Saturday, July 12, 2014

Kringgg!! Masa Untuk Bangun Tidur!


Creeeeek… Tumm



“Another day… Just the same like yesterday”

Sambil merebahkan badan atas katil.
“Inikah ‘nikmat’ yang aku nanti-nantikan sejak bertahun lepas?”
Cuti tamat pengajian diploma yang sangaaaat panjang. Bukan main lagi masa preparation exam, tak henti-henti fikir betapa ‘bessnyerrr’ kalau dah cuti panjang nanti.
And it turned out to be… UrrrggHhhH!!
Masa kat kolej dulu, setiap hari ada cabaran.
Lab report, assignment, projects, presentations, whatever lah.
Kalau ada benda-benda tu, memang sibuk hidup. Pergi jumpa kawan tengah malam mintak idea, mintak copy, practice presentation. How I feel so… alive…

I would talk to friends, I would search on the net for info, I would see the lecturers to help me out.
Kalau ada quiz, macam-macamlah style lah nak study. Sometimes akan buat study group kat library, dah sampai bilik stay up lah. Sometimes tidur awal, bangun awal untuk berqiamullail dan terus study. Sometimes tidur, study, tidur, study, minum kopi, tidur lagi…
I feel so content. Setiap saat sangat berharga. Nak pergi tandas untuk mandi pun kena pikir dua kali.

Itu dulu…

Sekarang duduk di rumah. Kawan-kawan semua berjauhan.
Kalau dulu, petang-petang…
Tok. Tok. Tok.
“Ashmir! Jom main futsal!”
Ish dia ni, macam tak tau aku tak pandai main. Bisik hati.
“Nanti aku datang” dengan muka senyum tenang aku terima.
Kerana aku tahu, nanti akan tiba masa takda orang nak ketuk pintu bilik untuk ajak main futsal.

Itu dulu…

“Inikah ‘kemerdekaan’ yang aku impikan?” Memandang siling putih sambil baring atas bantal empuk.

“Kringggg! Kringgg!”

“Eh, alien mana yang call aku masa cuti ni”
Pandang je nama si pemanggil… aku tersenyum seorang.
“Assalamualaikum Ashmir! Haiiishh.. lama tak dengar khabar. Aku kat kampung kau sekarang.”
“Eh?? Camne ko tau kampung aku kat ne?”
“Eleh kau ni, aku kan stalker, mestilah tauu”
“Bahaya jugak ko ni.. Apa hajat datang kemari?”
“Haaaaa.. Aku datang ni nak selamatkan kau. Hahah!”
“Selamat daripada apa pulak ni.. Haiyooo”
“Nak selamatkan kau dari gua gelap kau lah…. Dah dekat nak sebulan tak dengar khabar. Jangan banyak soal. Lepas tarawikh, bawak baju, bawak Quran, bawaklah apa-apa. Malam ni kita beriktikaf kat masjid sebelah perumahan kau.”


……


Aku tersentak sebentar.
Apa yang aku buat selama ni? Aku takda kerja? Pffft! Aku menipu diri sendiri selama ni!
Kalau kat kolej dulu aku banyak study dalam kelas, kenapa aku tak boleh nak study ilmu agama di rumah?
Kalau Physics, Math, Chemistry boleh aku pelajari dengan tekun dan risau kalau tak dapat faham.. kenapa aku tak begitu pada ilmu Quran, ilmu Hadith…
Kalau aku boleh berjumpa Lecturer untuk menyelesaikan tugasan, kenapa aku tak boleh bertanya kepada orang yang mengetahui untuk menjawab persoalan agama?
Kalau aku boleh buat study group untuk quiz, kenapa aku tak boleh buat usrah untuk akhirat?

“Ashmir? Ashmirr? Jangan ko nak tidur kat tepon skrang”
“Ehh eheh. Tengok fifa semalam, ngantok sikit. Kalau kau ajak, aku lompat je!”
“Baguihh.. Baguihh. Malam ni aku, kau dengan Akh Akim. Aku datang jemput ko eh. Assalamualaikum”
Betul.. betul..
Memang aku menipu diri sendiri selama ni.
Memang tipu besar bagi seorang muslim cakap dia takda kerja walhal ummat dalam keadaan tenat dan diri belum tentu dapat masuk Syurga!

“Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cobaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.”
(QS. Al Baqarah : 214)

Sebelum cobaan itu datang, aku akan pastikan aku bersedia dengan iman seteguh konkrit dan takwa yang sebenar. Kerana aku yakin, jalan ini penuh dengan cabaran!
Dan sudah pasti aku tidak berseorangan melalui matlamat ini. Dengan adanya ‘KAMI’, datanglah ombak tsunami tinggi klcc pun, KAMI akan saling tarik menarik sekiranya ada yang tertolak ke belakang.
Syurga kan luas.. Takkanlah nak masuk sorang-sorang je kot!

“Adik! Nak pergi mana tu?!” ujar ummi dengan suara risau.
“Jangan risau ummi, adik ada ummat nak diselamatkan.” *wink

-Jihad Jihad Je-
*Alhamdulillah, mungkin ada yang kenal dan ada yang tak, yang pasti penulis jihad jihad je. Penulis seorang yang sangat berminat dalam bab menulis tapi kemahiran hampeh. Penulisan biasanya akan berpandukan keadaan hati dan suasana. Kalau hati tengah panas tu, sedia air awal lah, kerana penulisan akan jadi semakin pedasssss!!  Sebarang penambahbaikan boleh je komen kat bawah. Penulisan ini dan yang akan datang tidak menggambarkan ke’qawiy’an penulis kerana penulisan adalah untuk mengingati diri penulis dan pembaca yang bersama-sama ingin perbaiki diri menuju Jannah. Ameen!

No comments:

Post a Comment