Wednesday, February 10, 2016

Tinta Seorang Alumni Ikhwah

Kali terakhir aku menulis adalah pada 14 Januari 2015, tatkala dunia sedang gempar dengan serangan bom pertama di Paris, Perancis. Artikel itu aku tulis dalam bahasa Inggeris supaya dapat mencapai ramai orang. Harapnya. Kali ini, izinkan aku untuk menulis dalam bahasa yang aku sendiri selesa untuk menulis dan bukannya bahasa Inggeris sebab bahasa Inggeris aku dah lemah. Aku nak menulis dalam bahasa Itali pula.

Ciao.

Okay. Cukup dengan bahasa Itali. Aku menulis kali ini kerana aku merasakan ada sesuatu yang perlu aku sampaikan kepada semua yang bergelar (bekas) sahabat aku yang telah suatu ketika dahulu sama-sama menapaki jalan yang penuh dengan duri dan hamparan berdarah. Aku menulis dengan penuh harapan agar apa yang aku sampaikan melalui penulisan aku ini dijadikan pengajaran untuk hangpa semua (bajet orang utara betul). Aku juga berharap agar (bekas) sahabat-sahabat aku ini untuk tidak sibuk-sibuk bertanya khabar setelah aku memuat naik penulisan aku ini ke blog TE. Entri kali ini agak personal. SIla baca dengan discretion. Anda telah diberi amaran!

Just read, digest, and move on with our own lives.

Aku masih ingat ketika di masih bumi bertuah KMB, seorang abang senior telah menyampaikan satu hadis yang kurang lebih seperti ini:

“Demi Allah, Dzat yang tiada tuhan selain Dia, sesungguhnya setiap kalian ada yang beramal dengan amalan penghuni syurga hingga jarak antara dia dengan syurga hanya sehasta. Lalu suratan takdir mendahuluinya, sehingga ia beramal dengan amalan ahli neraka, maka ia pun masuk neraka. Ada juga di antara kalian yang beramal dengan amalan penghuni neraka hingga jarak antara dia dan neraka hanya sehasta. Lalu suratan takdir mendahuluinya, sehingga ia beramal dengan amalan ahli syurga maka ia pun masuk syurga.”
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim

Abang senior tersebut beritahu, dalam konteks usrah itu sendiri, mungkin seseorang itu tak ikut usrah semasa dia berada di KMB tapi Tuhan buka pintu hati dia untuk ikut usrah masa di luar negara dan mungkin juga orang yang ikut usrah masa di KMB futur semasa di luar negara. Masa tu, aku macam pesimistik sikit sebab pemikiran masih ala budak-budak. Masakan orang yang kurang suka pada tarbiyah, yang liat dengan benda-benda Islamik boleh join usrah? Dan masakan orang yang sering berukhuwah, daurah sana-sini boleh lari daripada DnT? Tapi aku salah sama sekali. Salah sesalah salahnya.

Aku tewas.

Futur ni macam tuberculosis. Kali pertama Mycobacterium tuberculosis masuk paru-paru, pesakit tak tunjuk apa-apa simptom mahupun manifestasi klinikal (hamek kau direct translation), tetapi saat bakteria tersebut aktif buat kali kedua masa itulah baru tahu tinggi langit dan bumi. Futur ni juga macam arak. Ada kebaikannya tetapi keburukannya itu lebih banyak berbanding kebaikan maka hindarilah arak. Eh. Futur ini juga satu entiti yang bila mana dah melekat dan sebati dalam jiwa, nescaya nak sental hati biar jadi putih balik amatlah payah (tapi possible).

Okay. Cukup kot dengan luahan aku. Aku teruskan dengan pengajaran yang aku nak hangpa semua fikir dan dapat.

Pengajaran pertama: Sabar itu sebahagian daripada iman

Aku tak salahkan abang-abang senior disini. Walaupun dalam masa setahun bertukar murabbi itu ada laa dalam dua ke tiga kali sehingga aku sendiri pernah mencadangkan agar nama usrah kitorang Geng Tukar Murabbi. Satu benda pasal tukar-tukar murabbi ni, sabar itu sangatlah perlu kerana setiap kali tukar murabbi, setiap kali itulah kita kena adjust dengan cara depa bagi pengisian, tingkah laku depa, dan continuity depa. Dan nak adjust ni bukan sekali dua belanja makan dah ngam (masa kat KMB aku pun tak tahu macam mana boleh melekat), mau makan masa lima ke enam kali liqa’ baru dah serasi. Tapi masa liqa’ ketujuh, tukar murabbi baru pula. Dan proses ini berulang sehinggalah aku berasa hilang sabar dan beritahu murabbi aku pada masa itu yang aku ingin mengambil masa sekejap daripada dunia DnT.

