Saturday, July 26, 2014

Hari Raya, Hari 'Bahagia' dan 'Bersuka-ria'. Eh?



Setiap saat ini,
Bagaimanakah hubungan hatiku dengan saat-saat yang akan berlalu pergi ini?
Adakah aku bergembira?
Atau
Aku sedang bersedih?

Malam ini mungkin malam terakhir untuk ku membersihkan hati yang kotor ini!
Penuh dengan cintanya pada dunia!
Busuk penuh dengan sifat keji!

Aku inginkan Ramadhan ini, memutihkan hatiku.
Aku mahu hati ini kembali seperti kain sutera putih.
Aku mahu dilahirkan semula!

Ramadhan oh Ramadhan,
Bilakan kita bertemu lagi.

Diriku yang dulu,
“Yess!! Puasa nak habis! Tak sabar nak makan banyak-banyak masa raya nanti!”
“Tak sabar nak beraya dengan si dia! Tak sabar nak pergi enjoy lepak makan dengan kawan!”

Ku bisik kat diri ku,
“Yes?? Yakinnya aku akan dapat masuk syurga.”
“Bergembira di hari raya dengan hati penuh dosa”
“Kenapa aku dulu tak pernah fikir untuk mendapatkan kemaafan dari Maha Pencipta pada bulan Ramadhan?”
Kemudian aku teringat kata-kata seorang hamba Allah ini,
“Hati ini, kalau kita buat dosa sedikit pun, akan timbul titik hitam kat hati.
Kalau dah banyak sangat titik hitam sampai tertutup semuanya, kita tidak akan sedar akan dosa yang kita lakukan kerana hati sudah gelap.
Sebab itu kita mesti istiqamah (berterusan) membersihkan hati”

Alhamdulillah,
Dengan rahmat Allah, aku masih nampak lagi dosa-dosa kecil yang aku buat selama ini.

Sekarang,
Hari Raya bukan hari yang gembira bagi ku,
Kerana aku tahu,
Cabaran di Hari ‘Bahagia’ nanti lebih dahsyat daripada berpuasa.
Percayalah.

*Flashback ke Hari Raya tahun 2013*

Hari raya pertama, buat majlis rumah terbuka.
Punyalah ramai datang beraya,
Makanan pun tak kalah jugak ramainya.
Dan ramai juga makanan ini melompat masuk dalam tong sampah.

Hari raya pertama, menziarahi rumah kawan dan saudara-mara
Makanan sedap meliurkan mulut.
Air manis werna warni turut dihidang
Kemudian makan sehingga perut menangis tak sanggup nak telan

Hari Raya Pertama, inginku berjumpa dengan kawan-kawan
Seorang muslimah yang ku temu di hari ‘Bahagia’ ini
Memakai pakaian menampakkan bentuk badan dan makeup macam nak Holloween,
Tidak lupa juga minyak wangi yang macam tumpah atas satu badan,
Walhal berpakaian labuh sopan pada bulan Ramadhan
“Rileklah, hari ni kan hari Raya. Ahaha” (sambil menghayunkan rambut panjang ke belakang)

Hari raya pertama, buat family gathering di rumah nenek,
Makcik, Pakcik, Cuzen, Tarzen
Semua bersalaman memohon kemaafan,
Main rempuh batasan hubungan bukan mahram.

Ini hanyalah sebahagian daripada kisah ku,
Dan ku percaya lebih banyak lagi cabaran di Hari ‘Bahagia’ ini.

Setiap diri kita ada ujian yang tersendiri,
Mungkin ada yang datang dari keluarga islamik,
Dan tiada masalah dalam menjaga ikhtilat (hubungan) sesama bukan mahram.

Manakala sebahagian kita,
*Makcik bukan mahram hulur tangan nak salam
Rasa macam masa itulah berlaku perang Badar dalam diri kita
Mungkin kita akan cakap “Maaf tangan kotor”
Tapi kenapa susah kita nak cakap “Maaf kita tidak boleh bersalaman”

Percayalah,
Hari ‘Bahagia’ yang akan tiba itu,
Akan menjadi hari untuk kita berperang,
Mempertahankan hati yang telah bersih di bulan suci,
Menjadi hari menguji kemampuan hati setelah graduate dari Universiti Ramadhan.

