Sunday, December 21, 2014

You, open your eyes in class but sleep in reality


Credit

“Governments don't want a population capable of critical thinking, they want obedient workers, people just smart enough to run the machines and just dumb enough to passively accept their situation.” 

-George Carlin-

Anda still belajar?
So, anda adalah pelajar.

Apa yang anda belajar?

"Huishhh, macam-macam kot! History, maths, physics, chem haaa ada lagi takkan nak sebut semua kut."

Pernah tengok news pasal our current situations?

"Ehh..mesti laa tengok!"

Semuanya menyedihkan bukan?

"Haaah, betul-betul! Kejap2 bunuh laaa apa laaa."

Anda still belajar?
So, anda adalah pelajar.

Jadi apa yang anda belajar selama ini?

Just for the exam result yang menggembirakan diri, orang lain & company yang bakal offer anda bekerja?

Think Again.

Wahai bapakku, sesungguhnya telah datang kepadaku sebahagian ilmu pengetahuan yang tidak datang kepadamu, maka ikutilah aku, niscaya aku akan menunjukkan kepadamu jalan yang lurus.

(Surah Maryam : 43)

Menjadi student itu satu kebanggaan kerana pelbagai ilmu dapat dikutip di sepanjang perjalanan menuntut ilmu. Ianya tidak terhad hanya dalam formal session ataupun class, lecture hall & namakan laa ikut suka hati anda. Ilmu itu ibarat sampah, selayaknya dipungut di merata-rata tempat, ini disebabkan sifatnya berselerakan di ceruk dan berhampiran anda semua. Tetapi "sampah" ini bukanlah seperti sampah-sarap yang ada di mana-mana sejauh mata memandang yang dikutip dan dibuang ke dalam tong sampah jika rasa rajin. "Sampah" ini adalah satu kekuatan, motivation, inspiration dan lain-lain jika diri kita memahaminya dengan baik.

Lantas, bermain-main dalam pemikiran diri kita. Apa function, student seperti aku ni?

Adakah buku & lecture notes itu menjadi santapan setiap hari?
Habisnya exam, ke manakah "sampah" daripada buku-buku itu pergi?

Adakah hanya dicoretkan di atas kertas?
Atau lebih daripada itu?

One more time again, ask youself !

Apa function, student seperti aku ini?

Jawapannya mudah jika hanya di mulut.

Raise up your head.
Turn it into 360 degree around you.
Ini hanyalah kiasan sahaja.

Eh,

Maksudnya, lihat sekeliling anda. Dunia anda. Eh, silap! Bukan dunia anda tapi dunia realiti, kalau dunia anda sudah tentu agak sukar ingin melihat realiti. Ini disebabkan dunia kita mengikut pemikiran kita, tukarkan ia. Masukkan diri anda dalam pemikiran manusia yang berada dalam dunia realiti.

Hold on, brother!
What you mean by "Dunia Realiti"?

Daripada Ummul Mu’minin , Zainab binti Jahsy (isteri Rasulullah saw.) ,beliau berkata,” (Pada suatu hari) Rasulullah saw. masuk ke dalam rumahnya dengan keadaan cernas sambil bersabda, La ilaha illallah, celaka (binasa) bagi bangsa Arab dari kejahatan (malapetaka) yang sudah hampir menimpa mereka. Pada hari ini telah terbuka dari dinding Ya’juj dan Ma’juj seperti ini”, dan Baginda menemukan ujung jari dan ujung jari yang sebe!ahnya (jari telunjuk) yang dengan itu mengisyararkan seperti bulatan. Saya (Zainab binti Jahsy) lalu bertanya: “Ya Rasulullah! Apakah kami akan binasa sedangkan dikalangan kami masih ada orangorang yang shaleh?” Lalu Nabi saw. bersabda “Ya, jikalau kejahatan sudah terlalu banyak”.

(H.R. Bukhari Muslimi)


Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; “Hampir tiba suata masa di mana bangsa-bangsa dun seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orangorang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka”. Maka salah seorang sahabat bertanya “Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?” Nabi saw. menjawab, “Bahkan kanu pada hart itu banyak sekali, tetapi kanu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit ‘wahan”‘.

Seorang sahabat bertanya, “Apakah wahan itu hai Rasulullah?” Nabi kita nenjawab, “Cinta pada dunia dan takut pada mati”.

(H.R. Abu Daud)

Dan pada Abu Hurairah r.a. katanya: Aku mendengar RasuIullah saw. bersabda, “Umat ku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu”. Sahabat bertanya, “Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?” Nabi saw. menjawab, “Penyakit-penyakit itu ialah (1) terlalu banyak seronok, (2) terlalu mewah, (3) menghimpun harta sebanyak mungkin, (4) tipu menipu dalam merebut harta benda dunia, (5) saling memarahi, (6) hasut menghasut sehingga jadi zalim menzalim”.

(H.R. Hakim)

Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. berkata: Telah bersabda Rasulullah saw.; “Sudah hampir sampai suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam ini kecuali hanya namanya, dan tidak tinggal daripada Al-Quran itu kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid mereka tersergam indah, tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah kolong (naungan) langit. Dari mereka berpunca fitnah, dan kepada mereka fitnah ini akan kembali”.

(H.R al-Baihaqi)

Dah-dah cukup. Jika disenaraikan semuanya membolehkan kita semua menarik nafas panjang & jatuh kerusi.

Hambar.

Oraitt, back to the topic gentleman!

Kita sebagai pelajar. Harus belajar something yang tidak ada dan wujud pun dalam lecture hall mahupun bidang yang kita sendiri tidak ambil. Inilah dinamakan pelajar, sentiasa bersemangat dalam pelbagai jenis ilmu tanpa bias. Ilmu itu melengkapi pelajar, hanya sekadar ilmu untuk exam yang tersemat dalam dada.

Rugi derr!

Bukanlah bermakna perlunya go in depth dalam ilmu yang kita tidak suka ataupun berlainan bidang but if we can't go in depth, why not we touch the surface? Itu lebih baik. At least, kita boleh mengeluarkan pandangan & tahu serba sedikit tentang mana-mana ilmu. Takder lah kita terlopong mulut sambil scroll down phone kita bilamana orang lain berbicara tentang sesuatu isu.

Camtu haaaa

Lihatlah keadaan sekeliling.
Kerna ia mengajar diri kita.

Jika ditanya, apakah ciri-ciri yang perlu ada dalam diri seseorang pelajar itu?

Terdapat dua ciri iaitu IDEALISM dan ACTIVISM. Di mana kedua-dua ciri ini mesti digabungkan dalam diri seseorang pelajar itu. Hilang salah satu atau gagal dalam membina ciri-ciri tersebut maka anda bukan pelajar yang betul-betul pelajar. Anda adalah pelajar untuk exam bukan pelajar untuk mengubah sesuatu keadaan.

Sorry to say.

(1) Idealism

Credit
Narrower versions of Idealism claim that our understanding of reality reflects the workings of our mind first and foremost - that the properties of objects have no standing independent of the minds perceiving them.

Statement di atas bukan quote, ia cuma rumusan ringkas tentang Idealism. Buku-buku yang membincangkan ciri ini sebagai isi penting adalah The World and the Individual, by Josiah Royce, Principles of Human Knowledge, by George Berkeley dan Phenomenology of Spirit, by G.W.F. Hegel. 

Ciri ini sebenarnya bermaksud dengan bertambahnya kefahaman kita tentang realiti (world situations) sedikit sebanyak mampu mencerminkan bagaimanakah caranya minda kita bekerja selama ini. Adakah minda kita bekerja mengikut situasi dunia yang menyedihkan dan penuh kesengsaraan ataupun minda kita bekerja hanya mengikut dunia ciptaan kita sendiri? This is it. Minda yang bekerja mengikut dunia fantasi ciptaan sendiri merupakan satu minda yang low level of standard even seseorang itu sangat cemerlang dalam akademik. Lantas ditanya, apa sebenarnya dunia fantasi ciptaan sendiri itu? 

Meh sini nak bagitau.

Dunia fantasi ciptaan sendiri itu adalah kau melihat current situations but then kau ignore and just proceed with your normal life without having any concern. That's their problems. I don't have any problems at all so, it's okay. Kau create dunia fantasi kau sendiri tanpa kau sedari. Kau berlumba-lumba dalam menuntut ilmu (itu sangat bagus, tidak dinafikan), but ask yourself again.

Until when?
We living in the world that full with crisis.
Yang kuat bermaharajalela dan yang lemah dipijak-pijak sehingga tidak berdaya lagi hendak bangkit semula. Dan kita masih lagi melihat!

"Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antara kamu dan belum nyata orang-orang yang sabar."

(Surah Ali-Imran:42)

Mengenai idealism yang disebutkan sebelum ini, di mana minda kita bekerja mengikut current world situations. Ini sepatutnya menjadi priority dalam diri kita semua sebagai pelajar. Kita belajar, kita melihat dunia, kita belajar lagi based on apa yang kita lihat, kita analysed & kita provide solutions on how to act if certain things happen. That's it! Most vital sekali adalah menghalakan segala pemikiran dalam idealism ke arah petunjuk daripada Tuhan dan Nabi. Itulah jalan yang lurus.

