Bibir
sering kali mahu mengungkapkan 'in shaa Allah'.
Dengan
setiap perancangan, dengan setiap janji, dengan setiap azam, dengan setiap satu
perkara yang bakal dilakukan.
*****
"What do you
think about a good presentation?"
"The presentation
would consist of all the required subtopics we've covered so far plus some
additional and critical views that might oppose the theories that we talked
about in class. I like what you presented. I really like it."
"Thank you very
much."
"Now you have to
work hard for your essay."
"I will try my
best, in...." (terdiam sekejap)
"I went through
your test just now and I thought "Ohh... she didn't get this right. Maybe
she didn't know what it meant." But I know you've put a lot of effort to
it."
"Hmm I didn't
know what to write about for that."
"But other parts
are fine I guess. At least that's what I saw."
"In....(terdiam
sekali lagi) Yea I hope so."
*****
Sejurus
keluar dari bilik pensyarah tersebut, saya terfikir.
Banyak
kali bibir mahu sebut 'in shaa Allah', tapi terberhenti!
'In
shaa Allah' telah menjadi sangat sinonim dengan hidup ini. Bila bertemu dengan
orang di sini juga, saya kadang-kala mahu menyebut 'in shaa Allah'.
Banyak
kali terdetik di hati, 'semoga Allah izinkan hal itu untuk berlaku'. Satu
perasaan yang sangat mengharapkan belas kasihan Allah untuk memakbulkannya.
Satu
bentuk harapan dan pengharapan di sebalik 'in shaa Allah' itu.
Wujud
sejarah di sebalik ungkapan 'in shaa Allah'. Sejarah tersebut memaparkan kisah ketika
Rasulullah saw ditanya beberapa soalan oleh orang Quraisy yang berniat
menganggu misi penyebaran ajaran Islam oleh baginda.
Mereka
mempunyai tiga pertanyaan, pertama berkaitan dengan sebuah kisah tentang
sekelompok pemuda yang mengasingkan diri daripada kaum mereka, kedua tentang
seorang pengembara besar yang mencapai hujung dunia dan yang ketiga berkaitan
hakikat roh. Mereka yakin soalan-soalan ini dapat memerangkap baginda.
Rasulullah
saw memberitahu mereka yang baginda akan menjawabnya esok hari namun keesokan
harinya, malaikat Jibrail tidak muncul dan tiada wahyu diturunkan selama empat
belas hari. Rasulullah saw sendiri berasa sedih dengan tuduhan orang Quraisy
yang mengatakan baginda berbohong kerana tidak mampu menjawab pertanyaan
mereka. Sedang diselubungi keraguan dan kesedihan, baginda menerima wahyu
daripada Allah dua minggu kemudian,
"Dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu (yang hendak dikerjakan): "Bahawa aku akan lakukan yang demikian itu, kemudian nanti". Melainkan (hendaklah disertakan dengan berkata): "Insya Allah". Dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau lupa; dan katakanlah: "Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan lebih terang dari ini".
[Al-Kahfi: 23-24]
Tariq
Ramadan, dalam bukunya Jejak-jejak
Rasulullah pula ada menyebut,
"Beginilah kita harus memahami makna ungkapan in
shaa Allah, "Jika Allah mengizinkan.": ia menegaskan kesedaran
manusia akan keterbatasannya, perasaan rendah hati seseorang yang hendak
berbuat sesuatu dan mengetahui bahawa di atas semua yang dia lakukan dan
katakan, Tuhanlah yang memiliki kekuasaan untuk mewujudkannya."
"Dengan
izin Allah"
Jika
Allah mengizinkan, maka terjadilah perkara itu.
Dan
jika Allah tidak mengizinkannya, maka tidak akan terjadilah.
Maka
kenapa harus kita bimbang dengan sesuatu perkara, jika kita benar-benar yakin bahawa
"jika
Allah izinkan, maka berlakulah"?
Harapan
dalam agama ini bukanlah bersifat fatalistik. Kita perlu berusaha, kita
berusaha sebaik-baiknya dan pada masa yang sama, menyedari bahawa manusia
mempunyai batas dalam kemampuan masing-masing.
Mungkin
kadang-kala wujud rasa ingin berputus asa kerana tidak yakin dengan usaha
sendiri. Sedangkan semasa berusaha, kita sebenarnya sedang mengumpul pahala
atas usaha yang dilakukan. Dan usaha itu sememangnya menuntun pengharapan yang
tinggi kepada Allah.
Tawakal.
"Dan sesiapa yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah (dengan ikhlas) sedang ia berusaha mengerjakan kebaikan, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh dan (ingatlah) kepada Allah jualah kesudahan segala urusan."
[Luqman: 22]
Dan
hasil yang diperoleh, bukanlah 100% berasal daripada usaha kita. Bukan 100%.
*****
Kisah
penghijrahan Rasulullah saw ke Madinah bersama-sama Abu Bakar ra juga mengingatkan
saya kepada pengharapan kepada Tuhan, apabila dilanda rasa takut.
Ketika
Abu Bakar ra dihambat rasa cemas kerana sekelompok orang Quraisy telah
menjejaki mereka di gua tempat persembunyian mereka, Abu Bakar ra menzahirkan
rasa cemasnya kepada Rasulullah saw, lalu baginda menenangkannnya dan berbisik
kepadanya;
"Jangan takut, Tuhan bersama kita."
[At-Taubah: 40]
Kemudian baginda
menambah lagi,
"Bagaimana fikiranmu jika ada dua (orang) dan yang ketiganya adalah Tuhan?"
[Hadis riwayat Al-Bukhari]
Yang ketiganya adalah
Tuhan.
Hanya Tuhan yang
memiliki kekuasaan untuk menyelamatkan kita, tatkala hidup di dunia memberi
kita ketakutan.
Namun agama masih
menawarkan kita harapan.
Tuhan juga yang
mengurniakan apa sahaja bentuk rezeki, semestinya yang terbaik untuk kita
.
Terbaik
buat kita atas belas kasihan, barakah dan kecukupan-Nya.
*****
Hingga pada suatu saat kamu benar-benar bisa mengatakan,"Aku telah mempercayakan hidupku kepada Allah, aku tahu Dia adalah sebaik-baik penjaga dan sebaik-baiknya dalam menepati janji."
(Hujan Matahari, karya Kurniawan Gunadi)
Maka
mengapa harus kita bimbang lagi?
*****
**Penulis kini sedang memberi
motivasi kepada diri sendiri tatkala menempuhi minggu akhir semester. Bakal menghantar
beberapa tugasan universiti dan menduduki peperiksaan dalam beberapa hari lagi
tetapi minda dan hati tetap mahu menulis buat muhasabah diri!
In Syaa Allah! (kredit) |
Peh sentap. Sbb ckp inshaaAllah tp x berniat nk buat pun.
ReplyDelete