Monday, September 29, 2014

[Khas] Ulasan Recruit: The Unseen Enemy

Logo pun dah lawa.

Dua hari lepas, negara telah digemparkan dengan terbitnya sebuah filem pendek karya Hamasah As-Syabab yang telah berjaya mengumpul sebanyak RM 1 juta pada hari pertama tayangannya!

Okay, itu belum benar. Mungkin satu hari nanti?

Sebenarnya, dua hari lepas kami mendapat notifikasi daripada saudara Afiq Sazlan dimana dia meminta kami untuk membuat ulasan bagi filem pendek terbaru karya HAS yang bertajuk ‘Recruit: The Unseen Enemy’.

Kami berasa sangat terharu kerana beliau telah meletakkan kami sebaris dengan nama-nama besar lain seperti MrTheAllShared (MTAS), The Ulwan Mokhtar, Troll Tarbawi, Aku Bukan Superman, Inspector Saahab, dan sudah semestinya Inche Gabbana dalam komen beliau.

T.T <--- air mata terharu

Kami juga merasakan bahawa amanah yang telah diberikan oleh saudara Afiq harus kami tunaikan dengan sepenuh jiwa dan raga kami walaupun kami sendiri kurang layak untuk mengulas sebuah karya hebat kerana karya yang kami hasilkan jauh ketinggalan berbanding karya HAS.

Cukup dengan ngomelan kami, kembali kepada urus niaga (baca: back to business).

‘Recruit: The Unseen Enemy’ merupakan sebuah lagi filem pendek yang dihasilkan oleh HAS dengan sokongan dan kerjasama penuh MTAS, Ulwan Mokhtar, dan beberapa orang krew yang lain. Jujur saya katakan, saya amat cemburu dengan limpahan idea, semangat, dan tenaga yang telah ditunjukkan oleh mereka-mereka yang terlibat dengan filem pendek ini.

Durasi filem ini walaupun nampak pendek iaitu 7 minit 40 saat, namun saya percaya proses penggambarannya, pengeditan, malah penyediaan tapak mungkin memakan masa lebih daripada 24 jam. Belum lagi ditambah dengan usaha mereka mengerah tenaga dan mengumpul dana daripada crowdfunders, fuhhh bukan senang proses penghasilan sebuah filem pendek seperti ini!

Sekiranya mereka yang terlibat ini tiada kefahaman yang betul-betul mendalam terhadap apa yang mereka ingin capai melalui filem ini, saya yakin pasti ada yang akan mengalah separuh jalan. Seperti yang telah saya katakan tadi, bukan senang boh nak buat sebuah filem!

Sinopsis Ringkas

Pada zahirnya filem ini mengisahkan beberapa orang askar yang telah ditugaskan untuk mengawal kubu mereka daripada serangan pihak musuh. Walaupun menurut juruhebah 2Idiots.FM, Malaysia sudah merdeka dan kini berada dalam keadaan yang aman, namun askar-askar ini tetap berjaga-jaga dan bersiap sedia melawan musuh yang rata-rata orang lain tidak nampak. Ditakdirkan kubu mereka telahpun diserang pihak musuh dan dua orang daripada empat orang askar telah terkorban. Dua orang lagi berjaya melarikan diri.

Di Bawah Permukaan Filem

Kalau sinopsis ringkas tadi berkaitan apa yang kita nampak pada zahirnya, bahagian ini pula akan mengulas mesej sebenar yang cuba disampaikan oleh HAS. Kami kira filem ini ditujukan khas kepada mereka-mereka yang telah mendapat tarbiyyah kerana dialog yang diucapkan oleh pelakon semuanya mempunyai mesej yang tersirat.

Walaupun pada zahirnya negara kita telah merdeka, namun kita sebenarnya sedang berada dalam satu peperangan yang tidak nampak dek mata kasar, yakni serangan pemikiran. Serangan pemikiran ini bagi saya lebih mendalam impaknya berbanding serangan fizikal kerana ianya menyerang daripada dalam, tanpa kita sedar.

Maka ‘askar-askar’ yang ditugaskan menjaga kubu itu tidak lain tidak bukan mereka-mereka yang mempunyai kefahaman agama atau kata mudahnya mereka yang telah mendapat tarbiyyah. ‘Kubu’ itu pula saya kira metafora untuk kefahaman agama kita. Ini secara tidak langsung menjelaskan dialog pada minit 4:36 dimana dia direkrut ketika dia sedang belajar bidang perubatan untuk menjadi ‘askar’.

Juga dikatakan bahawa semakin sedikit orang yang mereka dapat rekrut untuk menjadi ‘askar’ ini. Saya kira ini tamparan hebat bagi para du’at di luar sana agar bekerja lebih keras untuk memahamkan lebih ramai orang Islam mengenai Islam.

Mana mungkin agama ini akan mencapai Ustaziyatul ‘Alam (tahapan tertinggi dalam Maratib Amal) dengan sekadar dua-tiga orang ‘askar’ yang berjuang mempertahankannya?

Teknikaliti dan Sinematografi

Satu perkataan: mantap. Serius. Tak bosan tengok walaupun 7 minit 40 saat. Saudara Nazirul Haziq dan Saudara Afiq Sazlan telah berjaya merakam babak-babak dalam filem ini dengan berkesan! Sudut rakaman mereka sememangnya memberi impak kepada penonton seolah-olah mereka juga berada di kubu itu bersama mereka.

Secara peribadinya saya tabik babak Azfar ditembak hendap oleh pihak musuh dan bagaimana babak itu diperlahankan untuk memberi kesan dramatis kepada penonton.

Kami tak pro bab-bab teknikaliti ni sebab tu ulasan dia pendek. Kuikui.

