Bagi para da'i dan da'iah, perkataan perjuangan sentiasa bermain difikiran.
Setelah melangkah kaki ke Next Level of Da'wa, kita semakin sedar lagi bersuluh akan bukan sahaja kepentingan, malah kewajipan untuk berjuang sebagai seorang muslim.
Kita sedar dunia ini bukannya taman yang dipenuhi dengan kuda pelangi yang berkepak.
Dunia ini tenat, penghuninya tercari-cari di mana keindahan di sebalik lautan lumpur busuk yang mengelilingi mereka.
Disangkakan memeluk dahan bunga wangi, rupanya tong dewan bandaraya yang belum dikutip lori.
"Mengapa manusia sanggup hidup dalam paya yang busuk, di tahap yang amat rendah dan di dalam gelap gelita kesesatan yang menghitam itu, sedangkan mereka mempunyai padang-padang yang bersih, tempat-tempat yang tinggi dan cahaya yang terang benderang?"
(Syed Qutb, Muqaddimah Fi Zilali Quran)
Atas kesedaran ini kita mengabdikan diri kepada Allah untuk menyelamatkan manusia sejagat.
Setiap detik degupan jantung dan hembusan nafas kita guna atas jalan perjuangan ini.
Apabila kesedaran ini disuluhkan,
Ada yang semakin bersemangat, dan dengan gelojohnya membaham bekalan yang diperlukan untuk menghadapi 'perjuangan'.
Ada juga yang 'keep it cool', menunggu dirinya disiapkan oleh murobbi untuk menghadapi 'perjuangan'
Ada juga yang bersembunyi dibelakang tiang dan lari masuk bawah selimut, perjuangan dilihatnya sebagai raksasa yang bakal menyusahkan hidup.
yang sudah berada di atas jalan perjuangan,
ada yang terus berlari pecut, turut membawa manusia yang perlahan bersamanya
ada yang berlari seorang diri,
dan ada yang terjatuh selepas larian yang begtu lama.
banyak lagi situasi pelik yang berada atas jalan 'perjuangan' ini.
Kita mungkin akan terungkap, "Ish, dia ni, teruk sungguh. Dah join usrah, bila disuruh buat berjuang, tak gerak pulak"
"Eh, bukan ke enta dulunya Qowi (read:bermuscle) atas jalan perjuangan, pastu dah stop ni apa kehei?"
Sebelum kita nak judge orang tu, baik kita reflek kat diri.
Apa yang aku ada buat untuk tolong akh ini?
Apa yang aku boleh tolong untuk akh itu?
Aku sebagai usrahmate/naqib, apakah kekurangan diriku sehingga ada yang macam ni dalam usrah yang ku chenta ini?
Terus berbicara mengenai akh yang tak berjuang tidak akan menyelesaikan masalah.
kita patut mula soal diri kita, kemudian bertindak dan mengatakan 'Im coming to the rescue'
Jangan kita ibarat mengharapkan penghuni bangunan yang terbakar untuk memadamkan api dari dalam.
Siapa yang gila dalam kes ini?!
Kita yang terselamat inilah yang kena bawakan air dan memadamkan api.
Post ini mungkin pendek, sebab perjuangan ini sangat luas perbahasannya dan ana khawatir antum akan lost dan jatuh dalam sungai.
Muslim itu mulia di sisi Allah, sudah tentu ada sebabnya.
Dan goyang kaki sambil menghisap vape itu sudah tentu bukan diantaranya.
Kita bersama dalam perjuang ini. Kemana laungan "orang beriman itu bersaudara" dikala kita menghentam insan yang tersungkur atau lari daripada perjalanan ini?
Biarlah tiada ucapan terima kasih di hadiahkan kepada kita,
kerana Jannah dipenghujung jalan manis tiada tara.
-JihadJihadJe-