(Ingatlah) ketika pemuda-pemuda itu berlindung ke dalam gua lalu mereka berdoa. " Ya Tuhan kami. Berikanlah rahmat kepada kami dari sisiMu dan sempurnakanlah petunjuk yang lurus bagi kami dalam urusan kami."

(Surah Al-Kahfi:10)

(2) Activism


“A dead thing can go with the stream, but only a living thing can go against it.” 

 -G.K. Chesterton-

Ciri ini adalah kesinambungan daripada idealism. Di mana idealism adalah memahami dunia realiti dan activism adalah membuat sesuatu untuk memberi kesan kepada hubungan sosial setempat. Vision yang utama sekali untuk activism ini adalah "How To Change The World?". Lihat vison itu, satu persoalan bukannya 100% statement dan dimulai dengan "How" bermakna tiada exact atau fixed solutions untuk "Change The World". Ini harus ada dalam diri pelajar, kita belajar untuk membuat perubahan kepada dunia bukannya dunia yang membuat perubahan kepada diri kita baik dari segi mental dan juga fizikal.

We have the power to change it!
From injustice system to justice system in our life.

Dan katakanlah,"Kebenaran telah datang dan yang batil telah lenyap." Sungguh, yang batil itu pasti lenyap.

(Surah Al-Isra': 81)

Jika lihat perkataan Activism, seolah-olah sama dengan activity ataupun aktiviti. Ia adalah perbuatan sama ada melalui program,kempen, protest, demonstrasi, mass media methods, talks dan lain-lain. Apa yang jelas adalah ianya bersifat perbuatan di mana sesuatu yang perlu kita gerakkan dan ini bermaksud diri kitalah yang perlu digerakkan dalam membina Activism dalam diri kita semua. Ciri ini tidak akan terbina sekiranya kita berpeluk tubuh dalam bilik sambil main games, ia perlu kepada kita berurusan dengan mental & physical.

Apa yang menggembirakan adalah apabila rakan-rakan kita juga bersama-sama dalam membina ciri ini! Walaupun dalam sesuatu kawasan itu hanya kita, rakan-rakan 2-3 orang dan kucing kita mempunyai pemikiran ciri sebegini. Tidak mustahil satu perubahan dapat dilaksanakan di sesuatu tempat tersebut. Walaupun tidak besar perubahan itu tetapi ingatlah, Tuhan tidak pernah melihat hasil tetapi itu tidak bermakna diri kita berusaha sambil lewa dalam membuat perubahan.

“Never doubt that a small group of committed people can change the world. Indeed, it is the only  thing that ever has.” 

-Margaret Mead, US anthropologist (1901 – 1978)-

“Barangsiapa menyeru kepada hidayah (jalan petunjuk dan kebaikan), maka ia akan mendapatkan pahala sebagaimana pahala orang yang mengikuti (atau mengerjakan)nya tanpa mengurangi pahala mereka sedikitpun. Dan barangsiapa menyeru kepada kesesatan, maka ia mendapatkan dosa sebagaimana dosa orang yang mengikuti (mengerjakannya) tanpa mengurangi dosa mereka sedikitpun.”. 

(HR. Muslim no. 6750). 

Penutup

Secara tuntasnya, apa yang disembangkan ini adalah teori dan pendapat sahaja. Kami di sini tidak berharap 100% tulisan sembang kencang ini diterima. Ini adalah buah bicara untuk menunjukkan ini adalah perspektif yang perlu ada dalam diri pelajar, idealism dan activism. Ini semua akan kekal menjadi teori jika tidak dipratikkan, inilah yang dibimbangi! Membaca beribu-ribu teori tetapi hanya berapa kerat yang digunakan dalam kehidupan seharian.

Kita adalah pelajar. Kita adalah mahasiswa/mahasiswi. Kita adalah bakal suami/isteri. Eh?

Lihatlah kehidupan generasi seterusnya, adakah mereka mahu sama seperti kita? Terperangkap dalam pemikiran yang direka sendiri oleh musuh kita. Bebaskanlah pemikiran diri itu ke arah pemikiran yang disuluh oleh cahaya Tuhan.

In sha Allah.

It’s not where you’re from; it’s not where you’re at: it’s what you do.


~tetAngo~

Monday, October 20, 2014

Buya HAMKA : Kaum Tua VS Kaum Muda (Wahabi)

credits to blog.digishelf.co.id
Isu pertarungan antara ‘Kaum Muda’ (wahabi) dan ‘Kaum Tua’ di Nusantara (Kepulauan Melayu-Indonesia) ini sudah lama tercetus.
Kalau di Kelantan, mungkin kita kategorikan isu ini sebagai isu zaman ‘Jaafar Tonggek’.
Satu sifat deskriptif yang mahu memberi simbol betapa telah lama berlalu sesuatu perkara itu.
Secara peribadi, saya agak muak dan mual untuk membicarakan soal ini kerana isu ini tidak akan ke mana.
Akhirnya, paling jauh dan ekstrim isu ini akan pergi pada tahap ‘aku dan guru aku sahaja yang betul, kau dan guru kau sesat dan masuk neraka’. Fuhh!!!

Saya bukan berniat mahu menimbulkan sengketa apabila memilih isu ini buat ditulis, tapi saya sekadar tertarik dengan precedent lama permikiran orang Melayu ini yang terus berulang dan berulang sehingga hari ini.


‘Kaum Tua’ dan ‘Kaum Muda’(Wahabi)

Jargon ‘Kaum Muda’ dan ‘Kaum Tua’ ini muncul bertitik tolak daripada sengitnya pertarungan antara mereka,
kesengitan ini menyebabkan masyarakat terbelah menjadi dua, sama ada mereka menyebelahi kaum tua atau muda.
Tidak ada kawasan kelabu sebagai garis pemisah antara dua regim yang sedang bersaing ini.
Kalau adapun kawasan kelabu ini, ia wajib diketepi kerana kewujudan kawasan kelabu dalam beragama hanyalah sebuah manifestasi keraguan dan tidak kuatnya iman.

Kaum Muda adalah gerakan intellektual avant garde yang menentang batas norma faham conservative masyarakat.
Sementara kaum tua pula adalah satu kumpulan yang pasif yang menyambung warisan lama, dalam kasus ini, warisan lama itu bisa kita ekspresikan dalam amalan beragama.


Wahabi..Wahabi…Wahabi…

Secara ilmiah, Wahabi adalah satu gerakan yang dipelopori oleh Sheikh Muhammad Bin Abdul Wahab At-Tamimi di Najd yang menentang segala kesyirikan dan bidaah yang dibuat oleh masyarakat pada zamannya.
Hal ini tidak dapat dinafikan oleh kawan dan lawan.
Cuma, di pihak lawan atau mungkin juga di pihak kawan yang adil, ada yang berpendapat gerakan ini terlalu ekstrim sehingga perkara yang dianggap khilafiyyah pun dilabel sebagai bidaah lalu dihapuskan oleh gerakan ini. Wallahua’lam.

Pun begitu, kita semua wajib mengetahui bahawa Wahabi ini bukanlah satu mazhab fiqh atau mazhab aqidah yang baru,
Kerana Sheikh Muhamad Bin Abdul Wahab sendiri di dalam Fiqh, beliau bermazhab Hambali dan di dalam Aqidah, beliau bermazhab salaf yakni tidak menta’wil ayat-ayat sifat.

Di Malaysia, perkataan atau label Wahabi ini mampu memberi konotasi yang buruk dan begitu ramai para ilmuan kita di label dengan gelar ini.
Masyarakat yang tidak diberi faham amat takut dan allergic dengan label ini sehingga Pak Mat di hujung kampung Kodiang sana cukup melatah dengan ‘ustaz-ustaz Wahabi’.
Hang jangan duk pi la kuliah ustaz tu, dia tu Wahabi, nanti sesat hang dunia akhirat’,
Ngomel Pak Mat melarang anak muda sambil melipat rokok daun buat peneman mencerca ‘ustaz-ustaz Wahabi’.

Kenapa Wahabi ni teruk dan memberi konotasi yang buruk?
Apa itu Wahabi sebenarnya?
Untuk dua soalan ini, Buya HAMKA ada jawapan tuntasnya.