Kelemahan

Saya akui setiap karya yang dihasilkan, tidak kira oleh mereka yang profesional mahupun yang biasa-biasa saja, pasti ada sedikit kekurangannya. ‘Recruit: The Unseen Enemy’ juga mempunyai sedikit kelemahan yang saya kira sedikit menjejaskan keseluruhan karya.

Pertamanya, mesej yang terlalu kriptik. Mungkin seperti yang saya katakan, filem ini ditujukan khas bagi mereka yang telah mengikuti tarbiyyah namun saya cuba menontonnya dengan kaca mata orang awam. Dan ianya menyeramkan.

Secara tidak langsung filem ini seolah-olah ingin menyampaikan mesej bahawa ada sebuah gerakan yang merekrut pelajar-pelajar untuk mengangkat senjata. Ditambah lagi dengan dialog pada minit 4:36 dan minit 5:13, seolah-olah tujuan hidup mereka ini adalah untuk mengangkat senjata dan berperang.

Keduanya, realiti lakonan. Pada minit 1:19, kelihatan saudara Farizuan mengacukan senjatanya yang baru sahaja diload semula (baca:reload) kearah saudara Azfar. Ini menempah maut namanya! Seorang askar yang terlatih seharusnya tahu bahawa senjata yang berisi peluru hidup tidak boleh diacukan kepada orang lain lebih-lebih lagi rakan sendiri!

Juga cara memegang pistol pada minit 2:05 yang bagi saya kurang tepat. Juga pada minit 6:00 iaitu ketika Azfar diserang hendap dimana reaksi tiga orang askar yang lain agak lambat dan nampak yang mereka sedang berlakon.

Keseluruhan

Secara keseluruhannya, ‘Recruit: The Unseen Enemy’ merupakan sebuah filem yang harus ditonton oleh para du’at (kurang sesuai untuk orang awam) kerana ianya memiliki mesej tersirat yang hanya seorang da’ie sahaja yang boleh memahaminya.

Tidak rugi kiranya anda meluangkan masa selama 7 minit 40 saat dan kuota Internet anda untuk menonton filem ini kerana ianya sumpah terbaik. Mungkin anda perlu menontonnya lebih daripada sekali untuk memahami mesej yang cuba yang disampaikan tetapi sekali lagi, secara keseluruhannya, ianya harus ditonton!

Apa pun ini hanyalah ulasan daripada pihak kami yang tak seberapa ini. Kami akui untuk menghasilkan sebuah karya bukanlah mudah maka pujian harus diberikan kepada HAS kerana telah berjaya menghasilkan filem ini.

Tepuk tangan sikit.

Segala kritikan kami terhadap filem ini sebenarnya bertujuan untuk memantapkan lagi filem-filem HAS akan datang kerana jujur kami ingin melihat HAS menjadi lebih maju pada masa yang akan datang.

Kami berterima kasih kepada saudara Afiq Sazlan kerana telah menjemput kami untuk membuat ulasan filem ‘Recruit: The Unseen Enemy’ ini. Semoga Allah memberkati usaha HAS dan sosok-sosok pendakwah media kreatif yang lain dan in shaa Allah, mereka-mereka ini akan menawan dunia penyiaran suatu hari nanti.

-Qamamah-

Untuk link video Recruit: The Unseen Enemy, klik sini

Sunday, September 28, 2014

Abe A, Roti Sardin Satu! Tapi Tak Nak Sardin!

(Peringatan lembut: Abam-abam dan kakak-kakak yang nak baca entri ini, ittew nak habaq yang entri ini sesuai dibaca oleh mereka-mereka yang dah ikut usrah ataupun yang telah disentuh tarbiyyah. Mana-mana yang belum, awucks boleh jaa baca tetapi mohon jangan alergik dengan usrah. Kerana entri ini sumpah berat. Anda telah diberi peringatan lembut!)

Okay, muntah pelangi.

Kadang-kadang kenangan lama mampu mengusik jiwa dan membuatkan diri saya tersenyum. Saya akui saya sangat merindui kolej persediaan saya; Kolej Mencari Bini label sesetengah orang tetapi bagi saya ianya tetap Kolej Melampau Busy-nya. Yalah, tempat tumpahnya darah pun dikenang, apatah lagi tempat ditampar Makcik Hidayah (maaf Inche Gabbana sekali lagi tiru anda).

Kalau dilihat keadaan sekeliling, pasti anda akan keliru sebentar. Sama ada anda tersesat masuk ladang kelapa sawit atau kolej ini memang terletak di ceruk. Tetapi demi Allah, biarpun luarannya nampak biasa-biasa sahaja, namun ruhnya sangat berbeza dan sangat menghidupkan.

Antara benda yang saya rindui ialah roti canai Abe A. Dengan elaun yang tak berapa nak besar, saya hanya boleh menikmati roti canai Abe A andai diberi rezeki lebih sahaja. Kalau pokai, korek sana sini cari duit syiling untuk cukup-cukup beli Roti Telur. Kalau kaya sikit, beli Roti Sardin.

Kadang-kadang bila orang tak ada, saya gemar juga berbual dengan Abe A. Banyak juga celoteh dia yang menghiburkan dan banyak juga celoteh yang meninggalkan kesan yang mendalam. Hebat. Sambil-sambil berbual, saya sering memerhatikan dia membuat roti canai.

Dihempasnya doh yang diuli ke atas meja roti canai (tak tahu apa nama di tapi anda mengerti, bukan?), kemudian ditebarnya sehingga dohnya menjadi selebar piring terbang. Dipecahkan sebiji telur, dihancurkan seketul sardin, dicampur bawang dan cili padi dan digaul sehingga sebati dalam sebuah mangkuk plastik warna biru sebelum ditebarkan diatas doh. Kemudian dibungkusnya dengan cermat dan diletakkan atas kuali leper yang membara panasnya.

