Tuesday, July 8, 2014

Inilah Ramadanku

Credit
TikTokTikTok
Bunyi  jam.
Didengari dengan jelas oleh sang pemuda, Arslan namanya. Tidaklah kacak mahupun cute macam adiknya. Tapi yang nyata, Arslan manis orangnya erti kata lain sedang-sedang sahaja.
“12.10 tengahari baru. Awal lagi nie,” ujar Arslan lalu kembali menarik kain selimut dengan rakusnya menyelimuti tubuhnya yang kering papan.
Itulah sedikit cebisan kehidupan seharian hamba Tuhan ini apabila cuti semester menjelma. Tidur malam lambat, bangun pagi lambat seolah-olah inilah jadual hakiki ketika cuti menghantui diri. Pelik. Dia di kolej tidak seperti apa yang dilakukannya di rumah, bagai dirasuk oleh mambang sehingga sikapnya jadi sebegitu. Itulah seorang pemuda, bersemangat ketika berada di suasana lain dan menjadi kayu bilamana berlayar di suasana yang lain. Rapuh pendirian.
Tanggal 27 Jun 2014,
Umat Islam di ambang bulan Ramadan. Countdown untuk menyambut bulan keberkatan ini. Sudah tentu. Bulan ini bulan promotion habis-habisan. Menjadi tanda tanya, terdapat lagi kelompok-kelompok memandang bulan ini sekadar sahur pagi dan puasa sampai azan Maghrib. Settle. Inilah kesan bilamana hati sanubari tidak dijenguk oleh cahaya kebenaran. Semuanya itu adalah atas kehendak Tuhan itu sendiri. Beruntunglah bagi yang dikehendaki Tuhan. Bagi yang tidak dikehendaki, berusahalah, untuk menjadi yang dikehendaki Tuhan.

