-Quran tetapi ayat-ayat Tuhan juga dipenuhi
dengan harapan! Bila aku sampai hostel, aku kenang balik berapa ramai yang aku
dah sentap dan aku nak minta maaf secara terbuka disini.
Maaf sebab aku sentapkan hangpa
tanpa aku sedari apa yang berlaku dalam hidup hangpa.
I should have put myself in your
shoes before I say anything to you. I am sorry.
Pengajaran ketiga: Agama itu memudahkan
Masa masih lagi bergelar pelajar
Tahun Pertama, aku jarang ponteng kelas (attendance kami kena 90% ke atas baru
boleh duduki Final Exam) dan rasa bersemangat nak belajar. Praktikal pun selalu
siap tepat pada waktunya dan jarang tertangguh. Tetapi bila aku mula tinggalkan
usrah dan secara automatik aku tinggalkan juga amalan-amalan yang aku sering
buat dahulu seperti solat Dhuha, baca Mathurat etc, aku merasakan bahawa dunia
ini semakin sukar dan sulit bagi aku. Minggu depan dah mula study leave untuk
Blok 2 tapi satu benda yang lecturer ajar selama tempoh 8 minggu ni entah
dimana aku letak. Praktikal aku tertangguh sehingga aku tak sempat nak siapkan
lukisan Microbiology aku (aku dapat markah 4/10). Exam Blok 1 aku teruk; 2
gagal, 2 lulus cukup-cukup makan.
Percayalah, semua ini kerana aku
jauh daripada Tuhan. Aku jauh daripada Dia Yang Maha Memberi Rezeki. Aku jauh
daripada Dia Yang Memiliki Hidup ini. Maka aku boleh katakan untuk hidup dalam
suasana Islamik itu sebenarnya satu luxury (aku tak tahu bahasa Melayu nak kata
apa dan aku malas nak Google) dan jangan sekali-kali cuba untuk mendekati
lembah kefuturan. Kalau rasa malas nak baca Mathurat sikit, minta rakan serumah
untuk tampar bagi sedar sikit. Kalau rasa malas nak buka Quran, lempar periuk
belanga kat dapur tu biar berdarah kepala. Asalkan hangpa tak tinggalkan
amalan-amalan hangpa, aku boleh jamin yang segala benda yang hangpa buat di
muka bumi Tuhan ini, hangpa akan rasa mudah. Percayalah.
Pengajaran keempat: Berukhuwah biar
benar-benar kerana Tuhan
Pengajaran keempat ini ada kaitan
dengan rajuk aku sebenarnya. Masa mula-mula sampai bumi Al-Maududi ni, aku rasa
tertekan sangat sebab jadual padat; kelas 8 pagi sampai 4 petang, Isnin
sehingga Sabtu. Bila buka FacebookTM (trademark lagi sebab takut
kena saman), aku lihat gambar-gambar para sahabat melancong serata Eropah. Bila
buka TwitterTM, terbaca tweet-tweet para sahabat tentang betapa
seronoknya Paris, betapa indahnya Andalusia, betapa lawanya Rome, betapa
breathtaking-nya Cliffs of Moher. Kalau setakat seminggu aku boleh terima lagi
tetapi benda ni berlarutan sehingga sebulan. Kemudian reda sebentar dan dua
tiga bulan lepas tu mula balik. Aku sangatlah tertekan kerana sahabat-sahabat
lain boleh melancong sana sini walaupun ambil Perubatan sedangkan aku disini
berhempas pulas belajar. Cuti kami setahun yakni selama dua bulan hanyalah 50%
daripada cuti hangpa kat Eropah.
Cara aku untuk hilangkan tekanan?
Aku delete akaun FB dan Twitter aku secara total. Aku hanya ada Whatsapp dan
9Gag sebagai teman media sosial. Dan selama aku delete akaun media sosial aku,
aku boleh kira dengan tangan berapa ramai so-called ikhwah yang contact aku.
Hampeh dulu sembang kencang berukhuwah sehingga ke syurga tapi realitinya
ukhuwah di dunia maya. Tapi aku tak kisah. Serius aku tak kisah. Aku lebih suka
sebegitu rupa kerana akhirnya aku boleh buang contact-contact lama aku daripada
phone aku. Dan secara kebetulannya, phone yang aku guna semasa di KMB rosak
tiga bulan lepas maka kau memang secara total putus komunikasi dengan (bekas) sahabat-sahabat
aku. Ada laa dua tiga orang yang aku masih berhubung, itupun kerana kitorang
rakan sekelas yang memang ada group Whatsapp sendiri.
Maka kisah ini aku jadikan sebagai
pengajaran, kalau ingin berukhuwah pada masa akan datang, maka
bersungguh-sungguhlah kalian. Ayat femes budak-budak yang tak join usrah
ataupun lari daripada usrah, “Bila join usrah bukan main tanya khabar itu ini,
tapi bila dah tak join usrah ibarat kitorang tak wujud pun!”
Aku rasa cukup sudah untuk aku
bercerita tentang diri aku. Biarlah ‘aib’ aku ini dijadikan sebagai pengajaran
untuk hangpa semua agar hangpa semua tidak menjadi seperti aku. Aku doakan yang
terbaik untuk hangpa yang baca entri kali ni walaupun agak sadis, kasar, dan
sangatlah tidak sesuai untuk kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah mahupun
orang-orang dewasa yang berperangai seperti kanak-kanak. Aku harap hangpa yang
kenal aku tak judge aku walaupun aku dah jadi alumni ikhwah, dan tolong jangan
nak sibuk-sibuk contact aku (macam yang aku kata mula-mula tadi). Aku masih
lagi mencari batu loncatan untuk aku bina balik iman aku daripada bawah dan aku
harap hangpa boleh doakan aku dan doakan mereka-mereka yang sama seperti aku.
Jangan lupa untuk doakan diri sendiri agar tidak futur dan jangan lupa doakan
saudara-saudara seagama kita yang ditindas di seluruh dunia.
Aku minta maaf.
Dengan ini, aku mengundur diri.
Daripada hidup kalian.
-Senpai-
PS: Siapa-siapa yang pendam rasa
nak kahwin dengan aku, sila padam cepat-cepat dan cari ikhwah lain.
Buahahahaha.
PPS: Maaf bahasa berterabur dan
rojak. Inilah akibatnya bila menulis daripada hati. Kahkah.
I pray things go well for ye brother. Allah pegang hati. Teruskan usaha dalam tawakal yg sebenar-benarnya. All the best. Lama bonar blog nih tak berisi. Aha.
ReplyDeleteSabr
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteKetahuilah sahabat, perjalanan mencari Tuhan bagi setiap manusia sangat berbeza-beza, bersimpang-siur dan mempunyai lekuk-lekuknya yang tersendiri. Tetapi apa yang pasti, jalan itu sangat rencam pancaroba dan merenyahkan. Namun setiap orang perlu terus bejalan meski harus merangkak mahupun bertatih. Tidak berhubung tidak bermakna luput dari ingatan, tidak bertanya khabar bukan bererti hapus dari doa. Moga terus thabat akhi.
ReplyDeleteWey aku faham, sebab study kt india juga. Tapi camna r, fikirlah pasal diri sendiri sebelum sesak dgn masalah ikhwah lain. Fikirlah tentang makna hidup dan apa yg kau boleh buat utk memaknainya. Tu je.
ReplyDelete