Kata Buya HAMKA :

“Dituduhlah kami kaum Wahabi. Siapa Wahabi? Ialah pengikut ajaran Muhammad Abdul Wahab al-Najdi yang hidup pada kurun ke-12 hijrah al-mustafa (kelapan belas kurun miladiyah).
Dari mana dia mengambil pelajarannya? Dari karangan Ibnu Taimiyah dan Ibn Qayyim dan mazhab mereka ialah Hambali. Oleh sebab itu, mereka bermazhab Ahlu Sunah Wal Jamaah juga. 
Mengapa nama Wahabi itu sangat dicela dan dibenci orang? 
Sebab mereka berontak melawan pemerintah pergi melawan pemerintahan Turki Othmani yang berates tahun menjajah tanah Arab, maka kerana Turki amat benci kepada kaum yang telah memulai membuka mata bangsa Arab ini……. 
Sebab-sebab yang diambil alasan buat mencela kaum Wahabi adalah kerana mereka sangat menentang pemujaan kepada kubur yang telah dipandang orang sebagaimana orang musyrikin menyembah berhala. Buku-buku mencela Wahabi itu tersebarlah di negeri kita sehingga kata Wahabi dipandang sebagai kata penghinaan“

(Rujuk : Prof Dr HAMKA, Teguran Suci & Jujur Terhadap Mufti Johor, m/s 74-75, terbitan Pustaka Dini)

Maka realiti di Malaysia hari ini, sesiapa sahaja yang berlainan dari segi amalan agama akan dituduh sebagai Wahabi.
Tak Qunut Subuh? Wahabi.
Tak berdoa beramai-ramai selepas solat fardhu? Wahabi.
Menaqalkan kata-kata Sheikh Al-Albani? Wahabi.
Tak membaca surah yaasin pada malam jumaat? Wahabi.
Membaca basmalah secara sirr di permulaan surah Al-Fatihah? Wahabi.
Makan di Restoran Jepun? Wahabi…. choyy!! Bukan, itu WASABI.

Jika ingin mengetahui lanjut tentang amalan-amalan Wahabi, boleh membaca blog Zamihan Mat Zin Al-Ghari.
Di blog dia, ramai yang telah disenaraikan sebagai Wahabi. Kahkahkah.
Untuk rekod, Dr Azwira Abdul Aziz (Pensyarah kanan Jabatan Pengajian Al-Quran dan As-Sunnah di Universiti Kebangsaan Malaysia) telah menulis satu buku menjawab tohmahan Zamihan Mat Zin Al-Ghari terhadap beberapa isu berkaitan Wahabi.
Buku itu bertajuk ‘Pegangan Ahli Sunnah Dan Pendustaan Zamihan Terhadap Ulama Mereka’




Semoga Allah memberi kekuatan kepada Dr Azwira dan semoga Allah memberi hidayah kepada Zamihan Mat Zin Al-Ghari dan memasukkan kedua-duanya kedalam golongan hamba yang jujur dan ikhlas dalam beragama. (dan kepada kita semua juga).


‘Kaum tua’ & ‘Kaum Muda’ (Wahabi) : Dari sisi gerakan intelektualism

Ketika hayat Buya HAMKA, beliau dan ayah beliau (Haji Rasul) telah ditohmah dan dituduh sebagai Wahabi kerana Buya HAMKA dan ayahnya mempunyai pegangan hukum yang berbeza pada sesetengah sudut hukum.
Cukup kita memahami itu sahaja sebabnya mereka digelar wahabi atau kaum muda.
Mereka berbeza bahkan mereka mengambil pandangan yang sedikit berbeza dengan amalan masyarakat setempat dalam sesetengah hukum.
Pelbagai tohmahan diterima oleh Buya HAMKA dan ayahnya.
Menariknya, tohmahan ini diberikan oleh golongan yang bergelar ulama juga, iaitu kaum tua.
Para ulama kaum tua di tanah Melayu sangat takut apabila Haji Rasul, iaitu ayah kepada Buya HAMKA datang ke tanah Melayu, bimbang mereka kalau-kalau permikiran Haji Rasul diserapi oleh masyarakat di Tanah Melayu.

Kata Haji Rasul ketika melihat gelagat ulama Kaum Tua yang bimbang akan permikirannya itu,

“Takut benar ulama-ulama disana pada waktu itu, bahwa Mazhab Syafi’i akan berubah lantaran Kaum Muda Sumatera, atau Muhammadiyah di Jawa”

(Prof. Dr HAMKA, Ayahku, m/s 115 Terbitan UMMINDA).
Di Tanah Melayu dan Indonesia pada ketika itu, masyarakat setempat kuat berpegang kepada mazhab Syafie dari segi pengamalan fikih mereka.
Dan takut benar mereka jika terkeluar daripada pendapat-pendapat Imam Syafie dan Imam-imam di dalam Mazhab Syafie.
Manakala kaum Muda pula mengambil pendekatan yang berbeza, iaitu ilmu itu tidak terkumpul pada satu mazhab sahaja, bahkan perlu adanya perbandingan antara pendapat imam-imam dikalangan mazhab-mazhab yang lain juga.
Demikian bermulanya gerakan intelektual antara Kaum Tua dan Kaum Muda.

Kata HAMKA,

“ Yang tua setia kepada matan Kitab Ulama Syafi’iyah. Yang muda berani memakai pikirannya sendiri dan ijtihadnya dan berani pula memperbandingkan dengan pendapat ulama lain di luar mazhab Syafi’i” 
(Prof. Dr HAMKA, Ayahku, m/s 107 Terbitan UMMINDA)


Di dalam sepak terajang dunia ilmu, walaupun penulis masih bertatih dan kerap kali jatuh dalam tatihan itu, namun kita diajar untuk membuat perbandingan diantara pendapat-pendapat sarjana.
Kita berguru dan bertanya serta menganalisa.
Lalu kita membuat kesimpulan dengan kadar ilmu yang dirujuk dan dimiliki.
Ini sebahagian konsep dalam pertarungan intelektual.
Tetapi, di pihak Kaum Tua, hal ini tidak bisa dan ngak usah dilakukan, karna kita ini bukan siapa-siapa.
Kata Buya HAMKA lagi,

“Kaum tua berfikir dengan dasar ‘jangan’ dan kami berfikir dengan dasar ‘silakan’. 
Kata Kaum tua,’janganlah kamu berijtihad kalau tidak cukup padamu ilmu Al-Quran dengan ayat mujmal dan muqayyadnya, ijmal dan tafsil, am dan khas, nasikh dan mansukh, asbabul nuzul, al-hadis dan As-sunnah, qaulun nabi, wafa’alihu wataqrir. Dan matan hadis dan sunah hadis. Dan jarh dan ta’dil dan al-mutawatir dan al-ahad dan sahih dan hasan dan dhaif. Dan ilmu nahu dan syaraf. Dan manthiq dan ma’ani dan adabul-lughat dan,dan,dan, - tetapi mereka tidak belajar! 
Dan kaum muda berkata, ‘Pelajarilah olehmu segala ilmu yang tersebut itu supaya boleh kamu berijtihad’ 
(Prof. Dr HAMKA, Teguran Suci Dan Jujur Terhadap Mufti Johor, m/s 64 Terbitan Pustaka Dini)


Fitnah ditabur

Dalam sejarah ketamadunan Melayu. Fitnah adalah satu senjata ampuh untuk menewaskan lawannya setelah kehabisan hujah dan ilmu.
Sorot saja sejarah Mahsuri dan sejarah Kesultanan Melayu Melaka, pasti saja kita temui senjata mujarab ini digunakan.
Lalu, ketika berlaku pergelutan fikir antara Kaum Tua dan Kaum Muda ini, senjata sama digunakan, iaitu fitnah.
Kaum Tua telah didakwa menfitnah Kaum Muda.

Kata Buya HAMKA,

“Memang, apabila orang yang telah kehabisan hujah dan alasan, mereka pun kembali memakai perkakas fitnah. Dan inilah yang menyebabkan berpecah-belah umat islam….” 
(Prof. Dr HAMKA, Teguran Suci Dan Jujur Terhadap Mufti Johor, m/s 76 Terbitan Pustaka Dini)

Mufti Johor pada ketika itu, Sheikh Sayyid Alwi Bin Tahir Al-Hadad (Rahimahullah) telah melakukan fitnah –menurut Buya HAMKA- terhadap kaum Muda.
Menurut mufti Johor itu, faham Kaum Mudalah yang menyebabkan Agama Islam di Turki jatuh dan kerana faham Kaum Mudalah, dakyah Kristian dan Komunisme berjaya di Indonesia.

Kesimpulannya, Samahah Al-Mufti ingin mengatakan Kaum muda ini satu kaum yang merbahaya.
Maka, diatas tanggungjawab menjawab fitnah ini, Buya HAMKA telah menulis satu surat yang diberi judul ‘Teguran Suci Dan Jujur Terhadap Mufti Johor’.
Semoga Tuhan mengampuni kesilapan Samahah Al-Mufti, kerana sebagai generasi muda yang tidak hidup pada zaman itu, kita tidak secara pasti mengetahui latar keadaan pada ketika itu,
namun kita yakin, jasa dan sumbangan Samahah Al-Mufti lebih besar berbanding kesilapannya yang kecil itu.
Semoga Tuhan mengampuni kita semua.