Aku bagi alasan aku nak fokus Tahun Kedua tapi aku tahu itu cuma alasan aku. Sebenarnya selain daripada kurang selesa dengan murabbi sebab asyik bertukar je, aku rasa bosan dengan usrah sebab setiap kali usrah, point yang sama dibentangkan sehingga aku rasa tak berkembang duduk dalam usrah. Liqa’ minggu ni cerita pasal A, liqa’ minggu depan cerita pasal A lagi tapi karakter yang berbeza. Dah kalau tiap-tiap liqa’ asyik cerita pasal benda yang sama, mana nak berkembangnya? Tazkirah aku tak kisah tapi ni pengisian utama! Aku hilang sabar dan akhirnya aku buat keputusan untuk keluar daripada usrah.

Ya, aku bukan ikhwah dah. Aku akhwat. #hambar

Pengajaran kedua: Letak diri hangpa dalam kasut depa

Satu lagi direct translation. Masa ni aku masih lagi berusrah tapi dah jarang ke masjid. Sangat jarang. Dan masa ni kitorang sibuk mencari rumah. Aku usha rumah seorang senior ni yang kebetulan usrahmate aku. Sambil-sambil berbincang hal rumah dia sentuh sikit pasal hal aku tak turun masjid. Aku akui salah aku tak turun masjid sebab malas (ya aku malas), tapi apa yang dia kata selepas itu buat aku rasa nak bermuhasabah on the spot. Bukan sebab apa yang dia kata kena kat batang hidung aku tetapi cara dia yang membuatkan aku rasa makin tak nak pergi masjid sebab manusia-manusia seperti ini.

Ya, anda betul! Sentap sentapan.

Aku akui masa dekat KMB dulu menyentap orang itu memang kerja aku. Timeline TwitterTM (trademark supaya tak kena saman) aku penuh dengan indirect tweet berkaitan sentap-sentapan. Masa tu aku rasa sentap ini bagus sebab bila hati terasa, makin senang kita nak bermuhasabah. Betapa bangangnya aku. Tidak sama sekali wahai diri!

Sentap itu membuatkan kau rasa diri kau bagus dan pandang rendah dekat orang lain! Sentap itu bagi aku yang dah kena sentap tahap maksima (siap diberi buku Tarbiah Sentap lagi tu!) membuatkan aku rasa jijik dan menyampah dengan orang-orang yang kononnya ingin menyentuh pintu hati manusia! Sentap itu membuatkan aku rasa lebih baik duduk bilik diam-diam daripada pergi masjid dan kena sentap oleh manusia. Ya, Tuhan juga ada beri ayat-ayat sentap dalam Al-Quran tetapi ayat-ayat Tuhan juga dipenuhi dengan harapan! Bila aku sampai hostel, aku kenang balik berapa ramai yang aku dah sentap dan aku nak minta maaf secara terbuka disini.

Maaf sebab aku sentapkan hangpa tanpa aku sedari apa yang berlaku dalam hidup hangpa.

I should have put myself in your shoes before I say anything to you. I am sorry.

Pengajaran ketiga: Agama itu memudahkan

Masa masih lagi bergelar pelajar Tahun Pertama, aku jarang ponteng kelas (attendance kami kena 90% ke atas baru boleh duduki Final Exam) dan rasa bersemangat nak belajar. Praktikal pun selalu siap tepat pada waktunya dan jarang tertangguh. Tetapi bila aku mula tinggalkan usrah dan secara automatik aku tinggalkan juga amalan-amalan yang aku sering buat dahulu seperti solat Dhuha, baca Mathurat etc, aku merasakan bahawa dunia ini semakin sukar dan sulit bagi aku. Minggu depan dah mula study leave untuk Blok 2 tapi satu benda yang lecturer ajar selama tempoh 8 minggu ni entah dimana aku letak. Praktikal aku tertangguh sehingga aku tak sempat nak siapkan lukisan Microbiology aku (aku dapat markah 4/10). Exam Blok 1 aku teruk; 2 gagal, 2 lulus cukup-cukup makan.

