Tuesday, December 15, 2015

Ada apa dengan 'In shaa Allah'

Bibir sering kali mahu mengungkapkan 'in shaa Allah'.

Dengan setiap perancangan, dengan setiap janji, dengan setiap azam, dengan setiap satu perkara yang bakal dilakukan.


*****


"What do you think about a good presentation?"

"The presentation would consist of all the required subtopics we've covered so far plus some additional and critical views that might oppose the theories that we talked about in class. I like what you presented. I really like it."

"Thank you very much."

"Now you have to work hard for your essay."

"I will try my best, in...." (terdiam sekejap)

"I went through your test just now and I thought "Ohh... she didn't get this right. Maybe she didn't know what it meant." But I know you've put a lot of effort to it."

"Hmm I didn't know what to write about for that."

"But other parts are fine I guess. At least that's what I saw."

"In....(terdiam sekali lagi) Yea I hope so."


*****

Sejurus keluar dari bilik pensyarah tersebut, saya terfikir.

Banyak kali bibir mahu sebut 'in shaa Allah', tapi terberhenti!

'In shaa Allah' telah menjadi sangat sinonim dengan hidup ini. Bila bertemu dengan orang di sini juga, saya kadang-kala mahu menyebut 'in shaa Allah'.

Banyak kali terdetik di hati, 'semoga Allah izinkan hal itu untuk berlaku'. Satu perasaan yang sangat mengharapkan belas kasihan Allah untuk memakbulkannya.

Satu bentuk harapan dan pengharapan di sebalik 'in shaa Allah' itu.







Wujud sejarah di sebalik ungkapan 'in shaa Allah'. Sejarah tersebut memaparkan kisah ketika Rasulullah saw ditanya beberapa soalan oleh orang Quraisy yang berniat menganggu misi penyebaran ajaran Islam oleh baginda.

Mereka mempunyai tiga pertanyaan, pertama berkaitan dengan sebuah kisah tentang sekelompok pemuda yang mengasingkan diri daripada kaum mereka, kedua tentang seorang pengembara besar yang mencapai hujung dunia dan yang ketiga berkaitan hakikat roh. Mereka yakin soalan-soalan ini dapat memerangkap baginda.

Rasulullah saw memberitahu mereka yang baginda akan menjawabnya esok hari namun keesokan harinya, malaikat Jibrail tidak muncul dan tiada wahyu diturunkan selama empat belas hari. Rasulullah saw sendiri berasa sedih dengan tuduhan orang Quraisy yang mengatakan baginda berbohong kerana tidak mampu menjawab pertanyaan mereka. Sedang diselubungi keraguan dan kesedihan, baginda menerima wahyu daripada Allah dua minggu kemudian,

"Dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu (yang hendak dikerjakan): "Bahawa aku akan lakukan yang demikian itu, kemudian nanti". Melainkan (hendaklah disertakan dengan berkata): "Insya Allah". Dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau lupa; dan katakanlah: "Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan lebih terang dari ini".
[Al-Kahfi: 23-24]


Tariq Ramadan, dalam bukunya Jejak-jejak Rasulullah pula ada menyebut,

"Beginilah kita harus memahami makna ungkapan in shaa Allah, "Jika Allah mengizinkan.": ia menegaskan kesedaran manusia akan keterbatasannya, perasaan rendah hati seseorang yang hendak berbuat sesuatu dan mengetahui bahawa di atas semua yang dia lakukan dan katakan, Tuhanlah yang memiliki kekuasaan untuk mewujudkannya."


"Dengan izin Allah"


Jika Allah mengizinkan, maka terjadilah perkara itu.

Dan jika Allah tidak mengizinkannya, maka tidak akan terjadilah.

Maka kenapa harus kita bimbang dengan sesuatu perkara, jika kita benar-benar yakin bahawa

"jika Allah izinkan, maka berlakulah"?

Harapan dalam agama ini bukanlah bersifat fatalistik. Kita perlu berusaha, kita berusaha sebaik-baiknya dan pada masa yang sama, menyedari bahawa manusia mempunyai batas dalam kemampuan masing-masing.

