Kredit |
Tubuh badan manusia sering disamakan dengan hardware. Iaitu satu benda yang mempunyai jisim dan bentuk. Salah satu contoh hardware yang dapat dilihat pada zaman moden ini adalah laptop, smartphones, tab, DSLR dan lain-lain spesies yang seangkatan dengannya. Mengambil satu contoh hardware iaitu smartphone, cuba bayangkan sekiranya smartphone kesayangan kita itu tidak mempunyai sebarang applications/softwares yang power itu dan hanya mempunyai bateri sahaja.
Kosong bukan? Nampak macam tiada erti phone sebegitu.
Tulis SMARTphone! Tanpa apps, tak smart lah phone tersebut.
Adanya apps : Wassap, Instageram, Pencicau, Mukabuku, Chatbersama & etc.
Bermakna sungguh phone tersebut sehinggakan orang di sekeliling kita buat tak tahu, jalan tak tengok hadapan dan bercakap pun tak pandang orang.
Berbalik kepada realiti kita yakni manusia yang mempunyai tubuh badan (hardware), sudah pasti memerlukan nyawa (baca: roh). Roh seolah-olah bateri untuk kita kerana roh mempunyai masa yang berdetik untuk ia tamat! Cumanya, masa tamat itu sangat exclusive dan dirahsiakan oleh our Creator.
Sedar tak sedar, banyak apps installed dalam diri kita. Contohnya, sistem penghadaman, sistem reproduktif, sistem pernafasan, penghasilan protein dan lain-lain. Cukup banyak jika dinyatakan satu persatu dan maybe boleh melopongkan mulut anda semua. Kebanyakkan apps kita tidak boleh senang-lenang untuk manage, uninstall, clear folders dan move on, sebabnya ia telah diprogramkan untuk beroperasi secara natural ataupun dalam bahasa islamiknya adalah sunnatullah (ketetapan Allah swt).
Tetapi, Tuhan telah mengizinkan kita untuk manage, handle, refresh & edit salah satu apps dalam diri kita iaitu EMOSI.
Yaa, benar. Kita boleh menguruskannya mengikut cita rasa kita.
Dalam artikel ini, penulis cuba sedaya-upaya untuk mengetengahkan individu dan emosi, jalan terbaik untuk emosi dan cemerlang berdasarkan emosi.
Layan jom!
Individu & Emosi - Coretan Sejarah
Menyingkap sejarah dahulu kala, terdapat perkara yang boleh diguna pakai untuk diri kita semua. Just it, depends on us whether...
We take it or Leave it.
Conquest of Mecca ( Fathul Mekkah),20 Ramadan 8H.
Ini sejarah yang cukup-cukup bermakna untuk kita yakni umat Islam, peristiwa ini merendahkan yang batil dan bersinarlah yang haq! Acap kali diulang-ulang peristiwa ini sehinggakan naik tepu telinga mendengarnya.
Sosok tubuh ibarat sang super saiya yang wujud masa itu adalah Nabi Muhammad SAW. Menjadi igauan ngeri buat orang kafir Quraisy bila mana Rasulullah SAW angkat geng seramai 10000 orang berangkat ke Mekkah.
Semua yang berada di Mekkah cuak. Takut. Nervous. Tak senang duduk.
Bermacam-macam perceptions bermain di minda mereka. Salah satunya, adakah Muhammad ingin membalas dendam terhadap kita?
Hidup mati orang kafir Quraisy betul-betul berada di hujung tanduk. Mati akan medatangi mereka jika tentera Islam berkehendak. Senang cerita, orang kafir Quraisy dah surrender sambil angkat bendera putih dengan bangganya!
Tetapi dengan cool & relax, Rasulullah SAW telah bersabda sesuatu yang seakan-akan tidak masuk akal :
“Barang siapa yang memasuki rumah Abu Sufyan, ia akan aman, barang siapa yang menutup pintu rumahnya ia akan aman, dan barang siapa yang memasuki Masjidil Haram ia akan aman”
(Riwayat Abu Daud)
Berubahlah perceptions manusia-manusia di Mekkah ketika itu dan berbondong-bondonglah memeluk Islam. Sila rujuk Surah an-Nashr 110:1-3.
Alhamdulillah.
Rasulullah SAW mempunyai dua pilihan, mereka mati atau mereka hidup. Jika dahulu mereka mengejek,menyeksa,mencemuh dan lain-lain terhadap orang-orang Islam. Sekarang, mereka sudah tidak berdaya lagi. Rasulullah SAW bebas untuk menetapkan hukuman!
Apa yang epik dalam peristiwa ini?