Apabila kita membaca keseluruhan surat itu, kita dapati, kemarahan Samahah Al-Mufti berpunca daripada fikir Kaum Muda yang sentiasa menyoal setiap fatwa yang diberikan oleh Kaum Tua.
Kaum Muda tidak mahu menerima bulat-bulat hukum halal, haram, makruh atau sunat.
Tetapi mereka mahukan alasan, kenapa halal, kenapa haram, kenapa makruh dan kenapa sunat.
Jika alasan tidak kukuh, maka Kaum Muda tidak menerima fatwa tersebut.
Ini sahaja puncanya!
Seperti anak muda hari ini, kita mahukan alasan daripada setiap hukum yang dikeluarkan, 
kita mahu dibentangkan dalil-dalil daripada Quran dan sunnah.
Walaupun mungkin kita tidak faham, tetapi itu cukup untuk menyakinkan bahawa fatwa itu kuat dan benar.

Kata Buya HAMKA,

“Mufti telah berfatwa hendaklah kitab-kitab kaum muda dibakar, tidak ada yang mahu membakar mungkin satu waktu datang fatwa pula: dilarang anak belajar ke Mesir dan ke Indonesia. 
Tutup Kolej Islam! Suruh pulang guru-guru dari Mesir itu. 
Sebab semuanya membuka mata orang Melayu dan mengajarnya pintar, 
mengajarnya bertanya ‘apa sebab?’. 
Mufti lebih senang kalau umat Melayu seperti dahulu saja, membaca kitab ‘perukunan’ atau kitab ‘Abu Masyarfalki’. 
Lebih baiklah umat Melayu tinggal bodoh, supaya dia tetap Islam. 
Iaitu Islam menurut patuh akan fatwa samaah al-mufti” 
(HAMKA, Teguran Suci Dan Jujur Terhadap Mufti Johor, m/s 54 Terbitan Pustaka Dini)


Penulis tidak sanggup lagi untuk menulis berkenaan pergeseran dan jawapan khusus antara Buya HAMKA dan Samahah Al-Mufti Sheikh Sayyid Alwi Al-Hadad.
Tidak mahu penulis membuka hal-hal yang tidak elok dan memberi konotasi yang buruk kepada samahah Al-Mufti.
Seperti yang telah kita sebutkan, jasa dan pengorbanan samahah Al-Mufti melebihi kesilapannya,
dan kita berdoa semoga beliau ditempatkan di syurga Tuhan.
Setiap manusia pasti melakukan kesilapan, tidak ada yang maksum kecuali al-mustafa Nabi s.a.w.


Hormat ulama, jangan memandai!

Di dalam beragama, sering kali orang muda apabila menyoal atau bertanya sebab, mereka akan dimomokkan dengan kata ‘Terima sahajalah, ini fatwa para ulama, kita tidak setaraf dengan mereka’.
Kita diasuh dengan ucap ajaib dan jampi serapah ini sehingga kita pun tertunduk takut.
Sedangkan perkataan-perkataan ini tidak dikenali dan tidak diajar oleh para imam-imam yang besar. Perkataan itu hanya diajar oleh ustaz-ustaz di surau yang kehabisan hujah.
Para imam-imam kita mengajar kita supaya memahami hujah dan mengikut dalil, bukan mengikut secara mengkhinzir buta tanpa mengetahui hujah, alasan dan dalil pada setiap hukum dalam agama ini.

Kata Al-Imam As-Syafi’i (r.a) yang kita sanjung dan cintai,

 “Perumpaan orang yang menuntut ilmu pengetahuan tanpa didasarkan kepada hujjah laksana orang yang mencari kayu bakar di malam hari, dimana dia membawa ikatan kayu bakar yang di dalamnya ada ular yang berbisa yang akan mematuknya, dan dia tidak mengetahuinya” 
(Rujuk : Imam Ibn Qayyim Al-Jauziyyah, I’lamul Muwaqi’in, Edisi Terjemahan Indonesia dengan judul ‘Panduan Hukum Islam’, m/s 343 jilid 2, terbitan Pustaka Azzam)



Kata Al-Imam Ahmad Ibn Hambal (r.a)

“Janganlah kamu mengikutiku dan jangan mengikuti (Imam) Malik, (Imam) Ats-Tsauri, dan (Imam) Al-Auza’i, dan (tetapi) ambillah dari sumber yang mereka ambil” 
(Ibid, m/s 343-344)


Kemudian, apabila kita bertanya dan bertanya, dituduhlah kita ini biadap dan kurang ajar.
Sedangkan bertanya itu adalah satu proses pembelajaran.
Dan kita ulang, hal ini tidak diajar oleh imam-imam mazhab yang hebat itu, ini hanya perlakuan sombong sesetengah ustaz di kampung sana.

Kata Buya HAMKA,

“Kadang-kadang pula dikatakan kaum muda tidak hormat kepada ulama. 
Padahal yang mereka katakana ulama itu bukanlah Imam Malik atau Imam Syafie, 
tetapi beberapa pegawai kerajaan yang memakai serban dan jubbah. 
Dan beliau pun telah merasakan dirinya ulama kerana pada tangannya sudah ada surat tauliah.” 
(Teguran Suci Dan Jujur Terhadap Mufti Johor, m/s 66)


Cukup, cukuplah!

Demikian serba sedikit pergelutan yang berlaku di antara kaum Tua dan Kaum Muda.
Asalnya mudah sahaja, isunya Kaum Tua lebih selesa bertaqlid mengikut pandangan mazhab Syafie di dalam fikih sementara Kaum Muda pula berasa perlu adanya perbandingan pendapat antara Imam-imam Mazhab supaya dapat dicari titik penguat dalam lompokan pandangan-pandangan mereka.
Namun, hal ini menjadi besar apabila adanya tohmahan-tohmahan yang memberi konotasi yang buruk seperti label Wahabi dan perkakas-perkakas fitnah yang ditabur.

Cukuplah kita bergaduh dan berpecah mengenai isu remeh temeh sehingga mengkafir dan menyesatkan antara umat Islam.
Selepas ini, saya menyeru tinggalkanlah ustaz-ustaz yang suka melabel ilmuan lain dengan gelar Wahabi, kerana itu satu sifat keanak-anakan dan bukti kontangnya ilmu didada para ustaz yang suka melabel itu.
Haji Rasul (ayahanda Buya HAMKA), selepas lanjut usianya, beliau lebih menumpukan kearah penyatuan umat Islam dan tidak lagi menghiraukan isu remeh temeh.

“Apatah lagi usia telah lanjut pula, sehingga tidaklah lagi beliau membesar-besarkan urusan yang remeh. 
Tidak lagi bertengkar perkara usalli, talkin atau kenduri di rumah orang kematian (wahsyah), bahkan lebih besar dari itu. 
Kembali dari Mesir, seruan beliau adalah seruan persatuan menghadapi masalah yang lebih besar, membanteras kata-kata ‘Kaum Tua-Kaum Muda’. 
Kalau orang bertanya kepada beliau, kaum apakah beliau, beliau menjawab: 
‘Kaum menuntut kebenaran’ 
(Prof. Dr HAMKA, Ayahku, m/s 165-166, Terbitan UMMINDA)

Akhirnya, kita menyeru kepada pengikut-pengikut Al-Imam Abu Hasan Al-Asy’ari dan pengikut-pengikut Sheikhul Islam Imam Ibn Taimiyyah untuk menghayati kisah dua orang imam hebat ini.
Ikutilah jejak langkah mereka, jauhilah daripada penyakit kafir-mengkafir dan sesat menyesatkan antara satu dengan yang lain.


“Tatkala ajal Abu Al-Hasan Al-Asy’ari telah dekat dengan kampung halamanku di Baghdad, dia memanggilku, maka aku pun mendatanginya, dia lalu berkata,
'Bersaksilah atasku bahwa aku tidak pernah mengkafirkan seorang pun dari ahli kiblat, karena semuanya menunjuk kepada sesembahan yang satu, dan ini semuanya hanya perbedaan ungkapan (perbezaan istilah)’.

Aku katakan (Imam Az-Zahabi) bahwa aku berpegang dengan hal yang seperti ini. 
Demikian pula guru kami (Ibn Taimiyyah) pada akhir-akhir usianya. 
Dia berkata, ‘aku tidak mengkafirkan seorang pun dari umat ini.’ 
Dia (Ibn Taimiyyah) juga berkata, ‘Nabi s.a.w bersabda, ‘tak ada yang menjaga wudhu kecuali orang mukmin’. Jadi, siapa yang tetap mengerjakan shalat dengan wudhu, bererti dia seorang mukmin’

(Rujuk : Imam Az-Zahabi, Siyar A’lam An-Nubala’, edisi Terjemahan Indonesia dengan judul ‘Ringkasan Siyar A’lam An-Nubala’, m/s 367 jilid 3, Terbitan Pustaka Azzam)

Bersambung untuk siri terakhir….(Insyaallah)

-Khairul Shaffei -


*Penulis adalah penulis jemputan di blog Espresso ini. Maka, segala buah fikir dan lontaran idea pada setiap kata di dalam makalah ini tidak sama sekali mewakili karakter semua penulis-penulis tetap yang lain.Penulis boleh dilawati di laman facebook ‘Khairul Shaffei’.

Sunday, October 5, 2014

Lembu, Kambing, Unta Dah! Kau Nak?


Credit : Are we?
Takbir raya.
Takbir raya.
Takbir raya.