Percayalah, semua ini kerana aku jauh daripada Tuhan. Aku jauh daripada Dia Yang Maha Memberi Rezeki. Aku jauh daripada Dia Yang Memiliki Hidup ini. Maka aku boleh katakan untuk hidup dalam suasana Islamik itu sebenarnya satu luxury (aku tak tahu bahasa Melayu nak kata apa dan aku malas nak Google) dan jangan sekali-kali cuba untuk mendekati lembah kefuturan. Kalau rasa malas nak baca Mathurat sikit, minta rakan serumah untuk tampar bagi sedar sikit. Kalau rasa malas nak buka Quran, lempar periuk belanga kat dapur tu biar berdarah kepala. Asalkan hangpa tak tinggalkan amalan-amalan hangpa, aku boleh jamin yang segala benda yang hangpa buat di muka bumi Tuhan ini, hangpa akan rasa mudah. Percayalah.

Pengajaran keempat: Berukhuwah biar benar-benar kerana Tuhan

Pengajaran keempat ini ada kaitan dengan rajuk aku sebenarnya. Masa mula-mula sampai bumi Al-Maududi ni, aku rasa tertekan sangat sebab jadual padat; kelas 8 pagi sampai 4 petang, Isnin sehingga Sabtu. Bila buka FacebookTM (trademark lagi sebab takut kena saman), aku lihat gambar-gambar para sahabat melancong serata Eropah. Bila buka TwitterTM, terbaca tweet-tweet para sahabat tentang betapa seronoknya Paris, betapa indahnya Andalusia, betapa lawanya Rome, betapa breathtaking-nya Cliffs of Moher. Kalau setakat seminggu aku boleh terima lagi tetapi benda ni berlarutan sehingga sebulan. Kemudian reda sebentar dan dua tiga bulan lepas tu mula balik. Aku sangatlah tertekan kerana sahabat-sahabat lain boleh melancong sana sini walaupun ambil Perubatan sedangkan aku disini berhempas pulas belajar. Cuti kami setahun yakni selama dua bulan hanyalah 50% daripada cuti hangpa kat Eropah.

Cara aku untuk hilangkan tekanan? Aku delete akaun FB dan Twitter aku secara total. Aku hanya ada Whatsapp dan 9Gag sebagai teman media sosial. Dan selama aku delete akaun media sosial aku, aku boleh kira dengan tangan berapa ramai so-called ikhwah yang contact aku. Hampeh dulu sembang kencang berukhuwah sehingga ke syurga tapi realitinya ukhuwah di dunia maya. Tapi aku tak kisah. Serius aku tak kisah. Aku lebih suka sebegitu rupa kerana akhirnya aku boleh buang contact-contact lama aku daripada phone aku. Dan secara kebetulannya, phone yang aku guna semasa di KMB rosak tiga bulan lepas maka kau memang secara total putus komunikasi dengan (bekas) sahabat-sahabat aku. Ada laa dua tiga orang yang aku masih berhubung, itupun kerana kitorang rakan sekelas yang memang ada group Whatsapp sendiri.

Maka kisah ini aku jadikan sebagai pengajaran, kalau ingin berukhuwah pada masa akan datang, maka bersungguh-sungguhlah kalian. Ayat femes budak-budak yang tak join usrah ataupun lari daripada usrah, “Bila join usrah bukan main tanya khabar itu ini, tapi bila dah tak join usrah ibarat kitorang tak wujud pun!”



Aku rasa cukup sudah untuk aku bercerita tentang diri aku. Biarlah ‘aib’ aku ini dijadikan sebagai pengajaran untuk hangpa semua agar hangpa semua tidak menjadi seperti aku. Aku doakan yang terbaik untuk hangpa yang baca entri kali ni walaupun agak sadis, kasar, dan sangatlah tidak sesuai untuk kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah mahupun orang-orang dewasa yang berperangai seperti kanak-kanak. Aku harap hangpa yang kenal aku tak judge aku walaupun aku dah jadi alumni ikhwah, dan tolong jangan nak sibuk-sibuk contact aku (macam yang aku kata mula-mula tadi). Aku masih lagi mencari batu loncatan untuk aku bina balik iman aku daripada bawah dan aku harap hangpa boleh doakan aku dan doakan mereka-mereka yang sama seperti aku. Jangan lupa untuk doakan diri sendiri agar tidak futur dan jangan lupa doakan saudara-saudara seagama kita yang ditindas di seluruh dunia.

Aku minta maaf.

Dengan ini, aku mengundur diri. Daripada hidup kalian.

-Senpai-

PS: Siapa-siapa yang pendam rasa nak kahwin dengan aku, sila padam cepat-cepat dan cari ikhwah lain. Buahahahaha.


PPS: Maaf bahasa berterabur dan rojak. Inilah akibatnya bila menulis daripada hati. Kahkah.