Percayalah,
Bukan kamu seorang sahaja yang melaluinya,
Dan kesusahan mu bukan menimpa mu seorang,
Kita laluinya bersama-sama.

Jangan jadikan Hari Raya sebagai hari untuk kita ‘bersuka-ria’ menghancurkan usaha sebulan berpuasa.


Semoga Allah melindungi kita. Ameen

-Jihad Jihad Je-

Thursday, July 24, 2014

Zon Manakah Diri Ini?

Pembuka Bicara

Alhamdulillah.

Sesungguhnya nikmat Allah SWT yang memberi taufik untuk merealisasikan anugerah dan sekaligus potensi diri agar membela kebenaran, bukan untuk mendukung kebatilan yang membawa ke jalan thaghut.

Dengan berkat kurniaan Allah SWT dan ilham daripada-Nya. Terdetik hati untuk mengangkat pena (baca:taip) demi kesedaran manusia di luar sana terutamanya manusia yang seakidah dengan diri ini. Biarpun mempunyai kekurangan dalam melontarkan pendapat dan idea tetapi dengan keyakinan untuk menyumbang sesuatu. Gagah juga menaip

Entri kali ini masih tidak lari daripada isu entri sebelum ini iaitu "Andai Sahaja Mereka Tahu", berkisarkan tentang nasib saudara-saudara di negara yang diuji oleh Tuhan yang Maha Menguasai. Meskipun klise bak kata orang tetapi klise itulah yang menjadi ingatan tetap dalam hati. Pada asasnya, entri ini akan membicarakan tentang dua zon. Di samping itu, di realiti manakah kita sekarang ini dan tindakan untuk menjamin keberkatan Tuhan atas nikmat-nikmat-Nya kepada kita.

Dua Zon



Tatkala diri berada dalam zon hijau (baca:keamanan) di sesuatu tempat, sering kali diri ini terlupa dengan manusia persis diri ini turut berada dalam zon yang berlainan. Yaa, mereka berada dalam zon merah (baca:ketidakamanan) di tempat mereka. Cukup berbeza sama sekali antara dua zon ini. Merah dan Hijau. Tidak aman dan aman. Bermakna kedua-dua zon ini mempunyai manusia-manusia yang berlainan pemikirannya.Contohnya, manusia di zon merah, nyawa mereka bagaikan telur di hujung tanduk yang menunggu detik waktu untuk jatuh ke tanah dan pecah sama sekali. Sudah tentu, dalam pemikiran manusia di zon ini mereka hanya bergantung kepada Tuhan yang menciptakan mereka. Setiap masa. Setiap perkara. Setiap tindakan. Setiap langkah. Setiap decision-making. Tidak lain tidak bukan kepada Tuhan lah mereka berharap agar tidak sia-sia setiap apa yang mereka lakukan. Dalam erti kata lain, mereka di zon merah ini sentiasa ada Tuhan dalam hati mereka all the time

Jika dirungkai dengan kebanyakan manusia di zon hijau, jauh sekali perbezaanya dari sudut pemikiran. Saudara/i bayangkan, sebuah tempat yang dipenuhi kenikmatan berupa air yang banyak, taman-taman indah bak kayangan, gunung-ganang dihiasi dengan rumput-rumput yang menghijau dan pokok-pokok yang sihat lagi redang, sumber makanan yang mencukupi bahkan lebih untuk keperluan penduduk, udara nyaman nan dingin, cahaya matahari menyinari lembut tanpa menyengat kulit, rumah-rumah tersusun rapi, penggunaan teknologi yang meluas dan sebagainya. Indah bukan tempat sebegini? Seolah-olah tiada lagi indah daripada ini. Terleka dengan keindahan sebegini sehinggakan pemikiran manusia di zon ini lebih tertumpu kepada kenikmatan yang diberikan Tuhan berbanding ingatan mereka dalam sanubari tentang Tuhan mereka. Satu kerugian buat mereka. Tuhan sengaja menguji mereka dengan melimpahkan segala keindahan dari pandangan pancaindera sehingga tertutup pancaindera untuk mengingati Tuhan mereka sendiri.