Atas bukan dasar emosilah Rasulullah SAW membuat decision. Jika emosi yang menjadi backbone decision masa tu, sudah tentulah pembunuhan beramai-ramai akan berlaku!
Bermakna rasional Nabi SAW mengatasi emosi Baginda sendiri.
Dan itulah yang perlu kita contohi, jangan emo sangat bro.
Tentera Salib, Tahun 1099
Disebabkan decision yang diputuskan oleh ketua umat Kristian iaitu seorang individu bernama Paus Urbanius II pada 27 November 1095 di Dewan Clermont, hasilnya seramai 100000 orang Eropah berjuang untuk 'memerdekakan' Palestin daripada tangan orang Islam.
Di sepanjang perjalanan itu, mereka telah melakukan kerosakan demi kerosakan terhadap makhluk-makhluk di sekitarnya. Ini menunjukkan perbuatan sebegitu amak buruk dan tidak berperikmanusiaan. Seolah-olah tiada nilai humanity dalam diri mereka.
Sembelih,penggal, bakar hidup-hidup dan macam-macam lagi seakan-akan menjadi semangat untuk mereka.
Small matters katanya
Itulah apabila seorang individu membuat decision menggunakan emosi tanpa melihat kembali rasional. Mengendahkan rasional dalam tindakan yang dibuat, rosaklah tindakan tersebut.
Buruklah perbuatan mereka itu dalam lipatan sejarah.
" Dan janganlah kamu mengikuti sesuatu yang tidak kamu ketahui. Kerana pendengaran,penglihatan dan hati nurani, semua itu akan diminta pertanggungjawabannya."
(17:36)
Gulp.
Jalan Terbaik Untuk Emosi
Sesungguhnya emosi itu tidak boleh dilupuskan sama sekali seperti lupusnya sampah-sarap dalam diri manusia itu. Emosi itu hanya boleh dikawal agar ia tidak melebihi tahap maksimumnya untuk memastikan rasional boleh menstabilkan kembali keadaan pemikiran seseorang itu.
I mean that, orang tu boleh control diri tanpa melakukan perkara-perkara yang memudaratkan diri sendiri dan orang lain.
1. Emosi Marah
Renung kembali, apakah yang akan terjadi jika wajah kita dalam keadaan marah? Cantik ker? Hensem ker? Lawa kerr? Anggun ker? Macho ker? Mesti laa tak kan.
I mean that, orang tu boleh control diri tanpa melakukan perkara-perkara yang memudaratkan diri sendiri dan orang lain.
1. Emosi Marah
Kredit |
Hahaha. Imam Ghazali ada mencatatkan dalam Ihya Ulumuddin :
"Orang yang marah keadaannya adalah sama dengan anjing yang menyalak dan binatang yang buas."
Pernah tengok muka anjing menyalak?
Macam tu laa muka kita kalau biarkan emosi ini berleluasa.
2. Emosi Sedih
Kredit |
Jika dilayan, ia akan menyebabkan orang-orang yang berada di sekitar anda berasa bersalah dan konfius untuk mententeramkan ada. Boleh jadi mereka pissed off dan meninggalkan anda tanpa anda sendari. Depa dah mai tenteramkan anda dengan pelbagai cara, willing to support you & anda pula terus melayan emosi itu tanpa menghiraukan mereka.
Janganlah macam tu sisters, please?
*Bajet sweet.
3. Emosi Sayang
Kredit |
Perkataan 'Sayang' itu sangat bermakna dalam diri kita yang berbahasa melayu ini. Sungguh kuat kesannya. Terdengar sahaja perkataan ini, terus lemah-longlai terpesona lagi-lagi yang memanggil itu sisters.
Alahaii.
Tapi apa yang hendak dibicarakan ini adalah bagaimana untuk meletakkan emosi ini dalam keadaan yang sepatutnya! Bukan mengikut nafsu semata-mata.
Sepatutnya diri itu sedar yang Allah SWT itu lagi sangat dan sangat sayang kepada anda berbanding manusia yang sayang anda itu. Janganlah disebabkan 'sayangnya' manusia itu kepada anda menyebabkan anda terlupa akan Tuhan yang lebih menyayangi anda setiap detik.
Jika tidak, emosi ini akan bermaharajalela dalam diri dan rasional menjadi hamba. Kemudiannya, berlakulah perkara-perkara yang tidak enak didengari.
Make sure seimbang emosi sayang itu dengan rasional tau!
4. Emosi Fikir Diri itu Bagus.
Kredit |
Ya, ia bermula di fikiran dan akan meresapi ke dalam hati jika terus membiarkan emosi ini tanpa ada usaha mencegahnya daripada berlaku lebih buruk lagi. Dan dari situ bermulalah Ujub, Riak,Sum'ah dan Takabur berkawan baik.