Bila dah siap, dimakan panas-panas dengan kuah kari yang memang umphhh tak terkata sedapnya. Air pula Teh Ais yang memang sedang-sedang manisnya. Kombinasi yang cukup sempurna.

Senpai, anda buat kami lapar.

Kemudian saya terfikir, agak-agak kalau saya pesan Roti Sardin tetapi saya tak mahu sardin, adakah Abe A akan ketawakan saya atau baling kuali yang panas itu ke muka saya?

Saya bermonolog lagi, adakah Roti Sardin tanpa sardin itu sesedap Roti Sardin yang ada sardin?

Seterusnya saya bermonolog, adakah Roti Sardin tanpa sardin layak dipanggil Roti Sardin? Atau ianya akan menjadi Roti sahaja tanpa Sardin?

Err, apa yang anda cuba sampaikan?

Manusia memang rambut sama hitam, kecuali yang rambut kaler lain laa, tetapi hati lain-lain. Para du’at juga tidak terlepas kerana mereka juga, percaya atau tidak, manusia.

Apa? Mereka manusia? (emotikon terkejut)

Mereka juga ada ragam mereka masing-masing. Bukan semua manusia yang bergelar du’at mempunyai kepala yang sama biarpun input pengisian konferens riang dan pertemuan bulatan gembira mereka sama. Disebabkan itu jugalah ada da’ie yang beranggapan bahawa Dakwah dan Tarbiyyah (DnT) itu boleh dipisahkan.

Ya, percaya atau tidak ada da’ie yang inginkan dakwah tanpa tarbiyyah dan ada juga yang ingin tarbiyyah tanpa dakwah. Mana yang tak mahu dua-dua, mohon abam-abam dan kakak-kakak dakwah fardhiah (DF) dia betul-betul. Ada potensi jadi mad’u tu.

Dakwah Tanpa Tarbiyyah

Kebanyakan du’at yang mempunyai ideologi ini mempunyai himmah yang begitu tinggi. Mereka bersemangat nak sebarkan Islam kepada orang lain dan beranggapan Islam itu mudah untuk difahami. Berbekalkan ilmu agama silibus sekolah menengah dan ceramah-ceramah pak ostad di kaca televisyen mahupun secara langsung, mereka begitu yakin dakwah mereka akan menyentuh ramai pihak.

Dengan menggunakan kisah seorang sahabat sebagai dalil perbuatan mereka iaitu Abu Dzar al-Ghifari, mereka begitu teguh dengan pendirian ingin D tanpa T. Mereka mengatakan Abu Dzar setelah memeluk Islam segera berlari kehadapan Ka’abah dan memberitahu keIslamannya serta menyeru Arab Quraisy untuk sama-sama memeluk agama ini. Tetapi dia dibelasah teruk sehingga Abu Bakar memberitahu bahawa dia Abu Dzar yang sangat digeruni.

Keesokannya Abu Dzar datang lagi melakukan benda yang sama. Sekali lagi Arab Quraisy membelasah dirinya sehingga teruk. Abu Bakar segera meleraikan pem-belasah-an itu dengan memberitahu identiti lelaki yang dibelasah itu. Punya hebat Abu Dzar sehingga dia melakukan perkara yang sama keesokannya.

“Nampak tak betapa hebatnya Abu Dzar? Dia baru dapat Islam terus buat dakwah kot!”

Kisah itu benar tetapi belum tamat sepenuhnya. Sabaq no.

Tarbiyyah Tanpa Dakwah

Tidak kurang juga ada yang inginkan T tanpa D. Kebanyakan mereka yang berpendapat sebegini terdiri daripada golongan yang anti-sosial, kurang keyakinan diri, dan senyap. Nak beri pendapat dalam bulatan gembira masing-masing pun perlukan dorongan murabbi, apatah lagi nak menyampaikan kepada orang lain.

Nak bagi tazkirah lepas Maghrib? Kalau boleh lepas imam bagi salam terus nak cabut lari sebab takut punya pasal. Suruh jadi PIC (person-in-charge. Tudiaa sekali sekala guna Bahasa Inggeris. Baru global) untuk konferens riang adik-adik, tersipu-sipu malu.

Minta ditadabburkan ayat sepotong dua pun memakan masa setengah jam, itupun untuk berfikir! Pendek kata mereka ini tidak tahu bagaimana untuk bergaul dengan manusia! Habluminallah setel tetapi habluminannas kureng.

Mereka-mereka ini menggunakan dalil Qur’an yang berbunyi:

“Tidak sepatutnya bagi mukminin itu pergi
semuanya (ke medan perang). Mengapa tidak
pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka
beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan
mereka tentang agama dan untuk memberi
peringatan kepada kaumnya apabila mereka
telah kembali kepadanya, supaya mereka
itu dapat menjaga dirinya.”

(Surah At-Taubah, 9:122)

Allah yang suruh kot. Takkan nak lawan?

Sebenarnya, setelah tiga kali Abu Dzar melakukan perkara sedemikian, Rasulullah segera menemuinya dan berkata, “Bukan ini caranya.” Dan Rasulullah mengajar Abu Dzar akan agama dan menyuruhnya kembali kepada kabilahnya untuk menyebarkan agama ini.

Untuk ayat Qur’an itu pula, Allah tidak mahu semua umat Islam untuk pergi berperang kerana tidak akan ada sesiapa pun yang akan mengajar masyarakat tentang Islam andai semua terkorban di medan perang. Juga ada diantara umat Islam yang fizikalnya tidak mengizinkannya untuk berperang seperti Ibnu Maktum tetapi lebih sesuai untuk perihal akademik seperti mendalami ilmu agama.