Berwaspadalah wahai manusia di zon hijau. 

"Wahai manusia! Ingatlah akan nikmat Allah kepadamu. Adakah pencipta selain Allah yang dapat memberikan rezeki kepadamu dari langit dan bumi? Tidak ada tuhan selain Dia; maka mengapa kamu berpaling(dari ketauhidan)?
-Surah Fatir:3-


Pada pandangan penulis, segala jenis bentuk rezeki yang dikurniakan kepada manusia di zon hijau ini perlu digunakan sebaik-baiknya dan ini bermakna tiada jalan untuk menggunakan nikmat kurniaan yang diberikan melainkan gunakan ia ke jalan kebaikan. Agar manusia-manusia ini sedar bahawa nikmat yang pelbagai harus disalurkan dan digunakan untuk keamanan sejagat, bukan radius hanya di zon hijau bahkan radiusnya harus mencapai manusia-manusia di zon merah. Ini bertujuan untuk menyeimbangkan kembali nikmat yang dikurniakan Tuhan kepada manusia di zon hijau. Jika disimpan dan dikumpul sahaja nikmat yang pelbagai ini, sudah tentu kita akan lihat wujudnya manusia-manusia berhidung tinggi dalam dunia sekarang ini?

"Allah melapangkan rezeki bagi siapa yang Dia kehendaki dan membatasi (bagi siapa yang Dia kehendaki). Mereka bergembira dengan kehidupan dunia, padahal kehidupan dunia hanyalah kesenangan (yang sedikit) dibandingkan dengan kehidupan akhirat."
-Surah Ar-Rad:26-

Tuhan Maha Berkuasa untuk melapangkan dan membatasi rezeki seseorang itu. Tidak bermakna manusia di zon merah itu hina, jahil, uncivilised dan lain-lain disebabkan hanya keadaan mereka diuji oleh Tuhan dengan ketidakamanan. Dan adakah manusia di zon hijau itu pintar, bijaksana, mempunyai pengaruh, good-lookingwell-educated dan sebagainya sudah cukup membuktikan Tuhan itu sangat sayang kepada mereka?

Mana tahu itu semua kesenangan dan kenikmatan yang memperdayakan diri jika tidak diselusuri dengan jalan kebaikan.

"We make a LIVING by what we get, but we make a LIFE by what we give."
-Winston Churchill-

Saudara/i,

Selagi keyakinan kepada satu Tuhan itu menjadi pegangan dan pedoman hidup nescaya diri itu tidak teragak-agak ataupun ragu-ragu dalam memberikan sedikit sebanyak nikmat yang Tuhan kurniakan kepada diri itu untuk dimanfaatkan oleh manusia lain terutamanya manusia di zon merah. Walaupun remeh pemberian saudara/i tetapi siapakah yang akan menjangka dengan pemberian remeh sebegitu mempunyai makna yang besar untuk manusia di zon merah! Ketahuilah, apa yang dianggap remeh di zon hijau merupakan satu yang berharga di zon merah sepertimana berharganya berlian dan emas pada pandangan manusia. 

Realiti Kini - Bukan Omongan Kosong

Seperti yang dibincangkan berkaitan dengan dua zon iaitu zon merah dan zon hijau. Penulis ingin saudara/i semua relate kan antara dua zon ini dengan situasi yang berlaku pada hari ini dan saat ini. Sudah tentu mudah bukan? So, zon hijau jika dilihat pada hari ini adalah negara kita (Malaysia) manakala zon merah adalah Palestin. Ini semua berdasarkan dua buah negara sahaja, boleh saja jika mahu menggunakan negara-negara lain sebagai contoh tetapi contoh yang digunakan ini lebih sesuai bagi penulis.

