Sunday, August 24, 2014

Teenage ADDICTION: The Source of Addiction (Part 2)

PART2

I don’t deny the fact that in the age of being teenager, we feel desperate to search for something.
Something to fill our hearts.
And that is where we start filling our time with music, sports, friends, video games, movies, love couple. Because we just don’t want to feel empty.

Is it wrong to fill an empty heart?

No.

Its human nature. Allah had created human with heart, to fill something in it and it cannot be left empty.
Put our hands near to the heart. Ask ourselves, what is in my heart right now? What had I filled it with? Is it worth it?

“Is it worth it?” is a critical question to answer. Why? Because the heart is unique! The heart disserves the best!



Truly in the body there is a morsel of flesh, which, if it be whole, all the body is whole, and which, if it is diseased, all of [the body] is diseased. Truly, it is the heart.” 
{Al-Bukhari] [Muslim]”

What so unique about the heart!? It’s a part of our body that we can feel but can’t physically see it. But the heart affects all parts of the body! Like SubhanAllah!

From the teenage years of our lives, we start searching,
Searching for the missing part of our lives.

Once we put something inside the heart, we would do anything to keep filling the heart with it.
If we love music, we keep fill ourselves with music.
If we love popularity, we would do anything to get popularity even we have to sacrifice our own friends.
If we love video games, we would sacrifice our time and money to get the best video games experience for ourselves.
If we love our love couple, we would obey every single thing that he/she said. We will try to act how he/she loves. We are willing to sacrifice everything for them!
There are more examples that you can imagine.
From these few examples, what are the similarities that we can see?

Sacrifice.

If we love something with all our heart, then we are willing to sacrifice for it.

My previous question was “Is it worth it?”
Is it worth it for me to sacrifice for music?
Or
Is it worth it for me to sacrifice for popularity?
Or
Is it worth it for me to sacrifice for video games?
Or
Is it worth it for me to sacrifice for my love couple?

How can we answer such question?

To answer that, we have to ask ourselves, “If I got this, how can I guarantee myself that it will stay with me?”
The enjoyment of music, popularity, games, love couple, how can I guarantee myself that I can have it forever?
Music, once we stop playing music, we start to feel empty.
Once our love couple leaving us, we start to feel empty.
If that happened we would feel a thirst for something that forces us to search more of it.
Without it, we feel like….

Dying…

That’s when we can’t stop texting with him/her. We cant take them out of our minds. We cant stop planning what to do in the next date. IT JUST WONT STOP! THE ADDICTION ARE SEVERE! AS IF WE ARE IN..

A prison.

We think we are enjoying freedom from the sky to the earth when we working for something we love purely with our hearts.
Without we realize that We cant go anywhere far from it. Being cut off from it would hurt us deep inside.we’re actually in a prison. 

Is that what we called FREEDOM?


-Jihad Jihad Je-

That's all for part 2,
InsyaAllah, there will be another for Part 3. May Allah give me strength

*dont forget to read part 1 here:
http://kamiteamespresso.blogspot.com/2014/07/teenage-addiction-part-1-something.html










Wednesday, August 20, 2014

Sang Reformis Nusantara

Buya HAMKA : Sisi peribadi tokoh reformis nusantara

HAMKA

Nama dan sosok buya HAMKA, atau Haji Abdul Malik Bin Karim Amrullah ini tidaklah asing di bibir dan telinga rakyat Malaysia dan di nusantara. Bahkan di bibir mereka yang bisu dan telinga yang pekak juga turut mengenali batang tubuh tokoh ini. Di kalangan mereka yang mengenali sosok ini, ada tiga kategori utama yang mungkin saya boleh senaraikan. Pertama, mengenali peribadinya secara dekat, kedua, mereka yang hidup sezaman dan pernah berinteraksi bersama beliau dan ketiga, generasi selepas ketiadaan beliau yang hanya membaca buku-buku tentang beliau melalui perawi-perawi yang sahih semisal anaknya dan menyoroti karya-karya tinggalan beliau.

Adapun saya termasuklah dalam kategori ketiga, iaitu yang hanya mengenal sosok ini melalui tulisan-tulisan beliau dan tulisan-tulisan mengenai beliau. Maka tidaklah patut saya ini sok tahu segala tentang diri tokoh ini melainkan hanya membuat analisa sendiri melalui bahan bacaan.