Setiap tahun. Takbir yang sama mencecah ke angkasa dan mengetuk gegendang telinga setiap insan.
Jika insan itu muslim, sudah tentu berasa gembira dan jika not yet muslim, mesti buat taktau.

Itulah lumrah kefahaman dalam kehidupan. Sesiapa yang faham akan respond dan yang tidak, takkan respond.

Simple.

Hari raya merupakan hari yang menyebabkan kanak-kanak tersenyum lebar menampakkan gigi yang rongak. Ini kerana hari tersebut merupakan hari poket kanak-kanak akan bertambah berat disebabkan pemberian sampul pelbagai warna dan corak daripada orang-orang dewasa.

Sampul itu ada duit.
Ouhh, lupa nak mention yang hari raya sebegini adalah hari raya puasa ataupun hari raya Eidul-Fitri.

Actually, ada satu lagi hari raya untuk muslim iaitu eid-al-adha. Nama famous kat Malaysia adalah Hari Raya Haji. Sebab time ni kebanyakan orang pergi haji so, sebab tu panggil Haji.

Hahaha. Merapu.

Di Malaysia, terdapat ibadat korban di setiap masjid. Acara ini diadakan selepas khutbah hari raya haji. Berbondong-bondong lah manusia datang ke masjid untuk menyaksikan peristiwa berdarah ini. Yang jenis takut darah pun menggagahkan diri pergi tengok juga disebabkan ramainya orang berada di tempat kejadian. At least nanti kalau pengsan kaa apa boleh laa orang pakat-pakat tolong.

Sangat meriah.

Parang,pisau belati, pisau rambo,kapak dan lain-lain diasah. Memastikan ianya tajam dan boleh menyembelih "Pejuang-pejuang" seperti seorang ninja versi Malaysia.

"Pejuang-pejuang"?

Sapa tu?

Lupa lagi.
Sorry. Sorry. Dah tua.

"Pejuang-pejuang" tu bukannya manusia tetapi mereka adalah lembu-lembuan,kambing-kambingan, unta-untaan, kerbau-kerbauan dan lain-lain lagi.

Sebab utama mereka digelar pejuang adalah mati mereka di JALAN ALLAH SWT. Jalan manakah yang lebih baik jika dibandingkan dengan jalan tersebut? Diorang mati di jalan ini.

SubhanAllah.
Meskipun mereka hanya haiwan ternakan, mati mereka itu sungguh mulia.
Meraka telah melaksanakan tanggungjawab mereka di bumi ini.
Sudah tentu, syurga menanti.

Sedihnya.

Mereka masuk syurga nan indah itu dan realitinya kita masih bermain-main,berseronok-ronok dan bergelak ketawa di bumi. Memang mereka lagi mulia daripada kita.

Mati mereka di jalan Allah SWT. Bagaimana pula dengan mati kita?

Jalan manakah? Jalan siapakah? Bagaimanakah? Dimanakah?
Kah kah berlaka.

Jika dibandingkan kita dengan "Pejuang-pejuang" pada hari raya haji ini, sudah pasti mereka mendahului kita dalam menggapai syurga.

Adakah kita tertinggal?

Jawapannya tidak!

Allah SWT masih lagi memberi peluang untuk kita bangkit dalam menggapai syurga. Secara zahirnya kita tertinggal tetapi in sha Allah kita mampu juga mati sebagaimana "Pejuang-pejuang" ini mati.

No doubt.

Bercita-citalah untuk mati dalam keadaan mulia. Walaupun hanya bercita-cita tetapi daripada cita-cita itulah terbitnya keyakinan dan kesedaran untuk berubah menjadi baik. Kebanyakan orang sangat sukar untuk menanamkan benih cita-cita ini kerana beranggapan ianya tidak akan subur dan sangat sukar untuk menumbuhkannya. Itulah tanggapan yang bermain-main dalam pemikiran seseorang itu, tanggapan itu seolah-olah mematikan diri sendiri sebelum tibanya waktu kematian yang sebenarnya.

My friends, please.

Orang lain tiada kuasa untuk mengubah anda melainkan anda sendirilah yang perlu memilih sama ada nak ataupun tidak. Orang lain hanya mampu mengajak anda, berbicara berkenaan agama ini dan tuntutan agama ini kepada anda. Mengharapkan sinar hidayah menyinar dalam hati anda dengan izin Tuhan. Sesungguhnya, hidayah itu milik Tuhan.

"Sesungguhnya, engkau (Muhammad) tidak dapat memberi petunjuk kepada orang yang engkau kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang Dia kehendaki dan Dia lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk."
(Al-Qasas, 28:56)

Oleh itu, fahamilah agama ini di mana saja engkau berada dan berusahalah untuk mencapai redha Allah SWT.

#Tips

-Solat 5 waktu (If possible, jemaah)
-Stick with our Quran.(Read frequently)
-Ajak orang lain buat kebaikan.
-Bermanfaat kepada orang lain.
-Senyum selalu.
-Yakin dengan ketentuan Allah SWT.

Dan, ikut segala sunnah Nabi Muhammad SAW dalam kehidupan seharian.

In sha Allah.

Kita juga akan menjadi sang pejuang!
Dan mati dalam redha-Nya.

Irhamna Ya Allah.
Amiin.Amiin. Amiin.

Monday, September 29, 2014

[Khas] Ulasan Recruit: The Unseen Enemy

Logo pun dah lawa.

Dua hari lepas, negara telah digemparkan dengan terbitnya sebuah filem pendek karya Hamasah As-Syabab yang telah berjaya mengumpul sebanyak RM 1 juta pada hari pertama tayangannya!

Okay, itu belum benar. Mungkin satu hari nanti?

Sebenarnya, dua hari lepas kami mendapat notifikasi daripada saudara Afiq Sazlan dimana dia meminta kami untuk membuat ulasan bagi filem pendek terbaru karya HAS yang bertajuk ‘Recruit: The Unseen Enemy’.

Kami berasa sangat terharu kerana beliau telah meletakkan kami sebaris dengan nama-nama besar lain seperti MrTheAllShared (MTAS), The Ulwan Mokhtar, Troll Tarbawi, Aku Bukan Superman, Inspector Saahab, dan sudah semestinya Inche Gabbana dalam komen beliau.

T.T <--- air mata terharu

Kami juga merasakan bahawa amanah yang telah diberikan oleh saudara Afiq harus kami tunaikan dengan sepenuh jiwa dan raga kami walaupun kami sendiri kurang layak untuk mengulas sebuah karya hebat kerana karya yang kami hasilkan jauh ketinggalan berbanding karya HAS.

Cukup dengan ngomelan kami, kembali kepada urus niaga (baca: back to business).

‘Recruit: The Unseen Enemy’ merupakan sebuah lagi filem pendek yang dihasilkan oleh HAS dengan sokongan dan kerjasama penuh MTAS, Ulwan Mokhtar, dan beberapa orang krew yang lain. Jujur saya katakan, saya amat cemburu dengan limpahan idea, semangat, dan tenaga yang telah ditunjukkan oleh mereka-mereka yang terlibat dengan filem pendek ini.

Durasi filem ini walaupun nampak pendek iaitu 7 minit 40 saat, namun saya percaya proses penggambarannya, pengeditan, malah penyediaan tapak mungkin memakan masa lebih daripada 24 jam. Belum lagi ditambah dengan usaha mereka mengerah tenaga dan mengumpul dana daripada crowdfunders, fuhhh bukan senang proses penghasilan sebuah filem pendek seperti ini!

Sekiranya mereka yang terlibat ini tiada kefahaman yang betul-betul mendalam terhadap apa yang mereka ingin capai melalui filem ini, saya yakin pasti ada yang akan mengalah separuh jalan. Seperti yang telah saya katakan tadi, bukan senang boh nak buat sebuah filem!

Sinopsis Ringkas

Pada zahirnya filem ini mengisahkan beberapa orang askar yang telah ditugaskan untuk mengawal kubu mereka daripada serangan pihak musuh. Walaupun menurut juruhebah 2Idiots.FM, Malaysia sudah merdeka dan kini berada dalam keadaan yang aman, namun askar-askar ini tetap berjaga-jaga dan bersiap sedia melawan musuh yang rata-rata orang lain tidak nampak. Ditakdirkan kubu mereka telahpun diserang pihak musuh dan dua orang daripada empat orang askar telah terkorban. Dua orang lagi berjaya melarikan diri.

Di Bawah Permukaan Filem

Kalau sinopsis ringkas tadi berkaitan apa yang kita nampak pada zahirnya, bahagian ini pula akan mengulas mesej sebenar yang cuba disampaikan oleh HAS. Kami kira filem ini ditujukan khas kepada mereka-mereka yang telah mendapat tarbiyyah kerana dialog yang diucapkan oleh pelakon semuanya mempunyai mesej yang tersirat.

Walaupun pada zahirnya negara kita telah merdeka, namun kita sebenarnya sedang berada dalam satu peperangan yang tidak nampak dek mata kasar, yakni serangan pemikiran. Serangan pemikiran ini bagi saya lebih mendalam impaknya berbanding serangan fizikal kerana ianya menyerang daripada dalam, tanpa kita sedar.