Jujur saya katakan bahawa Dakwah dan Tarbiyyah itu tidak boleh tidak harus seiringan. Tidak boleh juga nak kata kita harus mentarbiyyah diri kita sehingga betul-betul bersedia baru menyampaikan kepada orang lain.
Islam tidak membebankan umatnya. 

Tidak perlu jadi ustaz atau syeikh terlebih dahulu baru boleh keluar untuk berdakwah. Idealnya pada saat kita ditarbiyyah, saat seterusnya digunakan untuk berdakwah kerana seperti yang saya katakan, mereka seiringan.

Setakat ini saya jarang menemui mereka yang ingin berdakwah tanpa tarbiyyah kerana ini sumpah rare. Yang sering saya temui ialah mereka yang dahagakan tarbiyyah tetapi tidak mahu berdakwah. Kerana perkara ini pernah berlaku kepada diri saya sendiri, iaitu adik usrah saya.

Saya akui dia memang hebat daripada segi agamanya. Ketika mula-mula berbulatan, dia seakan-akan malu untuk bercakap dan melontarkan pandangan. Tetapi bila dia buka mulut, tudiaa tajam menusuk kalbu! Pernah juga dia suarakan keinginannya untuk tidak membawa bulatan gembira. Tetapi alhamdulillah, sebulan dua yang lalu dia Wasep saya dan bertanya, “Macam mana nak tajmik adik-adik eh?”

Tuhan saja yang tahu betapa gembiranya saya pada waktu itu. Sepanjang berWasep dengan dia saya asyik tersenyum sehingga Ibu fikir saya sedang berWasep dengan *kofkofkof* akhwat.

Sekarang, dia sudah pun memiliki bulatan gembiranya tersendiri. Dan mesejnya yang terbaru berbunyi, “Saya kat konferens riang adik-adik ni.”

Okay, air mata tengah berkumpul.

Hakikatnya, andai seseorang yang mendapat tarbiyyah itu benar-benar memahami pentarbiyyahan yang diperoleh, pasti tidak akan timbul isu tidak mahu berdakwah. Andai dia tidak mahu bawa bulatan gembira, anda boleh cadangkan dia wasilah dakwah lain yang bersesuaian dengannya. Elakkan dia daripada langsung tidak melakukan dakwah.

Teringat kisah Abu Bakar ra yang berjaya meng-Islam-kan enam orang lain sehari setelah memeluk Islam tetapi harus diketahui di sini bahawa pemahaman mereka terhadap syahadah itu berbeza dengan kita. Abu Jahal itu bukannya tidak percaya Nabi Muhammad itu pesuruh Allah dan Allah itu Esa, tetapi kerana dia faham akan tanggungjawab yang harus dipikul setelah melafazkan syahadah membuatkannya menjadi musuh orang Islam.

Andai ada dalam kalangan rakan anda atau mutarabbi anda yang tergolong dalam dua golongan diatas, saya mendoakan yang terbaik agar mereka dapat melihat hakikat DnT yang sebenar. Anda juga harus memainkan peranan untuk memberitahu mereka bahawa DnT itu tidak boleh dipisahkan kerana mereka bagaikan aur dan tebing, berat sama dipikul ringan sama dijinjing. Eh.

Bersabarlah dalam melaksanakan amanah yang diberi Allah. Tunjukkan qudwah yang terbaik untuk mereka contohi. Yang paling penting, kita du’at dan bukannya penghukum.

Percayalah dakwah tanpa tarbiyyah itu menempah maut namanya dan tarbiyyah tanpa dakwah itu gila!
Moga Allah redha.

-Senpai-

Notakaki: Lepas baca balik, taklah berat mana entri kali ni. Ke tak? Eheh.

Notakaki-kaki: Kalau minta Roti Sardin tanpa Sardin pun, bukannya harga turun. Abe A tetap gak caj dengan harga biasa. Kenapa tidak ambil je Sardin tu? Alang-alang menyelam sambil makan Roti Sardin? Eh.

Monday, September 22, 2014

Ahh, Bukannya Berkesan, Tahu?

Familiarkah anda dengan produk ini? Atau dah lupa?

Saya masih ingat lagi saat saya diperkenalkan dengan konsep ‘boikot’. Ya, yang itulah.
Pada mulanya saya agak ragu-ragu dengan keberkesanannya.
Dengan momokan masyarakat yang begitu hebat, ditambah lagi dengan ejekan dan pandangan keji mereka-mereka yang memandang remeh perihal boikot ini.

“Pasaipa hang nak boikot Mekdi? Bukannya Israel hancur pun.”

“Dah tak haram pun minum Kopi Bintang.”

“Dalam Qur’an takde pun dalil suruh boikot.”

“Ini semua Illuminati!”

Siapa tidak patah hati dengan sikap masyarakat lebih-lebih lagi saya yang baru sahaja ingin berjinak-jinak dalam boikot-memboikot ini.
Tetapi alhamdulillah, Allah telah menulikan telinga saya dan membutakan mata saya terhadap komen-komen negatif di laman sosial MukaBuku, Pengicau, dan RuangSaya. Eh.

Dan saya pun mula memboikot. Jengjengjeng.

Juga segala puji bagi Tuhan sekalian alam kerana telah memberikan saya dorongan untuk menjadi pemboikot yang bertauliah.

Wakakakaka. Apakah?

Yakni seorang pemboikot yang tidak taklid buta mahupun bermusim!
Ya, itulah realiti sebahagian para pejuang boikot terutama di Malaysia.
Mereka tidak tahu mengapa mereka boikot dan mereka hanya boikot kerana ianya trend masyarakat muda-mudi pada masa itu! Walaowei.

Sungguh kecewa sebenarnya apabila memikirkan sikap masyarakat terhadap boikot ini, baik yang menyokong mahupun yang menentang.
Kepada yang menyokong, kecewa ada sebahagian daripada anda, seperti yang saya katakan diatas, bermusim dan kepada yang tidak menyokong, kecewa anda tidak melihat diluar kotak akan kesan masa pendek mahupun panjang boikot ini.