Mungkin kadang-kala wujud rasa ingin berputus asa kerana tidak yakin dengan usaha sendiri. Sedangkan semasa berusaha, kita sebenarnya sedang mengumpul pahala atas usaha yang dilakukan. Dan usaha itu sememangnya menuntun pengharapan yang tinggi kepada Allah.

Tawakal.


"Dan sesiapa yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah (dengan ikhlas) sedang ia berusaha mengerjakan kebaikan, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh dan (ingatlah) kepada Allah jualah kesudahan segala urusan."
[Luqman: 22]

Dan hasil yang diperoleh, bukanlah 100% berasal daripada usaha kita. Bukan 100%.


*****


Kisah penghijrahan Rasulullah saw ke Madinah bersama-sama Abu Bakar ra juga mengingatkan saya kepada pengharapan kepada Tuhan, apabila dilanda rasa takut.

Ketika Abu Bakar ra dihambat rasa cemas kerana sekelompok orang Quraisy telah menjejaki mereka di gua tempat persembunyian mereka, Abu Bakar ra menzahirkan rasa cemasnya kepada Rasulullah saw, lalu baginda menenangkannnya dan berbisik kepadanya;


 "Jangan takut, Tuhan bersama kita."
[At-Taubah: 40]

Kemudian baginda menambah lagi,

"Bagaimana fikiranmu jika ada dua (orang) dan yang ketiganya adalah Tuhan?"
[Hadis riwayat Al-Bukhari]

Yang ketiganya adalah Tuhan.

Hanya Tuhan yang memiliki kekuasaan untuk menyelamatkan kita, tatkala hidup di dunia memberi kita ketakutan.

Namun agama masih menawarkan kita harapan.

Tuhan juga yang mengurniakan apa sahaja bentuk rezeki, semestinya yang terbaik untuk kita
.
Terbaik buat kita atas belas kasihan, barakah dan kecukupan-Nya.


*****

Hingga pada suatu saat kamu benar-benar bisa mengatakan,"Aku telah mempercayakan hidupku kepada Allah, aku tahu Dia adalah sebaik-baik penjaga dan sebaik-baiknya dalam menepati janji." 
(Hujan Matahari, karya Kurniawan Gunadi)

Maka mengapa harus kita bimbang lagi?


*****


**Penulis kini sedang memberi motivasi kepada diri sendiri tatkala menempuhi minggu akhir semester. Bakal menghantar beberapa tugasan universiti dan menduduki peperiksaan dalam beberapa hari lagi tetapi minda dan hati tetap mahu menulis buat muhasabah diri!

In Syaa Allah!
(kredit)




Friday, December 4, 2015

Hadis 4:- Di Balik Kefuturan

“……Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya, sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka. 
Dan sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia memasuki syurga. “
(Hadis 4 daripada hadis 40 Imam Nawawi)