Arslan, baru dia sedar akan datangnya bulan rahmat ini selang beberapa hari sahaja lagi. Ini semua disebabkan news feed kawan-kawannya yang acap kali gemar share share share perkara-perkara islamik sehinggakan orang tak tahu jadi tahu.
“Ouh, emmm….puasa tahun nie, nak buat macam tahun lepas laa. Sahur,tidur balik sampai tengahari, main Dota main PES, bukak puasa, terawih, tengok TV pastu tidur.” azam Arslan dalam hatinya.
Dia seperti burung merpati bebas terbang seantero ruang langit, ibu bapanya tidak memaksa dirinya untuk buat part time job. Berada dalam linkungan orang yang berstatus berada mungkin sebab itulah Arslan mendapat darjah kebebasan yang begitu tinggi. Tiada wang ringgit, ayahnya lah yang dicari. Mudah hidupnya.
“Wah…Wah…Nampaknya cuti kali ni memang macam ni jerr laa.” bisik hati kecilnya.
Sebelah malamnya. Di rumahnya. Dia keseorangan sedang menatap movies dengan begitu asyik. Khusyuk dengan jalan ceritanya.
“Asa lehe haa lehe, lehe tu lehe ni…” bunyi smartphone Arslan.
Sejurus kedua-dua belah telinganya mendengar lantunan bunyi lagu tersebut Lantas bingkas bangun dan mendapatkannya untuk menjawab.
EmmHello.Hello. Sapa ni?” tanya Arslan
“ Haaa…Hello.Assalamualaikum… nie Arslan kan ?”jawab insan yang menelefon itu dengan pertanyaan.
“Haah Arslan laa…eh jap, suara macam familiar laa kau ni…sapa ehh?” tanya Arslan
“Alaaa kau nie…Mentang-mentang dah  lama tak jumpa. Suara aku pun kau tak kenal lagi. Ish…Ish…Ish…Ni aku laa Amer…Amer.” jawab Amer
Hahahakau rupanya. Patut laa. Haaa kenapa call nie?” tanya Arslan sambil matanya melihat televisyen.
Ouhsaja jaa call kau. Eh jap, kau ada kat mana sekarang nie?kolej?” tanya Amer.
“Kat rumah jer laaa. Goyang kaki jaa. Nama pun cuti kan. Eh…Esok jom lepak kat mana-mana. Lama tak lepak sekali. Tapi petang laaa best sikit. Kau boleh tak join?” tanya Arslan penuh pengharapan. Mungkin rindu dengan kawan lamanya itu.
Haaa okay. Nice jugak idea tu. Aku no hal bro. On jaa laa. Esok okay. Emm…jumpa dekat kafe sebelah Staburk tu.” jawab Amer. Nada suaranya begitu mengharapkan pertemuan esok jadi.
“OkayOkay. “ Arslan setuju dengan tempat yang kawannya itu pinta tanpa mempersoalkan.
Keesokannya, bertemulah jua dua kawan ini yang sekian lama terpisah sementara disebabkan mengambil haluan masing-masing selepas SPM. Riak wajah umpama kanak-kanak yang bermain.Ceria diselangi gelak ketawa apabila bersembang mengenai tempat pengajian dan kisah-kisah lalu. Itulah kuasa Tuhan, terpisah jauh pun masih dapat berjumpa apabila sudah ditakdirkan.
Sedang rancak perbualan mereka, Amer tiba-tiba mengajukan soalan  kepada Arslan.
“Weyhh jap, bulan puasa tinggal berapa hari jaa lagi. Apa planning kau  tahun nie?”
“Hahhh apa…apa…planning?” jawab Arslan tercengang-cengang dengan wajah penuh tanda tanya.
Yaa laaaLan. Macam nak travel laa naik kereta. Kena planning bagai emm macam minyak,tayar,servis, makanan ringan dalam kereta. So, puasa pun mesti laa kan ada planning.” jelas Amer.
“Ouh..aku tak laa ada planning sangat sebab….nak buat sama jaa macam tahun lepas.” ujar Arslan. Kelihatan si Amer kawannya itu tersenyum.
Kiranyaaaanak maintain laa macam tahun lepas. Hurm….Lan, kalau shopping complex tu buat sale, butik Giordano, kedai Abidas, semua tu buat discount 80%. Agak-agak ada orang serbu tak kedai tu?”tanya Amer.
Heicome on laa. Mesti laa. Gila kau tak serbu. Untung kot macam tu.” jawab Arslan bersemangat.
Haaa tu laa. Actually, dia sama jaa macam bulan puasa. Bulan puasa nie bulan promotion Allah bagi. Kau buat sikit, dapat banyak pahala. Imagine laa kalau kau buat banyak, wajib pastu benda-benda sunnah. Tak ker berbuih mulut kau nak kira pahala tu. Seriously laa, untung ouh Allah bagi kesempatan kat kita berada dalam bulan puasa. Tapi tuu laa, Allah bagi chance tapi kita jaa laa berkira nak buat benda baik.” terang  Amer. 
“Tu aku tahu, ganjaran segala bagai. Kau nak tahu tak, aku nie kadang-kadang rajin kadang-kadang malas tau.” adu Arslan
“Laa biasa arr tu Lan weyhh. Tu semua sebab nafsu, aku pun sama ja laa. Kadang-kadang jadi wali kadang-kadang jadi lembik nak buat baik.Haha. Just we have to be strong laa. Okay, apa kata kau try tanam dalam diri kau, kau nak buat yang much more better than last year.Seriously doe, kena try jugak. Sebab kau dah tanam benih perubahan untuk berubah. Just kena siram-siram dengan benda-benda baik jaa laa. Come on laa Lan, come on. Bila lagi nak berubah.” jelas Amer dengan wajahnya yang begitu rileks sekali.
Emmin shaa Allah. Try buat apa yang kau cakap tu, tapi….doakan aku tau.” pinta Arslan sambil tersenyum mengharapkan kawannya itu akan membalasnya dengan baik.
Hahaha, no hal bro. In shaa Allah.” balas Amer.

-tetango-

*Penulis masih kanak-kanak dalam bidang penulisan tetapi bermimpi dan bercita-cita untuk memberi sedikit coretan yang mungkin bermanfaat untuk umat manusia. Segala kekurangan, penulis tanpa segannya ingin memohon maaf. Diharapkan para pembaca dapat mengambil mesej sama ada tersirat mahupun tersurat dalam setiap penulisan yang ditulis. Penulis juga mempunya blognya yang tersendiri iaitu tetango.blogspot.com.Akhir kata, yakinlah Tuhan sentiasa bersamamu di setiap perjalanan hidupmu !

No comments:

Post a Comment