Friday, January 2, 2015

Hidupku Tanpa Dakwah, Hidup atau Mati?

Dulu mungkin aku rasa dakwah itu satu beban
Bukan sahaja beban, malah penyebab diri dipinggir
Sebab apa?
Yelah, ‘budak surau’ atau ‘budak usrah’ ni tak cool
Bila orang couple, kena tegur
Bila main game, kena tegur
Nak enjoy pun ada limit,
Siapa nak geng dengan orang cegitu!

Ya! aku takut berdakwah dulu sebab itu.
Taknak diri dipinggir
kerana aku tahu pedihnya bersendiri,
Masa yang sama,
Aku gembira melihat ikhwah yang bergerak pantas dan tegap atas jalan dakwah
Aku kagum kerana mereka sanggup dipandang pelik oleh kawan-kawan lain,
Bukan aku, aku takut.

Kini sudah 2 tahun dakwah menjadi matlamat hidup,
Setiap peristiwa akan ku lihat peluang untuk berdakwah di situ,
Kalau tidak dapat berdakwah, paling kurang tarbiyyah diri pun cukup
Walaupun dipandang pelik atau gila, tarbiyyah diri sudah buat aku gembira.
Bila berdakwah, hati gembira macam chocolate brownies masuk mulut, malah lebih dari itu!

Mungkin Allah nak menguji,
Dulu ikhwah ramai di sisi,
Mudah rasanya untuk berdakwah,
Dikala futur, akan ada yang tegur,
Dikala diri hanya mentarbiyyah diri, akan ada yang ajak untuk berdakwah lagi,
Dengan ramainya kami, aku bertutur dengan yakin,
Kerana ramai membuktikan kami bukanlah begitu pelik!

Mungkin Allah nak uji,
Kini ikhwah jauh terbahagi,
Tinggal aku disini,
Bersendiri.

Mungkin Allah nak uji,
Adakah dakwah aku dulu hanya kerana ikhwah disisi?
Adakah tarbiyyah diriku hanya kerana ikhwah ditepi?
Adakah semangatku hanya kerana ramainya kami menyeru?!

“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan: “Kami telah beriman” dan mereka tidak diuji?”

(Al-Ankabut: 2)


YA! Sudah pasti aku sedang diuji!



Hidupku tanpa dakwah…
Setelah beberapa ketika ku berpijak dibumi kontang ini,
Ibarat pendaki gunung, dalam ribut salji seorang diri,
Aku hanya mampu menyalakan api untuk diri,
Tetapi,
Adakalanya apinya terpadam,
Dan masa itulah aku tersedar,
Betapa sunyinya hidupku tanpa dakwah dan tarbiyyah,
Sejuk bersendirian,
Cuba mencari kayu api di mana ada.
Bila cuba untuk nyalakan, adakalanya kayu api terlepas dari tangan.
Masa itu aku sedar,
Ikhwah disisi itu satu nikmat,
Dan aku rindu kehangatan ukhwah!
Kehangatan yang hanya dapat ku bayangkan,
Kerana...
Dalam realiti, aku tengah membeku saparuh mati,
Hidupku kini hanyalah mencari kayu api, menyalakan selagi mampu.

Kerana hidup tanpa dakwah dan taybiyyah bagiku adalah mati…

Mati

-JihadJihadJe-

No comments:

Post a Comment