Maka ‘askar-askar’ yang ditugaskan menjaga kubu itu tidak lain tidak bukan mereka-mereka yang mempunyai kefahaman agama atau kata mudahnya mereka yang telah mendapat tarbiyyah. ‘Kubu’ itu pula saya kira metafora untuk kefahaman agama kita. Ini secara tidak langsung menjelaskan dialog pada minit 4:36 dimana dia direkrut ketika dia sedang belajar bidang perubatan untuk menjadi ‘askar’.

Juga dikatakan bahawa semakin sedikit orang yang mereka dapat rekrut untuk menjadi ‘askar’ ini. Saya kira ini tamparan hebat bagi para du’at di luar sana agar bekerja lebih keras untuk memahamkan lebih ramai orang Islam mengenai Islam.

Mana mungkin agama ini akan mencapai Ustaziyatul ‘Alam (tahapan tertinggi dalam Maratib Amal) dengan sekadar dua-tiga orang ‘askar’ yang berjuang mempertahankannya?

Teknikaliti dan Sinematografi

Satu perkataan: mantap. Serius. Tak bosan tengok walaupun 7 minit 40 saat. Saudara Nazirul Haziq dan Saudara Afiq Sazlan telah berjaya merakam babak-babak dalam filem ini dengan berkesan! Sudut rakaman mereka sememangnya memberi impak kepada penonton seolah-olah mereka juga berada di kubu itu bersama mereka.

Secara peribadinya saya tabik babak Azfar ditembak hendap oleh pihak musuh dan bagaimana babak itu diperlahankan untuk memberi kesan dramatis kepada penonton.

Kami tak pro bab-bab teknikaliti ni sebab tu ulasan dia pendek. Kuikui.

Kelemahan

Saya akui setiap karya yang dihasilkan, tidak kira oleh mereka yang profesional mahupun yang biasa-biasa saja, pasti ada sedikit kekurangannya. ‘Recruit: The Unseen Enemy’ juga mempunyai sedikit kelemahan yang saya kira sedikit menjejaskan keseluruhan karya.

Pertamanya, mesej yang terlalu kriptik. Mungkin seperti yang saya katakan, filem ini ditujukan khas bagi mereka yang telah mengikuti tarbiyyah namun saya cuba menontonnya dengan kaca mata orang awam. Dan ianya menyeramkan.

Secara tidak langsung filem ini seolah-olah ingin menyampaikan mesej bahawa ada sebuah gerakan yang merekrut pelajar-pelajar untuk mengangkat senjata. Ditambah lagi dengan dialog pada minit 4:36 dan minit 5:13, seolah-olah tujuan hidup mereka ini adalah untuk mengangkat senjata dan berperang.

Keduanya, realiti lakonan. Pada minit 1:19, kelihatan saudara Farizuan mengacukan senjatanya yang baru sahaja diload semula (baca:reload) kearah saudara Azfar. Ini menempah maut namanya! Seorang askar yang terlatih seharusnya tahu bahawa senjata yang berisi peluru hidup tidak boleh diacukan kepada orang lain lebih-lebih lagi rakan sendiri!

Juga cara memegang pistol pada minit 2:05 yang bagi saya kurang tepat. Juga pada minit 6:00 iaitu ketika Azfar diserang hendap dimana reaksi tiga orang askar yang lain agak lambat dan nampak yang mereka sedang berlakon.

Keseluruhan

Secara keseluruhannya, ‘Recruit: The Unseen Enemy’ merupakan sebuah filem yang harus ditonton oleh para du’at (kurang sesuai untuk orang awam) kerana ianya memiliki mesej tersirat yang hanya seorang da’ie sahaja yang boleh memahaminya.

Tidak rugi kiranya anda meluangkan masa selama 7 minit 40 saat dan kuota Internet anda untuk menonton filem ini kerana ianya sumpah terbaik. Mungkin anda perlu menontonnya lebih daripada sekali untuk memahami mesej yang cuba yang disampaikan tetapi sekali lagi, secara keseluruhannya, ianya harus ditonton!

Apa pun ini hanyalah ulasan daripada pihak kami yang tak seberapa ini. Kami akui untuk menghasilkan sebuah karya bukanlah mudah maka pujian harus diberikan kepada HAS kerana telah berjaya menghasilkan filem ini.

Tepuk tangan sikit.

Segala kritikan kami terhadap filem ini sebenarnya bertujuan untuk memantapkan lagi filem-filem HAS akan datang kerana jujur kami ingin melihat HAS menjadi lebih maju pada masa yang akan datang.

Kami berterima kasih kepada saudara Afiq Sazlan kerana telah menjemput kami untuk membuat ulasan filem ‘Recruit: The Unseen Enemy’ ini. Semoga Allah memberkati usaha HAS dan sosok-sosok pendakwah media kreatif yang lain dan in shaa Allah, mereka-mereka ini akan menawan dunia penyiaran suatu hari nanti.

-Qamamah-

Untuk link video Recruit: The Unseen Enemy, klik sini

Sunday, September 28, 2014

Abe A, Roti Sardin Satu! Tapi Tak Nak Sardin!

(Peringatan lembut: Abam-abam dan kakak-kakak yang nak baca entri ini, ittew nak habaq yang entri ini sesuai dibaca oleh mereka-mereka yang dah ikut usrah ataupun yang telah disentuh tarbiyyah. Mana-mana yang belum, awucks boleh jaa baca tetapi mohon jangan alergik dengan usrah. Kerana entri ini sumpah berat. Anda telah diberi peringatan lembut!)

Okay, muntah pelangi.

Kadang-kadang kenangan lama mampu mengusik jiwa dan membuatkan diri saya tersenyum. Saya akui saya sangat merindui kolej persediaan saya; Kolej Mencari Bini label sesetengah orang tetapi bagi saya ianya tetap Kolej Melampau Busy-nya. Yalah, tempat tumpahnya darah pun dikenang, apatah lagi tempat ditampar Makcik Hidayah (maaf Inche Gabbana sekali lagi tiru anda).

Kalau dilihat keadaan sekeliling, pasti anda akan keliru sebentar. Sama ada anda tersesat masuk ladang kelapa sawit atau kolej ini memang terletak di ceruk. Tetapi demi Allah, biarpun luarannya nampak biasa-biasa sahaja, namun ruhnya sangat berbeza dan sangat menghidupkan.

Antara benda yang saya rindui ialah roti canai Abe A. Dengan elaun yang tak berapa nak besar, saya hanya boleh menikmati roti canai Abe A andai diberi rezeki lebih sahaja. Kalau pokai, korek sana sini cari duit syiling untuk cukup-cukup beli Roti Telur. Kalau kaya sikit, beli Roti Sardin.

Kadang-kadang bila orang tak ada, saya gemar juga berbual dengan Abe A. Banyak juga celoteh dia yang menghiburkan dan banyak juga celoteh yang meninggalkan kesan yang mendalam. Hebat. Sambil-sambil berbual, saya sering memerhatikan dia membuat roti canai.

Dihempasnya doh yang diuli ke atas meja roti canai (tak tahu apa nama di tapi anda mengerti, bukan?), kemudian ditebarnya sehingga dohnya menjadi selebar piring terbang. Dipecahkan sebiji telur, dihancurkan seketul sardin, dicampur bawang dan cili padi dan digaul sehingga sebati dalam sebuah mangkuk plastik warna biru sebelum ditebarkan diatas doh. Kemudian dibungkusnya dengan cermat dan diletakkan atas kuali leper yang membara panasnya.

Bila dah siap, dimakan panas-panas dengan kuah kari yang memang umphhh tak terkata sedapnya. Air pula Teh Ais yang memang sedang-sedang manisnya. Kombinasi yang cukup sempurna.

Senpai, anda buat kami lapar.

Kemudian saya terfikir, agak-agak kalau saya pesan Roti Sardin tetapi saya tak mahu sardin, adakah Abe A akan ketawakan saya atau baling kuali yang panas itu ke muka saya?

Saya bermonolog lagi, adakah Roti Sardin tanpa sardin itu sesedap Roti Sardin yang ada sardin?

Seterusnya saya bermonolog, adakah Roti Sardin tanpa sardin layak dipanggil Roti Sardin? Atau ianya akan menjadi Roti sahaja tanpa Sardin?

Err, apa yang anda cuba sampaikan?

Manusia memang rambut sama hitam, kecuali yang rambut kaler lain laa, tetapi hati lain-lain. Para du’at juga tidak terlepas kerana mereka juga, percaya atau tidak, manusia.

Apa? Mereka manusia? (emotikon terkejut)

Mereka juga ada ragam mereka masing-masing. Bukan semua manusia yang bergelar du’at mempunyai kepala yang sama biarpun input pengisian konferens riang dan pertemuan bulatan gembira mereka sama. Disebabkan itu jugalah ada da’ie yang beranggapan bahawa Dakwah dan Tarbiyyah (DnT) itu boleh dipisahkan.