Anak kedua beliau,H. Rusydi HAMKA ada menulis tentang ayahnya, iaitu HAMKA dalam bukunya, “Hamka Pujangga Islam kebanggaan rumpun Melayu, menatap peribadi dan martabatnya”. Di dalam tulisan ini, anaknya menyurahkan kepada kita satu surah berkenaan perjalanan hidup bapanya yang kadang kala indah dan kadang kala pincang. Pelbagai peristiwa di sorotkan kepada pembaca tentang keperibadian buya HAMKA sepanjang hidupnya buat pedoman dan iktibar kepada mereka yang mahu mengenali HAMKA khasnya generasi kategori ketiga.


Pembacaan dan bahan-bahan bacaan HAMKA.

Apabila membaca karya-karya HAMKA, kita dapati sosok ini bukan kepalang pengetahuannya terhadap apa yang ditulis. HAMKA bukanlah seorang yang “main sebat” dalam setiap perkataannya terutama apabila menjawab hujah atau berdebat. Misalnya, di dalam suratnya kepada mufti Johor apabila berlakunya konflik kaum muda dan kaum tua di nusantara pada ketika itu, HAMKA banyak menggunakan figur atau angka di dalam hujahnya. Iaitu merujuk kepada statistik kajian terhadap sesuatu isu. Di dalam disiplin subjek ekonomi, kita namakan hal ini sebagai “positive statement” iaitu satu statement yang boleh dibuktikan kesahihan dan ketepatannya. HAMKA tidak menggunakan “normative statement” yang diawang-awangan dan tidak boleh dibuktikan betul atau salah dalam kerangka pembentangan statistik kajian.

Di dalam surat itu, HAMKA banyak menggunakan angka-angka bagi melawan hujah tok mufti Johor. Angka komposisi penduduk mengikut agama di Indonesia, angka bagi tarikh-tarikh dan tahun dan pelbagai lagi yang menunjuknya luasnya pembacaan HAMKA.



“Di Mentawi sebelum merdeka daripada 18000 penduduk, 6000 (enam ribu) telah masuk Nasrani kerana usaha paderi-paderi itu berpuluh yang Islam baru 2000 orang. Tetapi setelah merdeka ini bilangan Kristian tidak bertambah dari 6000 sedang yang Islam sudah lebih dari 4000 orang”

(Prof. Dr. HAMKA, Teguran suci dan jujur terhadap Mufti Johor, m/s 31, Terbitan Pustaka Dini)
Demikian salah satu contoh “positive statement” yang digunakan oleh HAMKA ketika berhujah. Dan format statement sebegini sangat banyak boleh kita temui dalam surat tersebut.

Apabila kita merujuk di dalam surah yang dituliskan oleh anaknya, H.Rusydi HAMKA, beliau ada menceritakan tentang bahan-bahan bacaan HAMKA, katanya,


“Ayah membaca Albert Camus, Jean Paul Sarte, William James, Freud, Toynbee sampai Karl Max, semuanya dalam bahasa Arab”



(H. Rusydi HAMKA, Hamka pujangga Islam kebanggaan rumpun Melayu, menatap peribadi dan martabatnya, m/s 114, terbitan Pustaka Dini)


Lihatlah betapa luasnya bacaan HAMKA merentasi benua eropah sana. Beliau tidak sahaja larut dengan karya-karya Ibn Qayyim Al-Jauziyyah dan Sheikhul Islam Ibn Taimiyyah, bahkan rentas daripada itu lagi. Nama-nama penulis yang dibaca itu pun mungkin ada dikalangan anak muda kita tidak mengenalinya bahkan ada yang tergeliat lidah untuk menyebut nama-nama itu.


Tafsir Al-Azhar – karya dibalik jerigi besi

Jerigi besi atau penjara menurut saya adalah salah satu tempat yang ajaib dalam kerangka penghasilan karya-karya agung sepanjang zaman. Jika kita menyoroti sosok Antonio Gramsci di Italy dan Syed Qutb di Mesir, kedua-dua tokoh ini menghasilkan karya agung mereka di penjara. Iaitu Prison Notebooks dan Tafsir Fi Zilal Al-Quran. Hal ini mungkin kerana, selain mereka berkesempatan memelihara cicak dan menternak lipas di dalam penjara, mereka punyai kesempatan waktu untuk mengarang bagi mengisi masa yang kosong di penjara. HAMKA tidak ketinggalan dalam menuruti tradisi hebat ini apabila beliau menghasilkan karya tafsir beliau di balik jerigi besi.