Credit
Sebut sahaja Malaysia, tentu kebanyakan manusia mengatakan negara ini aman dan makmur. Tiada masalah-masalah yang kritikal seperti negara-negara lain. Apabila orang luar bukan berasal dari negara ini boleh berkata begitu, ini bermakna ternyata negara ini benar-benar aman. Alhamdulillah. Walaupun terdapat juga kes-kes jenayah berlaku di sini tetapi secara jujurnya keamanan itu tetap terpelihara dengan izin Tuhan. 

Penduduknya bebas untuk melakukan aktiviti-aktiviti seharian tanpa khuatir, bekerja siang malam, mengumpul harta, berfoya-foya, meluaskan jaringan perniagaan dan sebagainya. Bukankah ini merupakan nikmat untuk penduduk yang tinggal di sini?

 Kita ibarat burung merpati.

We are in a Green Zone, people! Be Careful!
Green Zone, people!
Come on, we need to do something.
For the people in Red Zone!

"Dan apakah mereka tidak mengadakan perjalanan di bumi, lalu memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang sebelum mereka? Orang-orang itu lebih hebat kekuatannya daripada mereka dan (lebih banyak) peninggalan-peninggalan (peradabannya) di bumi, tetapi Allah mengazab mereka kerana dosa-dosanya..."
-Surah Ghafir:21-

See? Sebelum kita dihidupkan Tuhan di zon hijau ini, telah ada peradaban-peradaban yang lebih hebat. Bermakna nikmat-nikmat kurniaan Tuhan kepada mereka cukup banyak. Dan akhirnya, mereka dimusnahkan disebabkan dosa-dosa mereka sendiri. Jika diambil ibrah (baca:pengajaran), sepatutnya nikmat-nikmat yang dikurniakan ini tidak menjadi penghalang untuk kita membuat kebaikan di jalan yang diredhai Tuhan. 

Sepatutnya begitu.

Menjamin Keberkatan Tuhan

Dalam menjamin keberkatan Allah SWT atas kurniaan nikmat daripada-Nya. Kita semua mempunyai tanggungjawab dalam menolong sedaya-upaya untuk kebaikan manusia di zon merah (Palestin) :

1) Doa buat mereka
2) Perang Boikot
3) Derma
4) Perang Siber
5) Istiqamah dalam berjuang

1) Doa sebagai super-deadly weapon

Credit
Sepertimana hebatnya tembakan machine gun dan missile tentera-tentera Israel yang bertalu-talu, seperti itulah tembakan doa kita untuk saudara-saudara kita di zon merah. Bayangkan sekiranya muslim di zon hijau menitipkan doa buat saudara-saudaranya sudah tentu kekuatan yang luar biasa akan terhasil dengan izin Allah swt.

Berdoalah.
Sungguh ia merupakan satu ibadah.

"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu (Muhammad) tentang aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku makbulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku..."
-Al-Baqarah:186-

Berdoalah wahai manusia di zon hijau.

2) Perang Boikot


Credit
Inilah perang yang paling diseru oleh orang ramai. BoikotWalaupun nampak simple seolah-olah tidak memberi kesan langsung kepada Israel malah beranggapan tindakan ini merugikan diri,bangsa dan negara. Tetapi ingatlah, daripada kita duduk sahaja goyang kaki makan pisang goreng cheese at least ada laa effort untuk melancarkan perang ini.

Sungguh ini merupakan salah satu cara untuk counter back tindakan tentera Israel terhadap Palestin.

"... boycott is an especially effective weapon against Israel because Israel is a small country, dependent on exports and imports."
-Nehemia Shtrasler-

"Economy is vital for Israel to grow, especially its weaponry, so when the economy is weakened we believe the weaponry will be weakened and this means less aggression towards Palestine,"
-Muslim Abu Umar-

Jangan disangka perang ini tidak membawa hasil. 

Fikir kembali.

Perang ini akan membuahkan hasil dengan izin Allah swt. Oleh itu, jika berkemampuan dan tidak memudaratkan kehidupan disebabkan products yang menyokong Israel bolehlah tukar ke barang-barangan alternatif yang lain.