Ya, percaya atau tidak ada da’ie yang inginkan dakwah tanpa tarbiyyah dan ada juga yang ingin tarbiyyah tanpa dakwah. Mana yang tak mahu dua-dua, mohon abam-abam dan kakak-kakak dakwah fardhiah (DF) dia betul-betul. Ada potensi jadi mad’u tu.

Dakwah Tanpa Tarbiyyah

Kebanyakan du’at yang mempunyai ideologi ini mempunyai himmah yang begitu tinggi. Mereka bersemangat nak sebarkan Islam kepada orang lain dan beranggapan Islam itu mudah untuk difahami. Berbekalkan ilmu agama silibus sekolah menengah dan ceramah-ceramah pak ostad di kaca televisyen mahupun secara langsung, mereka begitu yakin dakwah mereka akan menyentuh ramai pihak.

Dengan menggunakan kisah seorang sahabat sebagai dalil perbuatan mereka iaitu Abu Dzar al-Ghifari, mereka begitu teguh dengan pendirian ingin D tanpa T. Mereka mengatakan Abu Dzar setelah memeluk Islam segera berlari kehadapan Ka’abah dan memberitahu keIslamannya serta menyeru Arab Quraisy untuk sama-sama memeluk agama ini. Tetapi dia dibelasah teruk sehingga Abu Bakar memberitahu bahawa dia Abu Dzar yang sangat digeruni.

Keesokannya Abu Dzar datang lagi melakukan benda yang sama. Sekali lagi Arab Quraisy membelasah dirinya sehingga teruk. Abu Bakar segera meleraikan pem-belasah-an itu dengan memberitahu identiti lelaki yang dibelasah itu. Punya hebat Abu Dzar sehingga dia melakukan perkara yang sama keesokannya.

“Nampak tak betapa hebatnya Abu Dzar? Dia baru dapat Islam terus buat dakwah kot!”

Kisah itu benar tetapi belum tamat sepenuhnya. Sabaq no.

Tarbiyyah Tanpa Dakwah

Tidak kurang juga ada yang inginkan T tanpa D. Kebanyakan mereka yang berpendapat sebegini terdiri daripada golongan yang anti-sosial, kurang keyakinan diri, dan senyap. Nak beri pendapat dalam bulatan gembira masing-masing pun perlukan dorongan murabbi, apatah lagi nak menyampaikan kepada orang lain.

Nak bagi tazkirah lepas Maghrib? Kalau boleh lepas imam bagi salam terus nak cabut lari sebab takut punya pasal. Suruh jadi PIC (person-in-charge. Tudiaa sekali sekala guna Bahasa Inggeris. Baru global) untuk konferens riang adik-adik, tersipu-sipu malu.

Minta ditadabburkan ayat sepotong dua pun memakan masa setengah jam, itupun untuk berfikir! Pendek kata mereka ini tidak tahu bagaimana untuk bergaul dengan manusia! Habluminallah setel tetapi habluminannas kureng.

Mereka-mereka ini menggunakan dalil Qur’an yang berbunyi:

“Tidak sepatutnya bagi mukminin itu pergi
semuanya (ke medan perang). Mengapa tidak
pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka
beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan
mereka tentang agama dan untuk memberi
peringatan kepada kaumnya apabila mereka
telah kembali kepadanya, supaya mereka
itu dapat menjaga dirinya.”

(Surah At-Taubah, 9:122)

Allah yang suruh kot. Takkan nak lawan?

Sebenarnya, setelah tiga kali Abu Dzar melakukan perkara sedemikian, Rasulullah segera menemuinya dan berkata, “Bukan ini caranya.” Dan Rasulullah mengajar Abu Dzar akan agama dan menyuruhnya kembali kepada kabilahnya untuk menyebarkan agama ini.

Untuk ayat Qur’an itu pula, Allah tidak mahu semua umat Islam untuk pergi berperang kerana tidak akan ada sesiapa pun yang akan mengajar masyarakat tentang Islam andai semua terkorban di medan perang. Juga ada diantara umat Islam yang fizikalnya tidak mengizinkannya untuk berperang seperti Ibnu Maktum tetapi lebih sesuai untuk perihal akademik seperti mendalami ilmu agama.

Jujur saya katakan bahawa Dakwah dan Tarbiyyah itu tidak boleh tidak harus seiringan. Tidak boleh juga nak kata kita harus mentarbiyyah diri kita sehingga betul-betul bersedia baru menyampaikan kepada orang lain.
Islam tidak membebankan umatnya. 

Tidak perlu jadi ustaz atau syeikh terlebih dahulu baru boleh keluar untuk berdakwah. Idealnya pada saat kita ditarbiyyah, saat seterusnya digunakan untuk berdakwah kerana seperti yang saya katakan, mereka seiringan.

Setakat ini saya jarang menemui mereka yang ingin berdakwah tanpa tarbiyyah kerana ini sumpah rare. Yang sering saya temui ialah mereka yang dahagakan tarbiyyah tetapi tidak mahu berdakwah. Kerana perkara ini pernah berlaku kepada diri saya sendiri, iaitu adik usrah saya.

Saya akui dia memang hebat daripada segi agamanya. Ketika mula-mula berbulatan, dia seakan-akan malu untuk bercakap dan melontarkan pandangan. Tetapi bila dia buka mulut, tudiaa tajam menusuk kalbu! Pernah juga dia suarakan keinginannya untuk tidak membawa bulatan gembira. Tetapi alhamdulillah, sebulan dua yang lalu dia Wasep saya dan bertanya, “Macam mana nak tajmik adik-adik eh?”

Tuhan saja yang tahu betapa gembiranya saya pada waktu itu. Sepanjang berWasep dengan dia saya asyik tersenyum sehingga Ibu fikir saya sedang berWasep dengan *kofkofkof* akhwat.

Sekarang, dia sudah pun memiliki bulatan gembiranya tersendiri. Dan mesejnya yang terbaru berbunyi, “Saya kat konferens riang adik-adik ni.”

Okay, air mata tengah berkumpul.

Hakikatnya, andai seseorang yang mendapat tarbiyyah itu benar-benar memahami pentarbiyyahan yang diperoleh, pasti tidak akan timbul isu tidak mahu berdakwah. Andai dia tidak mahu bawa bulatan gembira, anda boleh cadangkan dia wasilah dakwah lain yang bersesuaian dengannya. Elakkan dia daripada langsung tidak melakukan dakwah.

Teringat kisah Abu Bakar ra yang berjaya meng-Islam-kan enam orang lain sehari setelah memeluk Islam tetapi harus diketahui di sini bahawa pemahaman mereka terhadap syahadah itu berbeza dengan kita. Abu Jahal itu bukannya tidak percaya Nabi Muhammad itu pesuruh Allah dan Allah itu Esa, tetapi kerana dia faham akan tanggungjawab yang harus dipikul setelah melafazkan syahadah membuatkannya menjadi musuh orang Islam.

Andai ada dalam kalangan rakan anda atau mutarabbi anda yang tergolong dalam dua golongan diatas, saya mendoakan yang terbaik agar mereka dapat melihat hakikat DnT yang sebenar. Anda juga harus memainkan peranan untuk memberitahu mereka bahawa DnT itu tidak boleh dipisahkan kerana mereka bagaikan aur dan tebing, berat sama dipikul ringan sama dijinjing. Eh.

Bersabarlah dalam melaksanakan amanah yang diberi Allah. Tunjukkan qudwah yang terbaik untuk mereka contohi. Yang paling penting, kita du’at dan bukannya penghukum.

Percayalah dakwah tanpa tarbiyyah itu menempah maut namanya dan tarbiyyah tanpa dakwah itu gila!
Moga Allah redha.

-Senpai-

Notakaki: Lepas baca balik, taklah berat mana entri kali ni. Ke tak? Eheh.

Notakaki-kaki: Kalau minta Roti Sardin tanpa Sardin pun, bukannya harga turun. Abe A tetap gak caj dengan harga biasa. Kenapa tidak ambil je Sardin tu? Alang-alang menyelam sambil makan Roti Sardin? Eh.

Monday, September 22, 2014

Ahh, Bukannya Berkesan, Tahu?

Familiarkah anda dengan produk ini? Atau dah lupa?

Saya masih ingat lagi saat saya diperkenalkan dengan konsep ‘boikot’. Ya, yang itulah.
Pada mulanya saya agak ragu-ragu dengan keberkesanannya.
Dengan momokan masyarakat yang begitu hebat, ditambah lagi dengan ejekan dan pandangan keji mereka-mereka yang memandang remeh perihal boikot ini.

“Pasaipa hang nak boikot Mekdi? Bukannya Israel hancur pun.”

“Dah tak haram pun minum Kopi Bintang.”

“Dalam Qur’an takde pun dalil suruh boikot.”

“Ini semua Illuminati!”

Siapa tidak patah hati dengan sikap masyarakat lebih-lebih lagi saya yang baru sahaja ingin berjinak-jinak dalam boikot-memboikot ini.
Tetapi alhamdulillah, Allah telah menulikan telinga saya dan membutakan mata saya terhadap komen-komen negatif di laman sosial MukaBuku, Pengicau, dan RuangSaya. Eh.