Tetapi saya tetap menghormati kedua-dua golongan ini.
Saya kecewa dengan mereka tidak bermakna saya mendapat lesen untuk berdebat pungpang di laman sosial, dengan kata-kata yang kurang enak untuk dibaca, didengar, mahupun dikata.
Oh tidak sama sekali!

Seperti yang kita sedia maklum, baru-baru ini dalam dua bulan yang lalu, Gaza telah diserang oleh rejim Zionis Israel.
Ketika itu, umat Islam baru sahaja bergembira menyambut kedatangan bulan penuh barakah yakni Ramadhan.
Namun Zionis Israel tidak peduli akan semua itu dan tidak akan pernah ambil peduli!

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak
akan senang kepada kamu sehingga kamu
mengikuti agama mereka.”
(Surah Al-Baqarah, 2:120)

Ibnu Kathir dalam tafsirnya, Tafsir Ibnu Kathir, mengatakan bahawa ‘kamu’ dalam ayat ini merujuk kepada Nabi Allah iaitu Rasulullah SAW dan Allah memberitahu baginda bahawa orang-orang Yahudi dan Nasrani pada masa itu tidak akan mendengar kata-kata baginda walau apa pun yang baginda lakukan.
Maka tidak ada guna andai Rasulullah SAW cuba untuk menambat hati mereka.

Seakan-akan ianya sering berlaku sekarang, bukan?

Perang yang terbaru ini digelar Perang ‘Asfil Ma’kul iaitu perang dedaunan yang dimakan ulat oleh Hamas dan sayap ketenteraannya iaitu lejen Briged Al-Qassam.
Perkataan “As’fil Ma’kul” itu diambil daripada ayat kelima surah Al-Fil yang menceritakan bagaimana tentera bergajah Abrahah seperti dedaunan yang dimakan ulat setelah dilemparkan batu-batu kecil yang dibawa oleh sekumpulan burung.

Fuh, baru habis mukadimah. Sekarang untuk isinya pula.

Apa? Belum masuk isi lagi?

Sila bawa bertenang dan betulkan postur duduk anda.
Dipendekkan cerita, Abrahah merupakan seorang panglima tentera merangkap gabenor Yaman ketika zaman Arab Jahiliyyah.
Oleh kerana dia seorang yang sangat hebat dan digeruni, dia bercadang untuk membina sebuah gereja yang sumpah lawa untuk Raja Najashi ketika itu.

Setelah siap gereja yang sumpah lawa itu, Abrahah ingin menarik kabilah-kabilah Arab untuk menunaikan haji mereka di gereja itu.
Namun hati mereka tetap kuat dengan Mekah kerana disitulah terletaknya Ka’abah yang menjadi kiblat umat Islam pada masa ini.
Akhirnya, mereka langsung tidak mengendahkan pelawaan Abrahah.

Apa yang kita sendiri rasa bila dah buat sesuatu sehabis baik tetapi tidak ada seorang pun yang menghargainya? Sedih? Marah?

Abrahah tidak dapat menahan amarahnya dan segera menyiapkan tentera bergajah untuk menyerang Mekah, terutamanya untuk menghancurkan Ka’abah.
Dipendekkan lagi cerita, rombongan ketenteraan mereka disambut oleh pemerintah Mekah pada masa itu. Cuba teka siapa?

Kalau anda jawab ‘Abdul Mutallib’, anda memang hebat!

Abdul Mutallib iaitu datuk Rasulullah tidak menghalang Abrahah daripada memasuki Mekah.
Beliau hanya meminta Abrahah untuk mengembalikan 200 ekor unta yang dirampas daripada mereka.

Apa? Orang nak serang tempat tinggal, dia pi boleh minta unta?

Nak tahu apa jawapan Abdul Mutallib? Antara kata-kata lejen dia:

Sesungguhnya, aku adalah pemilik unta itu, sedang
rumah suci itu ada pemiliknya yang akan melindunginya.”
(Tafsir Surah Al-Fil, Fi Zilal Quran)

Dan kata-kata datuk Rasulullah terbukti benar.
Allah telah menghantar beberapa kumpulan burung yang melemparkan batu-batu yang berasal daripada tanah liat kepada tentera Abrahah itu sehingga mereka menjadi seperti dedaunan kering yang terobek.

Ya, kalau digunakan logik akal mana mungkin batu-batu yang kecil boleh menghancurkan segerombolan tentera yang lengkap dengan gajah (masa tu gajah dikira asset perang yang sangat hebat. Ala-ala kereta kebal masa ini)?

Saya kira Allah ingin memberitahu kita dua perkara disini.
Pertamanya, pertolongan Allah itu benar.
Arab Quraisy pada masa itu begitu sombong dan angkuh kerana mereka terpilih untuk menjaga Ka’abah yang menjadi tempat suci mereka tetapi apabila tentera Abrahah tiba, hanya Allah sahaja yang mampu menjaga Ka’abah dan bukannya mereka.

Kedua, benda yang kita anggap kecil atau remeh sebenarnya ada kesannya.
Sedangkan batu-batu tanah liat yang kecil boleh menghancurkan segerombolan tentera, cuba bayangkan apa yang boleh terjadi dengan benda-benda kecil yang lain?

Gajah seberang laut tampak, nyamuk dihadapan mata tidak.

Fitrah manusia untuk mengendahkan benda-benda kecil dan yang dianggap remeh.
Menganggap mereka tidak memberikan ksan apa-apa kepada masyarakat. Seperti boikot.
Tetapi Allah kata sebaliknya.

