Saturday, January 10, 2015

Bunga dan Secawan Kopi Itu...

Secawan Kopi

Aku ingat lagi masa itu,
Secawan kopi…





(3 bulan sebelumnya)





Baju kemeja kemas dipakai,
Takda kusut, takda masai.
Neck tie, macam PM!
Begitulah semangatnya diri menjadi anak pertama melangkah ke universiti luar negara!
Ibu ayah, mak cik pak cik, kawan kawei, kamek kitak,
Semuanya gembira atas kejayaan yang  mantap ini!


“Bii nanti belajar betul-betul tau”
“Bii jangan tinggal solat tau!”
Pesan ibu ayah, aku angguk sebelum mereka sempat menghabiskan kata-kata.


“Bii..”
Kelihatan wajah seorang ibu saudara yang ku respect.
Bukan sebab PhD nya, bukan sebab sportingnya dia…



“Sepanjang Bii kat sana nanti, kalau ada masalah, ingat Allah.
Banyak pengalaman Bii boleh dapat, Unty percaya Bii boleh jaga diri.
Ilmu agama pun jangan tinggalkan”


Beliau menghulurkan senaskah buku.

’50 Wasiat Rasulullah Untuk Generasi Islam’

Ku tatap wajah itu,
Aku yakin, dia tahu cabaran yang bakal aku hadapi.

“Thanks Unty!”

Jam menunjukkan jam 2200,
Sudah tiba masanya aku pergi.

Itulah kenangan terakhir ku di bumi tercinta yang akan ku ingat sampai bila-bila.
Dan..

Kenangan secawan kopi itu…





(sebulan dibumi baru)




Indahnya bumi baru ini.
Semuanya berlainan dari tempat lahirku sebelum ini,
Udaranya sejuk, nyaman,
Angin bertiup menyusup menembusi sweater tebal,
Daun hijau bertukar merah, kemudian jatuh satu persatu.


Masyarakatnya berlainan,
Yang islam mahupun yang bukan,
Dan banyak yang perlu aku pelajari,


Mata dipejam,
Ku luaskan dakapan tanganku,
Inilah dia udara sejuk yang aku hanya mampu bayangkan dulu,

Dengan penuh tekad, aku genggam tangan ku,
“Inilah dia medan untuk mengilap dakwah dan tarbiyyahku”




(tibanya musim sejuk)



Credit


Bunga…
Di awal waktu mengembang mekar,
Haruman wangi tersebar melaluinya.
Dan ada masanya,
Bunga layu dek sejuk menggigit
Membekukan air yang ada dalam ranting…
Daun mula gugur dan harum tiada mewangi



Melutut di tengah jalan…

“Dimana aku buat silap….”

Kata-kata itu berbisik dari sudut hati yang kecil itu.

“Dimana perginya api yang dulu marak…”

“Kenapa tidak terdetik rasa kesah, dikala diri terkena lumpur…”

“Bumi ini patut menjadi medan untuk perbaik, tetapi mengapa aku yang terbalik…”

“Mana silapnya….”




Saat itu,

Aku tak pernah rasa..    begitu..

….kosong...

Mengenang kembali zaman persediaanku..
Ke mana aku pergi, apa yang aku cakap, apa yang aku baca,
Semuanya akan berpaksikan dakwah dan tarbiyyah..
Gembiranya aku masa itu,
Hingga ku lupa…

Dunia realiti tak seindah itu…

Berdiri ditengah masyarakat dan manusia yang belum mengenal dakwah tarbiyyah,
Tidak sama dengan berdiri di tengah insan-insan yang sentiasa bersedia untuk menerima tarbiyyah…

Tidak sama sekali….




“…kalau ada masalah, ingat Allah…”
Aku teringat wajah itu…

Itu benar.

Sepahit mana pun mulut berdoa kepada Allah
minta dibersihkan diri yang jijik ini,
Aku tidak pernah putus harapan pada diri.
Aku yakin, AKU YAKIN!!
Sebeku mana pun jihad dalam diri ku,
Allah tak akan sia-siakan doaku!
DIALAH AR-RAHMAN! DIALAH AR-RAHIM!
DIALAH yang paling berkuasa atas SETIAP SATU di dunia ini!




………




“Bii!”

(tersedar dari lamunan)

Kelihatan wajah murobbi itu yang penuh dengan kerisauan,

“kenapa ni Bii, macam ada masalah je”

Benci betul dengan murobbi yang cepat membaca raut wajah ini
Aku tidak jawab,

“Jom minum kopi dengan abang! Lama dah tak minum kat kedai kopi tu”

Aku tersenyum sebelah bibir tanpa ku sedar,
Aku terus bergerak tanpa mengungkap sebarang kata,
Kerana hati kami sudah berbicara






Credit

Bunga yang layu beku,
Sebeku manapun rantingnya,
Akar masih hidup untuk meneruskan perjuangannya




Disitulah secawan kopi panas,
Pahit manis, namun tetap sedap,
Panas yang mencairkan apa yang beku..
Yang beku dicairkan,
Yang tutup kembali mekar
Yang terpadam kembali membakar.


Aku yakin. AKU YAKIN! Allah makbulkan doaku!


Dan kali ini,
Tidak akan aku biarkan diri terduduk dalam lumpur hina itu lagi!
Tidak akan aku sia siakan semangat yang Allah bagi.
Kerana semangat itu satu amanah yang dipikul mesti!



Cerdit

Bunga lebih indah dengan haruman yang mewangi…


Semangat yang ada bukan hanya untuk diri,
Semangat perlu dikongsi sejauh mana ia mampu pergi.
Kembang mekarlah engkau!
Dan terus berlari mengembalikan keindahan bunga-bunga yang beku.
Sebelum angin kuat melanda yang memisahkan akar dari tanah


Akar yang tercabut dari tanah,
Jika tidak ditanam kembali,
Akarnya akan turut membeku,
dan terus mati….

Teruslah engkau berlari


 -JihadJihadJe-


No comments:

Post a Comment