Dan saya pun mula memboikot. Jengjengjeng.

Juga segala puji bagi Tuhan sekalian alam kerana telah memberikan saya dorongan untuk menjadi pemboikot yang bertauliah.

Wakakakaka. Apakah?

Yakni seorang pemboikot yang tidak taklid buta mahupun bermusim!
Ya, itulah realiti sebahagian para pejuang boikot terutama di Malaysia.
Mereka tidak tahu mengapa mereka boikot dan mereka hanya boikot kerana ianya trend masyarakat muda-mudi pada masa itu! Walaowei.

Sungguh kecewa sebenarnya apabila memikirkan sikap masyarakat terhadap boikot ini, baik yang menyokong mahupun yang menentang.
Kepada yang menyokong, kecewa ada sebahagian daripada anda, seperti yang saya katakan diatas, bermusim dan kepada yang tidak menyokong, kecewa anda tidak melihat diluar kotak akan kesan masa pendek mahupun panjang boikot ini.

Tetapi saya tetap menghormati kedua-dua golongan ini.
Saya kecewa dengan mereka tidak bermakna saya mendapat lesen untuk berdebat pungpang di laman sosial, dengan kata-kata yang kurang enak untuk dibaca, didengar, mahupun dikata.
Oh tidak sama sekali!

Seperti yang kita sedia maklum, baru-baru ini dalam dua bulan yang lalu, Gaza telah diserang oleh rejim Zionis Israel.
Ketika itu, umat Islam baru sahaja bergembira menyambut kedatangan bulan penuh barakah yakni Ramadhan.
Namun Zionis Israel tidak peduli akan semua itu dan tidak akan pernah ambil peduli!

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak
akan senang kepada kamu sehingga kamu
mengikuti agama mereka.”
(Surah Al-Baqarah, 2:120)

Ibnu Kathir dalam tafsirnya, Tafsir Ibnu Kathir, mengatakan bahawa ‘kamu’ dalam ayat ini merujuk kepada Nabi Allah iaitu Rasulullah SAW dan Allah memberitahu baginda bahawa orang-orang Yahudi dan Nasrani pada masa itu tidak akan mendengar kata-kata baginda walau apa pun yang baginda lakukan.
Maka tidak ada guna andai Rasulullah SAW cuba untuk menambat hati mereka.

Seakan-akan ianya sering berlaku sekarang, bukan?

Perang yang terbaru ini digelar Perang ‘Asfil Ma’kul iaitu perang dedaunan yang dimakan ulat oleh Hamas dan sayap ketenteraannya iaitu lejen Briged Al-Qassam.
Perkataan “As’fil Ma’kul” itu diambil daripada ayat kelima surah Al-Fil yang menceritakan bagaimana tentera bergajah Abrahah seperti dedaunan yang dimakan ulat setelah dilemparkan batu-batu kecil yang dibawa oleh sekumpulan burung.

Fuh, baru habis mukadimah. Sekarang untuk isinya pula.

Apa? Belum masuk isi lagi?

Sila bawa bertenang dan betulkan postur duduk anda.
Dipendekkan cerita, Abrahah merupakan seorang panglima tentera merangkap gabenor Yaman ketika zaman Arab Jahiliyyah.
Oleh kerana dia seorang yang sangat hebat dan digeruni, dia bercadang untuk membina sebuah gereja yang sumpah lawa untuk Raja Najashi ketika itu.

Setelah siap gereja yang sumpah lawa itu, Abrahah ingin menarik kabilah-kabilah Arab untuk menunaikan haji mereka di gereja itu.
Namun hati mereka tetap kuat dengan Mekah kerana disitulah terletaknya Ka’abah yang menjadi kiblat umat Islam pada masa ini.
Akhirnya, mereka langsung tidak mengendahkan pelawaan Abrahah.

Apa yang kita sendiri rasa bila dah buat sesuatu sehabis baik tetapi tidak ada seorang pun yang menghargainya? Sedih? Marah?

Abrahah tidak dapat menahan amarahnya dan segera menyiapkan tentera bergajah untuk menyerang Mekah, terutamanya untuk menghancurkan Ka’abah.
Dipendekkan lagi cerita, rombongan ketenteraan mereka disambut oleh pemerintah Mekah pada masa itu. Cuba teka siapa?

Kalau anda jawab ‘Abdul Mutallib’, anda memang hebat!

Abdul Mutallib iaitu datuk Rasulullah tidak menghalang Abrahah daripada memasuki Mekah.
Beliau hanya meminta Abrahah untuk mengembalikan 200 ekor unta yang dirampas daripada mereka.

Apa? Orang nak serang tempat tinggal, dia pi boleh minta unta?

Nak tahu apa jawapan Abdul Mutallib? Antara kata-kata lejen dia:

Sesungguhnya, aku adalah pemilik unta itu, sedang
rumah suci itu ada pemiliknya yang akan melindunginya.”
(Tafsir Surah Al-Fil, Fi Zilal Quran)

Dan kata-kata datuk Rasulullah terbukti benar.
Allah telah menghantar beberapa kumpulan burung yang melemparkan batu-batu yang berasal daripada tanah liat kepada tentera Abrahah itu sehingga mereka menjadi seperti dedaunan kering yang terobek.

Ya, kalau digunakan logik akal mana mungkin batu-batu yang kecil boleh menghancurkan segerombolan tentera yang lengkap dengan gajah (masa tu gajah dikira asset perang yang sangat hebat. Ala-ala kereta kebal masa ini)?

Saya kira Allah ingin memberitahu kita dua perkara disini.
Pertamanya, pertolongan Allah itu benar.
Arab Quraisy pada masa itu begitu sombong dan angkuh kerana mereka terpilih untuk menjaga Ka’abah yang menjadi tempat suci mereka tetapi apabila tentera Abrahah tiba, hanya Allah sahaja yang mampu menjaga Ka’abah dan bukannya mereka.

Kedua, benda yang kita anggap kecil atau remeh sebenarnya ada kesannya.
Sedangkan batu-batu tanah liat yang kecil boleh menghancurkan segerombolan tentera, cuba bayangkan apa yang boleh terjadi dengan benda-benda kecil yang lain?

Gajah seberang laut tampak, nyamuk dihadapan mata tidak.

Fitrah manusia untuk mengendahkan benda-benda kecil dan yang dianggap remeh.
Menganggap mereka tidak memberikan ksan apa-apa kepada masyarakat. Seperti boikot.
Tetapi Allah kata sebaliknya.

“Sesungguhnya Allah tidak menganiaya
seseorang walaupun sebesar zarah, dan
jika ada kebajikan sebesar zarah, nescaya
Allah akan melipat gandakannya dan
memberikan dari sisi-Nya pahala yang besar.”
(Surah An-Nisa’, 4:40)

Begitu juga dengan amalan kita sebenarnya.
Amal-amal yang kita lihat kecil, andai dilakukan secara berterusan dan istiqamah, in shaa Allah lebih baik daripada amal-amal besar yang dilakukan secara hangat-hangat bahan buangan ayam.

Kita ambil contoh Mat yang qiam berpuluh rakaat sekali seminggu dan Amer yang qiam dua rakaat setiap hari. Mana yang lebih baik?

Senpai, hang bukan Tuhan nak kata amalan Mat tak baik!

Bukan maksud saya untuk memperkecilkan amalan Mat tetapi bukankah lebih baik, lebih elok andai amal-amal yang dilakukan, kita lakukan secara berterusan tanpa henti?

Abu Amr Sufyan bin Abdillah Ats-Tsaqafy ra berkata,
aku berkata, “Wahai Rasulullah, beritahukan kepadaku
suatu ungkapan tentang Islam yang tak akan kutanyakan
kepada seorang pun selain engkau!” Beliau bersabda,
“Katakan ‘Amantu Billah (Aku beriman kepada Allah),
kemudian istiqamahlah.”
(Hadis riwayat Muslim)

Orang Melayu kata, “Sedikit-sedikit lama lama jadi bukit.”

Orang Inggeris pula kata, “Rom tidak dibina dalam satu hari.”

Rasulullah kata, “Katakan ‘aku beriman kepada Allah’, kemudian istiqamahlah.”

Anda sudah nampak kepentingan istiqamah?
Sedang mereka yang bukan Islam juga menunjukkan kepentingan istiqamah melalui cerita Arnab dan Kura-kura, apatah lagi kita sebagai seorang Muslim yang harus berpegang teguh padanya.

Walaupun apa yang kita lakukan nampak kecil dan remeh, istiqamah menjadikan ianya besar seperti Tiranisoros Rex! Susah bebeno nak eja.

Mungkin juga amal-amal kecil kita itu menjadi asbab untuk kita masuk syurga, memberatkan timbangan ketika di Padang Mahsyar kelak. Siapa tahu?

Oleh itu, bak kata Kak Anita Sarawak, jangan pandang ‘benda kecil’ sebelah mata, hanya kerana ‘ianya benda kecil’.

Wallahu’alam.


-Senpai-