“Sesungguhnya Allah tidak menganiaya
seseorang walaupun sebesar zarah, dan
jika ada kebajikan sebesar zarah, nescaya
Allah akan melipat gandakannya dan
memberikan dari sisi-Nya pahala yang besar.”
(Surah An-Nisa’, 4:40)

Begitu juga dengan amalan kita sebenarnya.
Amal-amal yang kita lihat kecil, andai dilakukan secara berterusan dan istiqamah, in shaa Allah lebih baik daripada amal-amal besar yang dilakukan secara hangat-hangat bahan buangan ayam.

Kita ambil contoh Mat yang qiam berpuluh rakaat sekali seminggu dan Amer yang qiam dua rakaat setiap hari. Mana yang lebih baik?

Senpai, hang bukan Tuhan nak kata amalan Mat tak baik!

Bukan maksud saya untuk memperkecilkan amalan Mat tetapi bukankah lebih baik, lebih elok andai amal-amal yang dilakukan, kita lakukan secara berterusan tanpa henti?

Abu Amr Sufyan bin Abdillah Ats-Tsaqafy ra berkata,
aku berkata, “Wahai Rasulullah, beritahukan kepadaku
suatu ungkapan tentang Islam yang tak akan kutanyakan
kepada seorang pun selain engkau!” Beliau bersabda,
“Katakan ‘Amantu Billah (Aku beriman kepada Allah),
kemudian istiqamahlah.”
(Hadis riwayat Muslim)

Orang Melayu kata, “Sedikit-sedikit lama lama jadi bukit.”

Orang Inggeris pula kata, “Rom tidak dibina dalam satu hari.”

Rasulullah kata, “Katakan ‘aku beriman kepada Allah’, kemudian istiqamahlah.”

Anda sudah nampak kepentingan istiqamah?
Sedang mereka yang bukan Islam juga menunjukkan kepentingan istiqamah melalui cerita Arnab dan Kura-kura, apatah lagi kita sebagai seorang Muslim yang harus berpegang teguh padanya.

Walaupun apa yang kita lakukan nampak kecil dan remeh, istiqamah menjadikan ianya besar seperti Tiranisoros Rex! Susah bebeno nak eja.

Mungkin juga amal-amal kecil kita itu menjadi asbab untuk kita masuk syurga, memberatkan timbangan ketika di Padang Mahsyar kelak. Siapa tahu?

Oleh itu, bak kata Kak Anita Sarawak, jangan pandang ‘benda kecil’ sebelah mata, hanya kerana ‘ianya benda kecil’.

Wallahu’alam.


-Senpai-

Thursday, September 11, 2014

Coretan tentang emosi

Pendahuluan

Kredit

Tubuh badan manusia sering disamakan dengan hardware. Iaitu satu benda yang mempunyai jisim dan bentuk. Salah satu contoh hardware yang dapat dilihat pada zaman moden ini adalah laptop, smartphones, tab, DSLR dan lain-lain spesies yang seangkatan dengannya. Mengambil satu contoh hardware iaitu smartphone, cuba bayangkan sekiranya smartphone kesayangan kita itu tidak mempunyai sebarang applications/softwares yang power itu dan hanya mempunyai bateri sahaja.


Kosong bukan? Nampak macam tiada erti phone sebegitu.
Tulis SMARTphone! Tanpa apps, tak smart lah phone tersebut.

Adanya apps : Wassap, Instageram, Pencicau, Mukabuku, Chatbersama & etc.
Bermakna sungguh phone tersebut sehinggakan orang di sekeliling kita buat tak tahu, jalan tak tengok hadapan dan bercakap pun tak pandang orang.

Berbalik kepada realiti kita yakni manusia yang mempunyai tubuh badan (hardware), sudah pasti memerlukan nyawa (baca: roh). Roh seolah-olah bateri untuk kita kerana roh mempunyai masa yang berdetik untuk ia tamat! Cumanya, masa tamat itu sangat exclusive dan dirahsiakan oleh our Creator.

Sedar tak sedar, banyak apps installed dalam diri kita. Contohnya, sistem penghadaman, sistem reproduktif, sistem pernafasan, penghasilan protein dan lain-lain. Cukup banyak jika dinyatakan satu persatu dan maybe boleh melopongkan mulut anda semua. Kebanyakkan apps kita tidak boleh senang-lenang untuk manage, uninstall, clear folders dan move on, sebabnya ia telah diprogramkan untuk beroperasi secara natural ataupun dalam bahasa islamiknya adalah sunnatullah (ketetapan Allah swt).

Tetapi, Tuhan telah mengizinkan kita untuk manage, handle, refresh & edit  salah satu apps dalam diri kita iaitu EMOSI.

Yaa, benar. Kita boleh menguruskannya mengikut cita rasa kita.

Dalam artikel ini, penulis cuba sedaya-upaya untuk mengetengahkan individu dan emosi, jalan terbaik untuk emosi dan cemerlang berdasarkan emosi.

Layan jom!


Individu & Emosi - Coretan Sejarah

Menyingkap sejarah dahulu kala, terdapat perkara yang boleh diguna pakai untuk diri kita semua. Just it, depends on us whether...

We take it or Leave it.

Conquest of Mecca ( Fathul Mekkah),20 Ramadan 8H.

Ini sejarah yang cukup-cukup bermakna untuk kita yakni umat Islam, peristiwa ini merendahkan yang batil dan bersinarlah yang haq! Acap kali diulang-ulang peristiwa ini sehinggakan naik tepu telinga mendengarnya.

Haaa kantoi, ish3 !

Sosok tubuh ibarat sang super saiya yang wujud masa itu adalah Nabi Muhammad SAW. Menjadi igauan ngeri buat orang kafir Quraisy bila mana Rasulullah SAW angkat geng seramai 10000 orang berangkat ke Mekkah.