Bermain aci ligan,aci sembunyi & polis entri bersama-sama.
Dan menyebabkan segala amalan itu pufffff! Hilang. Hilang. Hilang.
Dan tiada nilai di sisi Allah SWT.
Sebagai jalan selamat, sentiasa ingatkan dalam diri :
"Ya Allah, hamba-Mu berlindung kepada-Mu daripada sifat riak,ujub, sum'ah dan takabur yang mungkin ada dalam diri ini."
Sentiasa ingatkan. Ulang dan ulang sehinggakan menjadi zikir di dalam hati.
In sha Allah. Itu yang terbaik buat diri ini.
5. Emosi Kalut
Kredit |
Kadang-kadang ada terasa dalam diri ini, "Ish dia nie, awat kalut ngat aih." Itu normal setiap orang akan mempunyai persoalan sebegitu. Bukanlah hendak menghentam orang sebegitu tetapi orang yang melayan emosi sebegini secara berlebihan harus memahami situations orang lain di luar sana.
Kau mungkin ada emosi kalut dalam tindakan tetapi itu tidak bermakna kau boleh paksa orang untuk mengikut emosi kau tu.
Fahamilah environment sekitar kau tu, jika tidak orang akan memperkatakan sesuatu yang buruk di belakang kau.
Kan dah jadi dosa untuk orang lain atas sebab mengata kat kau?
Think again bro.
Terdapat banyak lagi emosi jika ingin disenaraikan tetapi ini yang mampu penulis pikiaq & sempat menulis atas observation yang dilakukan dalam hidup ini.
Bolehlah nak tambah lagi kaa apa kaa.
Sila-sila. Sangat dialu-alukan.
Cemerlang Berdasarkan Emosi
Ketahuilah, menjadi cemerlang itu memerlukan diri yang mampu untuk mengawal emosi. Tidak kiralah apa pun jenis-jenisnya yang penting MENGAWAL itu satu kemestian untuk kita. Dipetik daripada buku Tip-tip Cemerlang Daripada Quran karya Dr. Danial Zainal Abidin :
"Mereka yang mampu mengawal emosi mampu mengawal suasana. Mereka yang bersifat seperti ini akan disegani lagi dihormati sekaligus."
(Bab 21 : m/s 171)
Hakikatnya, anda dan juga saya dalam misi untuk mengubah suasana persekitaran supaya menjadi lebih baik.
I mean, according to Islamic ways.
Mewujudkan biah solehah (suasana yang baik mengikut ruh Islam).
Jadi itu bermula dengan anda dan saya untuk bersama-sama mengawal emosi dan dengan izin Allah SWT terbinalah suasana tersebut.
Mengikut perspektif penulis, suasana itu memerlukan penggerak dan tanpa penggerak, mustahil suasana sedemikian mampu bernafas dengan rileksnya. Penggerak itu adalah anda. Anda telah membaca artikel ini maka anda harus menggerakkan suasana tersebut.
Yaa, tidak syak lagi, anda adalah penggerak.
Penutup
Penulis telah melontarkan buah fikiran dan pendapatnya berkenaan individu, jalan terbaik untuk emosi dan juga cemerlang berdasarkan emosi. Emosi menjadi buah bicara dalam artikel kali ini, disebabkan peranannya cukup besar dalam diri seseorang itu. Bukan mudah untuk mengawal emosi tetapi itu bukan sebab untuk kita berkata tidak dalam mengawalnya. Tambah-tambah lagi dengan hal-hal dunia yang sangat mempengaruhi emosi kita. Tidak kiralah di mana sahaja kita berada, sedikit sebanyak ia mempengaruhi tanpa kita sedari.
Oleh itu, bersabarlah dan bertenanglah dalam setiap perkara yang kita hadapi.
"...Dan Kami turunkan Kitab(Al-Quran) kepadamu untuk menjelaskan segala sesuatu, sebagai petunjuk serta rahmat dan khabar gembira bagi orang yang berserah diri (muslim)."
(Surah An-Nahl:89)
*Penulis masih kanak-kanak dalam bidang penulisan tetapi bermimpi dan bercita-cita untuk memberi sedikit coretan yang mungkin bermanfaat untuk umat manusia. Segala kekurangan, penulis tanpa segannya ingin memohon maaf. Diharapkan para pembaca dapat mengambil mesej sama ada tersirat mahupun tersurat dalam setiap penulisan yang ditulis. Penulis juga mempunya blognya yang tersendiri iaitu tetango.blogspot.com. Akhir kata, yakinlah Tuhan sentiasa bersamamu di setiap perjalanan hidupmu!
Free download https://flstudioapk.info/
ReplyDelete