Wednesday, September 3, 2014

NILAI LIMA TAHUN




Masa. 
Kadang-kala kita terlepas pandang nilai sesuatu benda sehinggalah benda itu tiada lagi dalam genggaman kita. 
Seperti mana seorang pelajar kolej yang merindui masa lapang bersama rakan sekelas semasa di sekolah menengah. 
Seperti mana seorang pekerja pejabat yang terlepas bas kerana terlebih seminit dalam menyiapkan diri. Seperti mana seorang pelajar IB yang er.. menangguhkan esaimen sehingga saat-saat akhir (mohon jangan tiru aksi ini)! 
Dalam Qur’an sendiri, Allah juga bersumpah menggunakan masa.

Demi waktu dhuha. (Ad-Dhuha, 93:1)

Demi masa. (Al-Asr, 103:1)

Demi waktu fajr. (Al-Fajr, 89:1)

Tapi artikel ini bukan ditulis untuk menjelaskan kepentingan masa. 
Rasanya banyak artikel kat luar sana yang menyentuh perihal masa. 
Apa yang saya cuba sampaikan ialah, dimanakah kita lima tahun lagi? 
Apa perancangan anda untuk lima tahun lagi?

Ya, lima tahun.

Mungkin sekarang kita sedang melalui minggu suai-kenal di universiti masing-masing, sedang menyesuaikan diri dengan persekitaran baru.
Mungkin juga sekarang kita sedang berusaha berhabisan untuk menyiapkan tugasan yang diberi Encik Pensyarah di universiti yang kita sedang hadiri. 
Mungkin juga ada diantara kita yang sedang berehat setelah tamat ujian Tahun Pengajian Pertama!

Awat semua cerita pasai pelajar? Bias!

Tak kisah sama ada anda seorang pelajar ataupun bukan, yang penting sekarang kita sedang melakukan sesuatu bukan? 
Dan mungkin juga pernah terlintas di fikiran kita tentang masa depan kita, tentang diri kita, tentang akhlak kita pada masa yang mendatang. 
Akan jadi lebih baik kah kita lima tahun lagi? 
Atau mungkin raksasa futur menguasai diri sehingga menyebabkan kita menjadi alumni? 
Atau mungkin kita sudah tiada di muka bumi ini?

Payoh ngat nak explain dalam Bahasa Melayu ni ish… Where do you see yourself in five years? Hamekkau.

Ada yang berkira-kira untuk memantapkan lagi tarbiyyah dalam diri. 
Dalam masa lima tahun sudah set target untuk bawa sekurang-kurangnya sepuluh usrah, hafal juz amma’ dengan qiraatnya sekali, khatam Hadis Arba’in An-Nawawiyah (Hadis 40 bagi depa yang tak tau) dengan syarahnya sekali. 
Mungkin juga sudah set untuk khatam bacaan buku-buku fikrah yang sumpah berat, sudah ada kenderaan untuk bawa mutarabbi jalan-jalan mencari redha Allah (maaf Inche Gabbana sebab curi ayat anda), atau sudah menjadi pentaujih untuk dua puluh konferens riang!

Qawiynya abam.

Dan tidak kurang juga yang berkira-kira untuk lari daripada abam bulatan gembira, 
dengan komitednya belajar cara-cara nak main alat muzik untuk tarik perhatian mereka yang berlainan jantina, 
menghabiskan masa cuti di universiti dengan berjalan-jalan cari makan, tanpa arah, tanpa tujuan. 
Ada juga yang berkira-kira untuk menghabiskan wang elaun bulanan untuk membeli material seperti telefon pintar baru atau konsol permainan yang paling canggih! 
Tidak kurang juga yang bercita-cita nak jadi pembantu raksasa futur dengan mengajak orang lain untuk futur bersama!

Naud’zubillah minzalik.

Kita ada kuasa untuk memilih hala tuju kita dalam lima tahun akan datang; 
sama ada kita ingin memperbaiki diri kita atau kita ingin membiarkan dunia menguasai. 
Perancangan itu penting, tidak dinafikan. 
Dan dalam merancang, hendaklah disertai dengan istiqamah. 
Kerana tanpa istiqamah, Badang yang gagah perkasa itu juga mampu jatuh tersungkur! Wahai! 
Orang putih juga mengakui kepentingan istiqamah dalam cerita fantasinya, Si Kura-Kura dan Arnab!
Mereka mengajar anak mereka bahawa Si Kura-Kura, walaupun lambat dalam lariannya, dia mampu menang perlumbaan dengan Si Arnab kerana dia istiqamah!

Qum amantu billahi thummas taqim!

Dalam masa lima tahun, saya ingin sekali baca artikel ini dan dengan bangganya (metafora sahaja, bukan literal) berkata yang saya telah berjaya memanfaatkan masa saya! 
Mungkin lima tahun lagi, Team Espresso akan berkembang mekar atau boleh jadi juga ianya akan terkubur dek kekhilafan kami sendiri. 
Kita hanya mampu merancang bukan? Allah jualah yang akan menentukan. 
Yang penting, kita harus istiqamah dan terus tsabat di atas jalan ini (mohon jangan tsabat atas jalan jahiliyyah). Moga Allah redha!

Wallahu’alam.



-Senpai-


*Tak pandai menulis tapi ingin nak jadi penulis. Hamba Tuhan yang mencari redha-Nya. Suka kopi.*

No comments:

Post a Comment