Secara jujurnya, saya secara peribadi belum khatam atau tamat membaca kitab Tafsir Al-Azhar ini daripada kulit ke kulit (sepenuhnya). Maka sekali lagi, saya wajib memberitahu kepada pembaca bahawa saya tidak boleh bertindak seperti sok tahu segala tentang karya besar ini melainkan saya hanya membaca dan menganalisa daripada bacaan-bacaan yang berbentuk ulasan daripada mereka yang mengkaji kitab tersebut. Untuk memberi gambaran secara ringkas tentang tafsir ini, saya secara peribadi membaca beberapa bahagian pada tafsir HAMKA ini dan selebihnya, saya banyak merujuki ulasan daripada H. Rusydi HAMKA dan satu kertas kerja yang bertajuk “Tafsir Al-Azhar : Suatu gambaran perubahan sosial di Indonesia pada abad ke-20” tulisan Dr. Wan Sabri bin Wan Yusof serta sebuah tesis ijazah doktor falsafah usuluddin daripada Abdul Rouf yang bertajuk “Dimensi tasawuf karya HAMKA : analisis terhadap Tafsir Al-Azhar”

Sebenarnya, menurut riwayat yang dikisahkan kepada kita daripada H.Rusydi HAMKA di dalam bukunya tentang HAMKA, pengajian tafsir secara verbal telah dimulai oleh HAMKA di masjid yang terletak berdekatan dengan rumahnya, iaitu Masjid Al-Azhar. Iaitu menerusi slot kuliah subuh dari tahun 1959-1964. Kemudian kuliah subuh ini dimuatnaik dalam bentuk tulisan dalam Majalah Gema Islam, iaitu sebuah majalah yang diusahakan oleh HAMKA menggantikan Majalah Panji Masyarakat yang telah dibreidel (diharamkan) oleh rejim Sukarno.
HAMKA ditahan pada tanggal 27 Januari 1964 dan dimasukkan kedalam penjara. Atas tuduhan jahat komplot ingin membunuh Presiden Sukarno dan komplot ini dikatakan didanai oleh Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu, Tunku Abdul Rahman. Keadaan ini memberikan ruang kepada HAMKA untuk dimanfaat dengan menumpukan sepenuh perhatiannya untuk menulis dan menghabiskan tafsir ini di dalam penjara. Demikian latar belakang pensejarahan tentang penulisan tafsir ini buat pembaca budiman yang tidak mengetahui hal ini.

Bagi adik-adik tahfiz dan abang-abang naqib serta tidak lupa juga kepada akak naqibah diluar sana yang meminati bidang tafsir Al-Quran buat dijadikan modal bahan usrah, Tafsir Al-Azhar atau Tafsir HAMKA ini antara tafsir Melayu yang dicadangkan untuk dijadikan rujukan utama. HAMKA menulis tafsir ini dengan bahasa Melayu-Indonesia yang mudah difahami oleh seluruh masyarakat tidak kira apa status sosial atau latar belakang pendidikan. Walaupun menggunakan bahasa yang mudah, ia sama sekali tidak merendahkan tahap intelektual kitab ini dari segi perbahasan dan huraian. Tujuan utama penulisan tafsir ini adalah untuk memberi faham kepada masyarakat atau menjadi jambatan kepada masyarakat dalam memahami setiap arahan dan pengajaran dalam Al-Quran itu. Sebagai pendakwah dan aktivis yang berada aktif dilapangan, HAMKA merasai sendiri dan memahami bahawa tahap penguasaan bahasa Arab oleh penduduk Indonesia khususnya amat rendah maka ini menjadi halangan kepada mereka untuk memahami Al-Quran. Lalu disiapkan tafsir ini dalam bahasa ibunda yang gampang agar dapat difahami oleh semua.

Tafsir ini bukan sahaja senang difahami dari sudut kerangka bahasa, bahkan HAMKA sebagai seorang ulama besar Nusantara itu tahu membedakan yang mana satu sumber agama dan yang mana satu khayalan manusia. Tafsir ini telah ditapis dan diasingkan daripada kotoran-kotoran riwayat-riwayat dogengan Israilliyat ciptaan Yahudi, hadis-hadis palsu dan rekaan-rekaan palsu yang lain. Konteks tapisan dan asingan ini dalam erti kata diterangkan tentang sesuatu riwayat itu sahih atau tidak disisi sumber agama. Makanya, pembaca yang tidak menguasai ilmu hadis, dari segi riwayah dan dirayah tidak perlu bimbang kerana segalanya telah ditapis sempurna oleh HAMKA.


Bersambung……

-Khairul Shaffei-

*Penulis adalah penulis jemputan di blog Espresso ini. Maka, segala buah fikir dan lontaran idea pada setiap kata di dalam makalah ini tidak sama sekali mewakili karakter semua penulis-penulis tetap yang lain.Penulis boleh dilawati di laman facebook ‘Khairul Shaffei’.