Semua yang berada di Mekkah cuak. Takut. Nervous. Tak senang duduk.
Bermacam-macam perceptions bermain di minda mereka. Salah satunya, adakah Muhammad ingin membalas dendam terhadap kita?

Hidup mati orang kafir Quraisy betul-betul berada di hujung tanduk. Mati akan medatangi mereka jika tentera Islam berkehendak. Senang cerita, orang kafir Quraisy dah surrender sambil angkat bendera putih dengan bangganya!

Tetapi dengan cool & relax, Rasulullah SAW telah bersabda sesuatu yang seakan-akan tidak masuk akal :

“Barang siapa yang memasuki rumah Abu Sufyan, ia akan aman, barang siapa yang menutup pintu rumahnya ia akan aman, dan barang siapa yang memasuki Masjidil Haram ia akan aman”

(Riwayat Abu Daud)

Berubahlah perceptions manusia-manusia di Mekkah ketika itu dan berbondong-bondonglah memeluk Islam. Sila rujuk Surah an-Nashr 110:1-3.

Alhamdulillah.

Rasulullah SAW mempunyai dua pilihan, mereka mati atau mereka hidup. Jika dahulu mereka mengejek,menyeksa,mencemuh dan lain-lain terhadap orang-orang Islam. Sekarang, mereka sudah tidak berdaya lagi. Rasulullah SAW bebas untuk menetapkan hukuman!

Apa yang epik dalam peristiwa ini?

Atas bukan dasar emosilah Rasulullah SAW membuat decision. Jika emosi yang menjadi backbone decision masa tu, sudah tentulah pembunuhan beramai-ramai akan berlaku!

Bermakna rasional Nabi SAW mengatasi emosi Baginda sendiri.

Dan itulah yang perlu kita contohi, jangan emo sangat bro.


Tentera Salib, Tahun 1099

Disebabkan decision yang diputuskan oleh ketua umat Kristian iaitu seorang individu bernama Paus Urbanius II pada 27 November 1095 di Dewan Clermont, hasilnya seramai 100000 orang Eropah berjuang untuk 'memerdekakan' Palestin daripada tangan orang Islam.


Di sepanjang perjalanan itu, mereka telah melakukan kerosakan demi kerosakan terhadap makhluk-makhluk di sekitarnya. Ini menunjukkan perbuatan sebegitu amak buruk dan tidak berperikmanusiaan. Seolah-olah tiada nilai humanity dalam diri mereka.

Sembelih,penggal, bakar hidup-hidup dan macam-macam lagi seakan-akan menjadi semangat untuk mereka.

Small matters katanya

Itulah apabila seorang individu membuat decision menggunakan emosi tanpa melihat kembali rasional. Mengendahkan rasional dalam tindakan yang dibuat, rosaklah tindakan tersebut.

Buruklah perbuatan mereka itu dalam lipatan sejarah.

" Dan janganlah kamu mengikuti sesuatu yang tidak kamu ketahui. Kerana pendengaran,penglihatan dan hati nurani, semua itu akan diminta pertanggungjawabannya."
(17:36)

Gulp.

Jalan Terbaik Untuk Emosi

Sesungguhnya emosi itu tidak boleh dilupuskan sama sekali seperti lupusnya sampah-sarap dalam diri manusia itu. Emosi itu hanya boleh dikawal agar ia tidak melebihi tahap maksimumnya untuk memastikan rasional boleh menstabilkan kembali keadaan pemikiran seseorang itu.

I mean that, orang tu boleh control diri tanpa melakukan perkara-perkara yang memudaratkan diri sendiri dan orang lain.

1. Emosi Marah


Kredit
Renung kembali, apakah yang akan terjadi jika wajah kita dalam keadaan marah? Cantik ker? Hensem ker? Lawa kerr? Anggun ker? Macho ker? Mesti laa tak kan.

Hahaha. Imam Ghazali ada mencatatkan dalam Ihya Ulumuddin :

"Orang yang marah keadaannya adalah sama dengan anjing yang menyalak dan binatang yang buas."

Pernah tengok muka anjing menyalak?
Macam tu laa muka kita kalau biarkan emosi ini berleluasa.

2. Emosi Sedih



Kredit
Bergetar tangan tika ingin menaip, sebabnya emosi ini more to sisters out there. Mereka lebih merasai emosi sebegini lebih daripada brothers. Yaaa laaa walaupun bukan semua tapi tetap ada kan? Antara jalan terbaik untuk emosi ini adalah dengan berfikir dan mengingatkan diri akan kesan negatif jika diri ini terus menerus secara continuously melayan emosi sebegini.

Jika dilayan, ia akan menyebabkan orang-orang yang berada di sekitar anda berasa bersalah dan konfius untuk mententeramkan ada. Boleh jadi mereka pissed off dan meninggalkan anda tanpa anda sendari. Depa dah mai tenteramkan anda dengan pelbagai cara, willing to support you & anda pula terus melayan emosi itu tanpa menghiraukan mereka.

Janganlah macam tu sisters, please?

*Bajet sweet.

3. Emosi Sayang


Kredit
Yang ni lagilah rasa uuuuuuuuuuu~~~~~. Atas sebab peringatan, penulis pun gagah menulisnya juga. Please terharu sikit okayy?

Perkataan 'Sayang' itu sangat bermakna dalam diri kita yang berbahasa melayu ini. Sungguh kuat kesannya. Terdengar sahaja perkataan ini, terus lemah-longlai terpesona lagi-lagi yang memanggil itu sisters.

Alahaii.

Tapi apa yang hendak dibicarakan ini adalah bagaimana untuk meletakkan emosi ini dalam keadaan yang sepatutnya! Bukan mengikut nafsu semata-mata.

