Tuesday, July 22, 2014

Aku dan Kamu itu siapa...?

Aku dan Kamu itu siapa...?

 
Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum…

Topik ini PERSOALAN

Persoalan yang ditimbulkan untuk mempersoalkan diri.
Persoalan yang simple. Namun ianya mungkin mampu menjadi bapa kepada persoalan yang menjadi tema dalam kehidupan yang membuka persoalan yang lebih kompleks.
Ayuh kita buka minda dan hati. Ego sama diturunkan. Rendah diri sama ditegakkan.
Mari merenung sejenak persoalan ini. Mari....

 Persoalan ini benar dituju khas untuk diri yang membaca dan tidak terkecuali diri yang menulis ini.


Situasi 1 :
Siapa engkau?”
“Aku Aziz bin Ishak…”
Situasi 2 :
Siapa engkau?”
“Aku Tan Sri Ammar bin Rizal..”

Mereka berdua manusia. Beza hanya pada nama. Beza hanya pada pangkat. Jelas ianya beza!
Namun. Ada persamaan antara mereka. Aku percaya persamaan kita jua yang menulis dan membaca ini.
Hamba Allah. Aku percaya itu pegangan kita.
Menjadi hamba Allah itu bukan pilihan kerana itu kita diciptakan.

                                         


“Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang sebenarnya melainkan Allah, dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu utusan Allah”

Syahadah yang kita ucapkan.  Mungkin tadi. Mungkin solat tadi. Mungkin suatu ketika dahulu. 
Syahadah ianya luas jika mahu dirungkai. Sumpah luas dan sumpah indah jika difahami lafaz ini.
namun, ingin kucuit secebis daripada secebis maksud syahadah ini.

Betapa,
Aku lihat ramainya manusia yang mengaku hamba Allah. Hebat
Namun,
aku lihat lebih ramai manusia yang menjadi hamba Allah hanya pada perkataanNya. Pada ucapannya.
Hakikat, sepatutnya hamba Allah itu dipersembahkan dalam kehidupan. Kehidupan kita.
Kehidupan itu aku definasikan sebagai hati, perkataan, perbuatan.

Namun
Hakikatnya, semua itu tipu!
Manusia itu kini menjadi hamba pada DUNIASayang pada dunia. Inilah penyakit umat akhir zaman.
Andai penyakit jantung pada diri mampu merebahkan diri. 
Namun pabila penyakit umat, umat itu akan rebah. Sedarkah kita?

Kata manusia.. “Tiada tuhan melainkan Allah yang Maha satu
Tapi hakikatnya mereka bertuhankan dunia. Kerena Dunia itu indah. kerena Dunia itu lazat.
Gelap mata dan hati dengan dunia semata-mata.

Andai mereka kenal SYURGA Allah. Andai mereka tahu SYURGA Allah.
Aku percaya mereka akan tinggalkan dunia dan menangis untuk SYURGA Allah. 
Bukan lagi syurga dunia mereka kejarkan, kerena syurga dunia itu terbatas dengan corakan manusia itu sendiri.

Syurga itu sumpah jauh lebih indah! Ramai yang tahu. Tapi sebenarnya ramai yang kurang sedar.
Ramai juga yang tidak tahu. Tapi terus memilih untuk tidak peduli. Ini kerugian besar.

Bukan penipuan, bukaan rekaan.
manusia kini hanyut dengan
cintanya pada manusia,
cintanya pada game,
cintanya pada artis,
 cintanya pada movie dan lagu.
Menusia leka dengan
cintanya pada pangkat,
cintanya pada harta,
cintanya pada pujian manusia.

Situasi ini amatlah tepat dengan peribahasa melayu yang menggambarkan manusia yang rugi.
“Yang dikejar tak dapat, Yang digendong berciciran


Agama (islam) itu digendong semata. Ianya sekadar digendong
Dunia itu dikejar-kejarkan. Tersadung pada nikmat dunia. 
Jatuh itu sakit namun selesa pada dunia cukup indah baginya.
Sehinggalah dunia dan agama kedua-duanya hilang, gagal, kosong.
Sumpah ianya rugi!

Jadi, berbalik pada persoalan yang kuwujudkan pada awal penulisan ini..
" Siapa aku dan kamu? "

Sekali lagi persoalkan ini ditimbulkan sebagai persoalan untuk diri yang membaca.
Kerana jawapan itu hanya ada pada DIRI.
DIRI dan ALLAH (Tuhan) yang tahu.
 

Sedar atau tidak. Itu pilhan diri
Aku berikan satu persoalan.  
Zahirkanlah jawapan dalam kehidupanmu.

Peganglah bahawa  hamba Allah itu kehidupan dalam semua aspek.

~brother jack~

Penulis masih bertatih dalam bidang penulisan. Kadang-kadang matang dan kadang-kadang keanak-anakan. Namun itulah penaku. Penulis memilih mata pena sebagai senjata kerana penulis percaya mata pena itu lebih tajam daripada mata pedang. Andai mata pedang mampu membunuh manusia. Mata pena penulis berimpian untuk membunuh hati yang mati, menyedarkan yang leka, membasahkan jiwa yang kering. Akhir kata, penulis hanya memberi, kamulah yang menentukan untuk menerima atau menghiraukannya.

No comments:

Post a Comment