Refleksi daripada kefuturan kali ini.
Sangatlah benar, time iman tengah naik, kita ingat iman kita takkan pernah jatuh.
Dan bila iman tengah jatuh, kita harapkan iman kita akan naik balik,Kita harapkan iman kita akan jadi balik seperti dulu. Tapi pada masa yang sama, kita rasa macam xde harapan untuk iman kita nak naik. Rasa macam kita akan futur dan terus futur. 
Dan time tengah futur dan futur yang berpanjangan tu,
kita nampak kawan kita, yang dulunya futur, tapi sekarang imannya dah naik.
Kita nampak diri kita yang dulu di tempatnya sekarang dan kita berada di tempat dirinya yang dulu.
Dan kita tanya kat diri kita,
“Ya Allah, jelesnya aku ngan diaaa…Dulu dia futur gak,tapi sekarang bapak qowiy.
Mathurat tak tinggal.
Quran baca lepas solat.
Solat jemaah tiap waktu.
Kenapa aku susah sangat nak buat cmtu skrng ya Allah???
Dulu dia tak mathurat, tak baca quran, tak solat jemaah,
Aku fikir yang dia akan lama dlm keadaan cmtu dan aku selalu geram kenapa dia tak jadi cam aku ni.
Tapi sekarang aku yang jadi cmtu.
Ini balasan Kau ke ya Allah?
Kau nak aku rasa betul2 perasaan orang futur ke ya Allah?
Kau nak sucikan kembali niat aku ke ya Allah?
Kau nak bagitahu aku pasal Hadis 4 ke ya Allah?
Yang ada orang beramal dengan amalan ahli syurga tpi sebelum mati dia beramal dengan amalan ahli neraka dan lalu dia masuk ke dalam neraka.
Kau nak tujukan kat aku ke ya Allah?
Aku dulu cantik je mutabaah, tapi apa guna kalau sekarang dh serabai.
Camtu ke ya Allah?
Kalau aku terus futur,dan tetiba aku mati,
Maka ap maknanya amalan aku dulu?
Maka apa maknanya ke”qowiyyan” aku dulu.
Apa makna menjadi seorang mukmin selama 40 tahun tapi mati sebagai seorang munafik.
Itu ke sign yang Kau nak tunjukkan kat aku ya Allah?
Dan malam ni, usrah adik2 aku malam ni.
Saat iman aku dalam fasa penyembuhan.
Kau dekatkan hati aku untuk tadabbur surah At-Talaq bersama mereka.
Dengan niat untuk naikkan semangat mereka sempena exam yang dah dekat.
Tapi tanpa disangka, time tadabbur,
Niat aku nak naikkan semangat mereka dengan ayat 2-3@ ayat seribu dinar.
Yang rezeki datang dari arah yang tak disangka, selagi mana mereka bertakwa kepada Allah.
Tapi time baca tafsir fil zilal tentang surah ni, tentang ayat 2 dan 3
Aku yang tersentap.
Syed Qutb kata, rezeki yang tak disangka tu antara hikmanya adalah untuk memberi harapan kepada manusia.
Yang lepas kesenangan Allah akan bagi kesedihan.
Tapi lepas kesedihan Allah akan bagi kesenengan gak.
Yang senang dan sedih takkan selamanya constant.
Jadi bila sedih takyah risau sangat,sebab kesenangan itu pasti akan tiba.
Dan kau buat aku berfikir Ya Allah, 
Time aku futur, aku selalu ingat aku akan futur selamanya.
Aku ingat aku tak mampu bangkit balik.
Lebih 3 minggu aku futur,
Iman aku dah macam sampah.
Aku ingat aku dah memalukan agama aku.
Tapi, rezeki Allah memang dari arah yang tak disangka.
Aku takkan selamanya futur.
Akhirnya aku berjaya bangkit kembali.
Walau perlahan.
Tapi aku bersyukur atas nikmat ini ya Allah.
Nikmat iman ni takkan sama dengan nikmatnye dapat iPhone 6s plus, jaket zara baru, Macbook baru, elaun masuk atau nikmat harta bnyk mne pun.
Nikmat iman yang Kau bagi ni,
buat aku rasa yang aku masih ada harapan lagi,
Terima kasih ya Allah.;( “

Aku tak mampu nak berdoa dengan kata2.
Aku harap dengan tulisan ini pun kira luahan hati aku dengan Allah.
Kadang2 bila kita tengok orang lain luahkan perasaan mereka kepada Allah,
Kita pun akan rasa inspired,jeles, dan nak gak luahkan perasaan kat Allah.
Bila kita taw orang lain pun berada dalam kesusahan, dan bukan kita je yang rasa yang sama,
Kita lebih rasa yang “jika dia masih terus berjalan, mengapa aku nak berehat”.
Terima kasih untuk yang meluahkan perasaan.
Tulisan sahabat kadang turut memberi semangat.
Walau kadang tulisan dipandang sekadar tulisan,kita tak taw bila dia akan jadi penambah iman seseorang.
Bumi Eropah.
2.12am.
4/12/2015