Senarai products yang menjadi nadi ekonomi Israel: Mission Islam

3) Derma


Credit
Usah diceritakan lagi panjang lebar mengenai derma ataupun sedekah. Jika dikupas bab sedekah ini nescaya semakin bertambah panjang post ini. Sudah tentu semua sedia maklum, sedekah merupakan ibadah yang mulia di sisi Allah swt. Pahalanya hanya Tuhan sahaja yang mampu membalasnya.

"Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan bagi siapa yang Dia kehendaki dan Allah Maha Luas, Maha Mengetahui."
-Al-Baqarah:261-

Win-win situation. Simple.
Kita tolong saudara-saudara yang lain.

Sebagai balasan, Allah swt membalasnya dengan balasan yang baik demi kebaikan dunia dan akhirat kita.

Tuhanmu tidak pernah memungkiri janji-janjiNya.

Dermalah.

4) Cyber Warfare (Perang Siber)


Credit
Walaupun media sosial bukan hasil ciptaan orang Islam, tetapi jika boleh dimanfaatkan penggunaannya sudah tentu ia akan memberi impak yang positif. Usah ditanya berapakah jumlah pengguna media sosial di Malaysia terutamanya muslim, sudah tentu banyak bukan? Andai kata kesedaran tentang ummah itu tersemat di kalbu sudah tentu news feed, timeline, pengicau dan lain-lain dipenuhi dengan peringatan demi peringatan.

Rajin-rajinkan lah diri untuk share tentang kesengsaraan manusia di zon merah agar manusia di zon hijau ini cakna dengan apa yang berlaku di luar sana lalu berusaha untuk bersama-sama membantu.

Congratulations, people !
You are a soldier now!

5) Istiqamah Dalam Berjuang


Credit
-Berjuang untuk nasib manusia di zon merah secara berterusan, tidak manis lah hanya berjuang apabila betul-betul keadaan di sana kritikal tahap mega. Lakukan secara berterusan agar usaha iu diredhai Allah swt.Berjuang di sini juga bermaksud memperbaiki diri supaya menjadi lebih baik. Iaitu hadapkan hati,pemikiran, pandangan, perbuatan selaras dengan tuntutan Al-Quran dan As-Sunnah.

Kita tidak mampu hendak terbang dan turut bersama-sama mereka dalam barisan perang tetapi itu tidak bermakna kita tidak boleh bersama-sama mereka di Syurga kelak.

Itu pun andai kata kita kembali kepada Islam yang sebenar.

Sudah tentu boleh. In sha Allah.

Berubahlah ke arah kebaikan !

Akhir Kata- Masa Dan Harapan

Masa berlalu tanpa disedari. Wujudnya harapan dalam masa itu. Harapan manusia. Mengharapkan sesuatu demi kebaikan diri sendiri, keluarga, bangsa, agama dan negara. Mana mungkin harapan tercapai jika diri masih lagi memandang enteng dengan masa yang berdetik setiap saat.

Masa itu peluang untuk merealisasikan harapan. Gunakan ia sebaik-baiknya.
Manusia di zon merah mengharapkan sesuatu daripada manusia di zon hijau.

Janganlah mensia-siakan harapan mereka yang berada di zon merah itu.

Wahai manusia di zon hijau!

"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?"
-Surah Ar-Rahman :13-

"Dan betapa banyak (penduduk) negeri yang sudah bersenang-lenang dalam kehidupannya yang telah Kami binasakan,..."
-Surah Al-Qasas:58-

~tetAngo~

*Penulis masih kanak-kanak dalam bidang penulisan tetapi bermimpi dan bercita-cita untuk memberi sedikit coretan yang mungkin bermanfaat untuk umat manusia. Segala kekurangan, penulis tanpa segannya ingin memohon maaf. Diharapkan para pembaca dapat mengambil mesej sama ada tersirat mahupun tersurat dalam setiap penulisan yang ditulis. Penulis juga mempunya blognya yang tersendiri iaitu tetango.blogspot.com. Akhir kata, yakinlah Tuhan sentiasa bersamamu di setiap perjalanan hidupmu!