Setiap saat ini,
Bagaimanakah hubungan hatiku dengan saat-saat yang akan
berlalu pergi ini?
Adakah aku bergembira?
Atau
Aku sedang bersedih?
Malam ini mungkin malam terakhir untuk ku membersihkan hati
yang kotor ini!
Penuh dengan cintanya pada dunia!
Busuk penuh dengan sifat keji!
Aku inginkan Ramadhan ini, memutihkan hatiku.
Aku mahu hati ini kembali seperti kain sutera putih.
Aku mahu dilahirkan semula!
Ramadhan oh Ramadhan,
Bilakan kita bertemu lagi.
Diriku yang dulu,
“Yess!! Puasa nak habis! Tak sabar nak makan banyak-banyak
masa raya nanti!”
“Tak sabar nak beraya dengan si dia! Tak sabar nak pergi
enjoy lepak makan dengan kawan!”
Ku bisik kat diri ku,
“Yes?? Yakinnya aku akan dapat masuk syurga.”
“Bergembira di hari raya dengan hati penuh dosa”
“Kenapa aku dulu tak pernah fikir untuk mendapatkan kemaafan
dari Maha Pencipta pada bulan Ramadhan?”
Kemudian aku teringat kata-kata seorang hamba Allah ini,
“Hati ini, kalau kita buat dosa sedikit pun, akan timbul
titik hitam kat hati.
Kalau dah banyak sangat titik hitam sampai tertutup
semuanya, kita tidak akan sedar akan dosa yang kita lakukan kerana hati sudah
gelap.
Sebab itu kita mesti istiqamah (berterusan) membersihkan
hati”
Alhamdulillah,
Dengan rahmat Allah, aku masih nampak lagi dosa-dosa kecil
yang aku buat selama ini.
Sekarang,
Hari Raya bukan hari yang gembira bagi ku,
Kerana aku tahu,
Cabaran di Hari ‘Bahagia’ nanti lebih dahsyat daripada
berpuasa.
Percayalah.
*Flashback ke Hari Raya tahun 2013*
Hari raya pertama, buat majlis rumah terbuka.
Punyalah ramai datang beraya,
Makanan pun tak kalah jugak ramainya.
Dan ramai juga makanan ini melompat masuk dalam tong sampah.
Hari raya pertama, menziarahi rumah kawan dan saudara-mara
Makanan sedap meliurkan mulut.
Air manis werna warni turut dihidang
Kemudian makan sehingga perut menangis tak sanggup nak telan
Hari Raya Pertama, inginku berjumpa dengan kawan-kawan
Seorang muslimah yang ku temu di hari ‘Bahagia’ ini
Memakai pakaian menampakkan bentuk badan dan makeup macam nak Holloween,
Tidak lupa juga minyak wangi yang macam tumpah atas satu
badan,
Walhal berpakaian labuh sopan pada bulan Ramadhan
“Rileklah, hari ni kan hari Raya. Ahaha” (sambil menghayunkan rambut panjang ke belakang)
Hari raya pertama, buat family gathering di rumah nenek,
Makcik, Pakcik, Cuzen, Tarzen
Semua bersalaman memohon kemaafan,
Main rempuh batasan hubungan bukan mahram.
Ini hanyalah sebahagian daripada kisah ku,
Dan ku percaya lebih banyak lagi cabaran di Hari ‘Bahagia’
ini.
Setiap diri kita ada ujian yang tersendiri,
Mungkin ada yang datang dari keluarga islamik,
Dan tiada masalah dalam menjaga ikhtilat (hubungan) sesama
bukan mahram.
Manakala sebahagian kita,
*Makcik bukan mahram hulur tangan nak salam
Rasa macam masa itulah berlaku perang Badar dalam diri kita
Mungkin kita akan cakap “Maaf tangan kotor”
Tapi kenapa susah kita nak cakap “Maaf kita tidak boleh
bersalaman”
Percayalah,
Hari ‘Bahagia’ yang akan tiba itu,
Akan menjadi hari untuk kita berperang,
Mempertahankan hati yang telah bersih di bulan suci,
Menjadi hari menguji kemampuan hati setelah graduate dari
Universiti Ramadhan.
Percayalah,
Bukan kamu seorang sahaja yang melaluinya,
Dan kesusahan mu bukan menimpa mu seorang,
Kita laluinya bersama-sama.
Jangan jadikan Hari Raya sebagai hari untuk kita ‘bersuka-ria’
menghancurkan usaha sebulan berpuasa.
Semoga Allah melindungi kita. Ameen
-Jihad Jihad Je-