Sepatutnya diri itu sedar yang Allah SWT itu lagi sangat dan sangat sayang kepada anda berbanding manusia yang sayang anda itu. Janganlah disebabkan 'sayangnya' manusia itu kepada anda menyebabkan anda terlupa akan Tuhan yang lebih menyayangi anda setiap detik.

Jika tidak, emosi ini akan bermaharajalela dalam diri dan rasional menjadi hamba. Kemudiannya, berlakulah perkara-perkara yang tidak enak didengari.

Make sure seimbang emosi sayang itu dengan rasional tau!

4. Emosi Fikir Diri itu Bagus.


Kredit
Whaaaaa, ini lagi satu emosi yang bahaya kerana bila fikir diri itu bagus maka lahirlah anak bernama Ujub bin Fikirdiribagus.

Ya, ia bermula di fikiran dan akan meresapi ke dalam hati jika terus membiarkan emosi ini tanpa ada usaha mencegahnya daripada berlaku lebih buruk lagi. Dan dari situ bermulalah Ujub, Riak,Sum'ah dan Takabur berkawan baik.

Bermain aci ligan,aci sembunyi & polis entri bersama-sama.

Dan menyebabkan segala amalan itu pufffff! Hilang. Hilang. Hilang.
Dan tiada nilai di sisi Allah SWT.

Sebagai jalan selamat, sentiasa ingatkan dalam diri :

"Ya Allah, hamba-Mu berlindung kepada-Mu daripada sifat riak,ujub, sum'ah dan takabur yang mungkin ada dalam diri ini."

Sentiasa ingatkan. Ulang dan ulang sehinggakan menjadi zikir di dalam hati.

In sha Allah. Itu yang terbaik buat diri ini.

5. Emosi Kalut



Kredit
Pernah menghadapi situasi dimana seseorang itu bercakap dengan lajunya dan membuat sesuatu kerja dengan terburu-buru? Suka memaksa orang suruh cepat siapkan kerja. Itulah emosi bernama kalut.

Kadang-kadang ada terasa dalam diri ini, "Ish dia nie, awat kalut ngat aih." Itu normal setiap orang akan mempunyai persoalan sebegitu. Bukanlah hendak menghentam orang sebegitu tetapi orang yang melayan emosi sebegini secara berlebihan harus memahami situations orang lain di luar sana.

Kau mungkin ada emosi kalut dalam tindakan tetapi itu tidak bermakna kau boleh paksa orang untuk mengikut emosi kau tu.
Fahamilah environment sekitar kau tu, jika tidak orang akan memperkatakan sesuatu yang buruk di belakang kau.

Kan dah jadi dosa untuk orang lain atas sebab mengata kat kau?

Think again bro.

Terdapat banyak lagi emosi jika ingin disenaraikan tetapi ini yang mampu penulis pikiaq & sempat menulis atas observation yang dilakukan dalam hidup ini.

Bolehlah nak tambah lagi kaa apa kaa.
Sila-sila. Sangat dialu-alukan.

Cemerlang Berdasarkan Emosi

Ketahuilah, menjadi cemerlang itu memerlukan diri yang mampu untuk mengawal emosi. Tidak kiralah apa pun jenis-jenisnya yang penting MENGAWAL itu satu kemestian untuk kita. Dipetik daripada buku Tip-tip Cemerlang Daripada Quran karya Dr. Danial Zainal Abidin :

"Mereka yang mampu mengawal emosi mampu mengawal suasana. Mereka yang bersifat seperti ini akan disegani lagi dihormati sekaligus."
(Bab 21 : m/s 171)

Hakikatnya, anda dan juga saya dalam misi untuk mengubah suasana persekitaran supaya menjadi lebih baik. 

I mean, according to Islamic ways. 
Mewujudkan biah solehah (suasana yang baik mengikut ruh Islam). 
Jadi itu bermula dengan anda dan saya untuk bersama-sama mengawal emosi dan dengan izin Allah SWT terbinalah suasana tersebut.

Mengikut perspektif penulis, suasana itu memerlukan penggerak dan tanpa penggerak, mustahil suasana sedemikian mampu bernafas dengan rileksnya. Penggerak itu adalah anda. Anda telah membaca artikel ini maka anda harus menggerakkan suasana tersebut.

Yaa, tidak syak lagi, anda adalah penggerak.

Penutup

Penulis telah melontarkan buah fikiran dan pendapatnya berkenaan individu, jalan terbaik untuk emosi dan juga cemerlang berdasarkan emosi. Emosi menjadi buah bicara dalam artikel kali ini, disebabkan peranannya cukup besar dalam diri seseorang itu. Bukan mudah untuk mengawal emosi tetapi itu bukan sebab untuk kita berkata tidak dalam mengawalnya. Tambah-tambah lagi dengan hal-hal dunia yang sangat mempengaruhi emosi kita. Tidak kiralah di mana sahaja kita berada, sedikit sebanyak ia mempengaruhi tanpa kita sedari.

Oleh itu, bersabarlah dan bertenanglah dalam setiap perkara yang kita hadapi. 

"...Dan Kami turunkan Kitab(Al-Quran) kepadamu untuk menjelaskan segala sesuatu, sebagai petunjuk serta rahmat dan khabar gembira bagi orang yang berserah diri (muslim)."
(Surah An-Nahl:89)

~tetAngo~

*Penulis masih kanak-kanak dalam bidang penulisan tetapi bermimpi dan bercita-cita untuk memberi sedikit coretan yang mungkin bermanfaat untuk umat manusia. Segala kekurangan, penulis tanpa segannya ingin memohon maaf. Diharapkan para pembaca dapat mengambil mesej sama ada tersirat mahupun tersurat dalam setiap penulisan yang ditulis. Penulis juga mempunya blognya yang tersendiri iaitu tetango.blogspot.com. Akhir kata, yakinlah Tuhan sentiasa bersamamu di setiap perjalanan hidupmu!